Enty bikin kontroversi kalau cuma baca tajuk dan tak baca habis..
Cuti sekolah sudah berlalu selama 2 minggu, tapi tak ada apa-apa lagi aktiviti ilmiah untuk anakanda soleh ibu. Anakanda solehah tu tak apalah, kecik lagi. Ibu ada survey beberapa prigram cuti sekolah yang tak perlu bermalam, tapi tak menepati kekangan masa ibuayah pergi dan balik kerja.
Ibu nak sangat hantar Yusuf pergi kem tahfiz sebenarnya. Kem tu kawan ibu yang cadangkan. Seminggu je, tapi kena bermalamlah.
Tau apa ayah jawab? Ayah kata; "Tak payah lah dulu"..
Grrr, ibu dah singsing lengan nak gaduh.. tak puas hati jawapan ayah. Kah kah.. Percaya ke? Hehe.. tak ada lah sampai sinsing lengan nak gaduh, tapi geram la juga. Ibu nak hantar anak ibu ke tempat baik. Supaya masa lapangnya terisi, bukannya hantar pergi manapun. Pahala pun dapat..
Tak puas hati punya pasal, ibu pun.. pot pet pot pet. Haissh!! Jangan ikut perangai ibu okey. Sangat tak baik!! Tapi ayah Yusuf cool aje. Dah habis isteri dia bla bla bla, dia pun cakap; "Ayah tak bagi dia pergi sebab dia kecik lagi. Tak berapa pandai urus diri lagi. Nantilah tunggu dia besar sikit."
Hmm.. tetap tak puas hati dengan jawapan itu. 7 tahun bukan kecik sangat pun. Tapi sebab tak mau jadi isteri derhaka, ibu berhenti bercakap dan senyap. Tak apelah Yusuf, mungkin ibu terlalu eksited sendiri. Tak lihat dari semua aspek. Apapun, ibu tetap mendoakan agar anak-anak ibu adalah generasi yang cintakan al quran malah menguasainya. Tak mau jadi macam ibu dan ayah, yang tertinggal serba serbi..
Yang terbaru, ibu jumpa ini..
Ebook 3 Langkah Mudah Didik Anak Hafaz Al Quran tulisan Ustaz Amri dan Ustazah Aishah. Ebook ini diterbitkan oleh Puan Lina Karim, ibu kepada 2 orang anak yang berjaya menghafaz 30 surah dalam usia 3 tahun.
Sebagai ibu, ibu yakin. Jika anak dia boleh, anak kita pun boleh. Cuma perlukan usaha yang gigih, dan teknik yang berkesan. Umur bukan ukuran, jika ada kemahuan pasti ada jalan.
Oh ya, buat teman-teman yang nak keterangan lanjut, klik je banner di atas atau di bawah. InsyaAllah, banyak manfaatnya untuk kita semua.
hihihi yang paling best tang pot pet..pot pet...
ReplyDeleteSaya baru je hantar anak saya pergi summer camp baru-baru ni. Ikutkan hati memang risau je sebab tu saya pilih yang dekat je. Waktu dia orang tak de, saya pulak asyik dok risau je.... padahal saya yang beria-ria nak htr dia orang.
ReplyDeleteperkongsian yang baik zefa...
ReplyDeletesaya pun selalu ingin hantar anak2 kemana2 kem motivasi atau kem tahfiz. Tapi suami saya kata, tunggu dia tahap2...
Aqil tahun depan dah darjah 4, masuk tahap 2, mungkin masa itu dah sesuailah, tapi tulah selalunya tempatnya agak jauh dari rumah kami di Senggarang ni. Selalu fikir dua tiga kali...huhu
klu tak puas hati sy pun mmg selinsing lengan kak.haha
ReplyDeleteayah tak bg mungkin ada hikmah..:)
lama tak singgah sini..
ReplyDeleteanak kakyong belum sek rendah lagi.. tp cuba lah juga mbuat pengisian dr usia muda.. walaupun sebenarnya xde lah apa sgt compare dgn cikgu/ustazah yg mengajar..
takpelah selalu lelaki ni pandangan die tembus ke depan kak...kite patuh dan taat insyaAllah ankanda yusof ade jalan lain..lagipun abang yusof ni soleh senang nak bentuk ;)
ReplyDeletebagus ni. boleh guna utk budak2 berdua tu.
ReplyDeletebiasanya si ayah brfikiran lebih ke depan brbanding kita si ibu.....biasalah tu kalau brtentang pendapat...akak dulu mcm tu..sedih bila 3 org farah yg ditawarkan ke sk brasrama penuh dtolak mentah2 oleh ayah....brbagai alasan ayah bagi..akhirnya akak redha n terima dgn hati yg berat + sedih.....alhamdulillah w.pn bersekolah harian along n angah dh buktikan mrk ttp cemerlang dlm PMR...n yg pnting mrk sgt2 rapat dgn kami sprti yg ayah inginkan.......
ReplyDelete