Assalamualaikum wbt..
Bersiaran dari rumah, hari ini ibu cuti lagi. Yusuf Nabhan pula kena chicken pox sejak Jumaat lepas. Sebelum ini semasa Maryam nabihah sakit, ibu ada syer tentang Nasihat dan Petua. Hari ini ibu nak kongsikan tentang daun semambu..
Inilah rupanya daun semambu. Ibu ambil dari google.. tak sempat ibu nak snap gambar, ayah dah leraikan.
Daun semambu dikatakan boleh mengubati cacar dan campak. Ada orang kata cacar sama dengan campak. Bagi ibu tak sama.. cacar tu chicken pox.. campak tu mizle.. (betulkan jika ibu silap). Apapun daun semambu dikatakan boleh mengubati kedua-dua penyakit tersebut dengan izin Allah swt..
Bila ibu buat carian diinternet, rata-rata mengatakan daun ini boleh dibuat mandi atau alas semasa tidur. Seorang rakan FB berpesan, juga boleh diblender dan dijadikan bedak sejuk. Seorang lagi rakan FB ibu berpesan blender daun semambu dengan daun belimbing buluh bersama air badak dan lumur seluruh tubuh.
Jom tengok projek ibu sepanjang masuk 3 mingguni..
Mula-mula rebus daun semambu tu.. ada orang kata ramas-ramas sahaja pun boleh juga..
Masukkan dalam baldi..
Campurkan dengan air..
Siap untuk mandikan anak.. :-)
Ps: Ada orang tua kata kalau kena campak atau cacar tak boleh mandi.. terpulang kepada masing-masing untuk ikut cara yang mana.. :-)
ramas2 jer pun bolah gak...lepas tue org kata tidur beralas kan daun nie juga. Minum air kepala muda utk buang panas dan utk keluarkan semua bisa nyerr...
ReplyDeleteBSB: haah, ramas2 pun boleh juga.. tp suami sy suh rebus.. sy pun rebus lah..
ReplyDeletemak kite kate kalau campak mandi air kepale/ minum air kelape..kalau cacar tu kurang pasti..eh bukan same ke campak/ ciken pox tu?
ReplyDeleteMymyza: Bg akak campak yang bintik merah kecik2 tu.. chicken pox yg gelembung2 dlmnya ada cecair.. wallahua'alam..
ReplyDeleteFirst time baru tahu petua ni... thanks for sharing :)
ReplyDeletesalam mcm mana nak dptkan daun semambu?
ReplyDelete