Follower

Sunday, January 1, 2012

Tips Menangani Anak Menangis Diawal Persekolahan


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Bersiaran dari Kampung Parit 11.. Gigih berinternet walaupun sangatlah mencabar kesabaran tahap keperlahanan talian Maxis di sini. Sila abaikan rungutan ibu itu.. sekadar luahan perasaan sebagai muqadimah. 

4hb nanti bersamaan hari Rabu anak-anak akan memulakan persekolahan. Pelajar tahun 1 dan Pra Sekolah sudah ada yang bermula minggu lepas. Anak-anak di peringkat tadika pula kebanyakannya akan bermula hari Rabu depan. 

Dua hari lepas Ibu Aiman ada menulis entry tentang Tips Minggu Pertama Ke Sekolah. Ada 6 tips yang disenaraikan serta ianya tips yang sangat bagus terutama bagi ibubapa yang menghantar anak-anak yang baru mengenal alam persekolahan. 

Secara jujurnya, ibu adalah di antara ibu-ibu yang berhadapan dengan anak menangis di awal persekolahan. Si cantik manis ibu bermula dengan semangat dan cool, namun tiba-tiba berderai air mata bila ada-ada kawan-kawan yang menangis. Ibu ada catatkan kisahnya hampir setahun yang lepas dalam entry Maryam Nabihah Dah Sekolah! Yeay!! 

Semasa berhadapan dengan situasi tersebut, ibu mulakan dengan pujukan beserta kata-kata semangat. Ibu jadikan kawan-kawannya yang tidak menangis sebagai contoh. Kemudian ibu pujuk dengan makanan kegemarannya. Tapi dua-dua tak berkesan sebenarnya.
 
Akhirnya, atas cadangan teacher.. ibu perlu tinggal sahaja anak manja ibu tu. Masa ibu tinggal, berderai air mata dia. Ibu pun rasa macam nak nangis juga. Huhu.. Tapi berkesan tau!! Tak sampai berapa minit ibu telefon teacher, aik? Dah okey dah!! Hihi..
 
Pendek cerita, tips yang ibu nak kongsikan adalah:
Tak perlu tunggu anak tu sampai habis kelas. Atau tak perlu tunggu dia sampai berhari-hari. Tinggal je, insyaAllah anak-anak kita okey di sekolah. 

Bagaimana dengan hari kedua? Jemput baca entry lama ibu, Maryam Nabihah @ Genius Aulad - Day 2!! Pada entry tersebut ada ibu kongsikan bagaimana ibu memujuknya dan bagaimana ibu tekad membiarkan anak kecil berumur 3 tahun 5 bulan naik van sendiri.
 
 Semoga entry-entry catatan peribadi ibu sedikit sebanyak dapat membantu ibu-ibu yang baru nak hantar anak ke sekolah. Manalah tau kalau-kalau nangis macam Maryam juga. Hi hi..
 

Tepek pic comot..

Ps: Tahun depan Maryam dah tak ke GA dah.. GA Tadika yang sangat bagus, tapi ibu nak Maryam masuk Tadika Agama pula.. :D



18 comments:

  1. Sebagai seorang ibu, kita perlu kuat semangatkan!!

    ReplyDelete
  2. comey je tgk nabihah...cam sara rabu ni baru start pra sekolah,tak nangis kot,sb ya keja situ....

    ReplyDelete
  3. aiman tak nangis masa first day,tp selama 4bulan bersekolah ada 3hari yg dia nangis,melalak nak balik entah apa yg tak kena.masa pergi ok,time sy nak balik dia pun buat perangai.sy tinggal gitu je sambil cikgu pegang Aiman dengan deraian air mata. Kata cikgu lepas sy balik dia ok jer..bila tanya kenapa aiman nangis?jwapannya..ala aiman nangis kejap je..haha..

    ReplyDelete
  4. betuulll2...anak2 kalau ditunggu makin naik 'lemak'. Mak2 yang sepatutnya kena buat 'hati kering' sikit walaupun dlm hati kita tuhan yg tahu..tapi sebenarnya utk kebaikkan.

    p/s: dulu saya tak pernah tunggu anak kat sekolah on the first day (masa kat mesia & jugak kat sini). hantar dan terus tinggalkan.Bila kita takde pandai pulak dorang jadi ok sendiri.

    ReplyDelete
  5. So Maryam tahun ni 4 tahun ke? Bagus eh mula sekolah awal..Rabu ni anak sulung saya start darjah satu, dia ok je, tapi saya pulak yang risau..hehe

    ReplyDelete
  6. okey tips yg sangat bagus

    ReplyDelete
  7. cara zefa sama dgn akak masa farouk masuk pra sk dulu..akak tinggalkan dia masa dia tgh syok melalak....esoknya dia dh ok....
    kita kena ambil pendekatan yg berbeza krn sikap anak2 xsama....

    ReplyDelete
  8. satu pengkongsian yg berguna...thn ni aleya dh naik thn satu...
    masa ujian pengesanan minggu lepas ok je tak tahu pula first day sek nanti mcm mana...harap2 semuanya ok dan di permudahkan allah hendaknya..

    ReplyDelete
  9. Wow! kecik2 dah sekolah dan kena berdikari naik van sendiri. Bagus untuk Maryam kan...

    ReplyDelete
  10. tips yang menarik :) auni dulu masa awal2 hantar kat nurseri memang menangis menjerit2...meraung-raung. Tapi memang tinggalkan aja dia kat sana. Telefon semula memang dah diam pun...kejap aja nangisnya.

    ReplyDelete
  11. Ya Allah.. entri ni mengingatkan pengalaman anak sulung Nida.. dua bulan dia menangus sampai kami minta air penawar di Darul Shifa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam.. so lps amik air penawar Darul Shifa ok? sbb anak sy pun sama.. thn lps sekolah 3 bln je pastu x nk sbb x suka 2 cikgu kat skolah tu & skolah bau busuk.. pening sy.. register nk dkt rm1k+... so this year dah 6 thn sy bg school kat PASTI... 1st day ok x nangis .. 2nd day dah msk tiba kat pintu nangis bl nmpk sy blk.. 3rd day and 4th day ni dia nangis lg kat pintu.. tp pergi skolah... hmmmmm...
      mcm mana ye? runsing sy pk?

      Delete
    2. Anak sy pun nangis .. tp bila dah hari ke-2 ke ats.. 1st day ok je.. ehm... mcm mana ye? apa tips?

      Delete
  12. anak2 saya semuanya saya hantar tadika agama.....walaupun bahasa inggerisnya sederhana je tapi saya tetap berpuas hati

    ReplyDelete
  13. suka kat tip ni.. akak nak copy ye..

    ReplyDelete
  14. salam
    tips yang baik untuk saya jadikan contoh bila anak dah besar nanti

    ReplyDelete
  15. tq sharing... Anak saya baru masuk tadika 5.1.2015... Saya pun alami masalah yang sama. Anak menangis. cikgu suruh tinggalkan... n seperti puan, saya jugak menagis dalam kereta...Saya tewas dengan emosi sendiri.... Harap cepat anak sesuaikan diri

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...