Follower

Wednesday, June 22, 2011

Chicken Pox @ Minggu Periksa: Apa Nasib Yusuf Nabhan?

Assalamualaikum wbt..

Malam yang tenang.. ibu baru berpeluang melabuhkan punggung melepaskan lelah. Seharian berkejar sana sini, balik rumah mengurus anak-anak, masak, suap anak-anak (malam ni manja pulak budak-budakni.. selesai semua, akhirnya berkesempatan juga ibu mengupdate blog kesayangan ibu ini. Terima kasih buat ucu kesayangan ibu yang tolong ibu basuh pinggan-pinggan di sink.. :-)

Hari ini hari terbuka kedua-dua sekolah Yusuf Nabhan.. sekolah kebangsaan dan sekolah agama. Berdebar-debar juga ibu, apakah agaknya 'nasib' anakanda ibu? Buat pengetahuan sahabat-sahabat semua, Yusuf 'bercuti' sepanjang minggu periksa kerana chicken pox.. Yusuf menduduki PKSR (Penilaian Kendalian Sekolah Rendah)selepas kembali sihat.

Syukur alhamdulillah, walaupun keputusannya tidak membuat ibu girang.. namun ibu tidak kecewa. Setidak-tidaknya dia tidak gagal.

Bayangkan!!!!!

Yusuf menduduki 7 kertas soalan hanya dalam tempoh setengah hari! Sedangkan rakan-rakan yang lain menduduki PKSR dalam tempoh 7 hari!

Allahu Akbar! Kasihan anak ibu..

Sebelah petang pula, ibu dan ayah ke sekolah agama. Cerita yang sama, periksa bukan dalam tempoh minggu peperiksaan.. Syukur, keputusannya tidak mengecewakan ibu..

Allahu Akbar! Syukur alhamdulillah..

Errr.. ibu cuba upload gambar beberapa kali tapi gagal. Kenapa agaknya ya?


4 comments:

  1. tensennye abg yusof..takpe ade hikmhkn abg yusof ;)

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah:) janji luluskan sis, xpe,ujian buat yusuf nabhann..nana doakan moga dia dapat result yg cemerlang lepas ni:)

    ReplyDelete
  3. Ummu Muhammad: mudah2han.. sejuk hati ibu, hafazan abg dpt mumtaz.. :-)

    Nana: amin, amin, mudah2han. Terima kasih nana..

    ReplyDelete
  4. singgah sini =)

    kesiannye dia kena jawab pekse dalam sakit2..walau ape pun alhamdulillah lulus

    hari rabu lepas mmg problem nak upload gambar kan..

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...