Follower

Monday, January 16, 2012

MENGATASI ANAK TIDAK MAHU MENGAJI: CARA IBU YUSUF


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, kita masih diberi peluang menemui hari Isnin lagi. Hari ini ibu Yusuf dipaksa menghadiri mesyuarat di luar daerah. Ha ha ha.. dipaksa tu. Yelah, siapa yang suka pergi mesyuarat? Dah la jauh, kena drive sendiri pula tu.. Apa nak buat, saya yang menurut perintah, kan? Maka, entry yang sedang sahabat-sahabat tatap ini sebenarnya adalah entry autopublish.

Berbalik pada tajuk, alhamdulillah kedua-dua anak ibu, Yusuf dan Maryam sedang berada dalam landasan perjalanan mencari redha Ilahi. Sedang dalam jihad menguasi kitab suci Al Quran seiring dengan rakan-rakan seumur yang lain.

Yusuf, 7 tahun 1 bulan 16 hari (Tahun 2) sedang gigih menguasai Al Quran Juzuk 1, setelah setahun ibu 'tahan' dia melangkah kebacaan Al Quran. Hampir setahun dia mengulang juz 'amma.. Alasan kenapa ibu tahan dia naik Al Quran ada ibu kongsikan di SINI. Kesan yang sangat positif adalah dia telah menghafaz 25 surah lazim dengan baik.. Alhamdulillah, anak yang seorang ini walau selalu berlinang air mata masa mengaji (sebab ibu garang.. hi hi..), namun jarang timbulkan masalah.

Maryam, 4 tahun 5 bulan sedang berjuang mempelajari Iqra' tahap 3. Solehah ibu ini agak kehadapan berbanding abangnya, namun dia juga punca ibu pening kepala.. Hu hu..

Maryam bermula dengan sangat baik, sangat rajin dan sangat mudah menerima apa yang diajar. Namun bila sampai ke Iqra' 3, dia mula 'liat'. Alasannya, Iqra' 3 susah.. Ya, ibu akui Iqra' 3 agak susah untuk anak seusianya. Mula perlu mengenal bunyi untuk baris bawah dan depan. Maryam tiada masalah dalam mengenal bunyi dan baris, tapi ibu teka, dia sedikit tertekan bila ibu selalu tegur tentang panjang dan pendek. Asyik kena ulang banyak kali.. Bab panjang pendek bacaan memang dia sangat lemah..

Situasi itu menjadikan dia kurang gembira membaca Iqra', namun itu bukan alasan untuk ibu biarkan dia. Kalau anak kata taknak, dan kita sebagai ibubapa biarkan, HABISLAH!!

Ibu nak kongsikan cara ibu mengatasi Maryam yang tak mahu mengaji. Ini cara ibu ya.. sesuai dengan 'peel' anak ibu. Jika sahabat-sahabat ada masalah yang sama, kena sesuaikan juga dengan perangai anak masing-masing:

MENGATASI ANAK TIDAK MAHU MENGAJI: CARA IBU YUSUF

1. PUJUK

Cara ini kadang-kadang berkesan, kadang-kadang tidak. Sebab Maryam agak keras perwatakannya. Tapi ibu tidak pernah menjanjikan apa-apa untuknya sekiranya dia mahu mengaji. Contohnya; "..jika adik mengaji ibu belikan gula-gula/ mainan". Sesungguhnya, Al Quran itu sangat agung untuk dibandingkan dengan gula-gula atau mainan.

2. PAKSA

Cara ini sangat berkesan untuk Maryam patuh. Walaupun patuh, adakalanya berkesan untuk dia mengaji dengan baik, namun adakalanya dia tetap mengaji namun tunjuk protes bila mengaji dalam keadaan dipaksa. Dia tak akan menangis seperti abangnya, tapi dia akan buat-buat 'slow' sedangkan dia anak yang pintar.

3. UGUT

Ini adalah pakej dengan cara ke 2. Tak adalah ibu ugut; ".. tak ngaji tidur luar" atau "tak ngaji ibu pukul".. tapi ibu ugut: "Tak mengaji, tak boleh tengok tv!!"..

4. AJAK MENGAJI KETIKA MOOD ANAK CERIA.. WALAU DI MANA JUA..

Cara ini juga sangat berkesan untuk Maryam. Bila-bila masa, atau walau di mana, bila moodnya ceria, ibu ajak mengaji dia pasti mahu. Kadang-kadang, ibu tengah buat kerja rumah, dan dia mahu mengaji, ibu akan berhenti buat kerja dan ajar dia mengaji. Jangan lepaskan saat dia mahu.. Jika ke mana-mana, Iqra' dan Muqadam ibu akan bawa sekali.. Dalam kereta, bila dia boring, salah satu aktiviti yang dia mahu adalah mengaji..

Gambarni ibu curi-curi ambil masa ajar Maryam mengaji dalam perjalanan balik kampung..

Nota ibu:

Cara ke 2 dan ke 3 mungkin agak kasar bunyinya. Namun sebagai seorang ibu yang berkerjaya, masa ibu bersama anak-anak sangat terhad. Balik rumah, mana nak masak lagi, nak basuh baju lagi, nak kemas rumah lagi, nak siapkan baju dan kelengkapan untuk besok pula, bla bla bla.. (Itupun ayah bantu pantau kerja sekolah Yusuf).. Maka ibu tak ada banyak masa nak pujuk memujuk.. 

Cara ke 4 tu, jujurnya ibu hanya mampu praktikkan di hari cuti..

Ps: Bagaimana cara sahabat-sahabat pula?


15 comments:

  1. Salam...

    Anak2 kalau tak di suruh mengaji, dia orang buat diam je. Tapi bagi saya setiap hari saya akan pastikan anak saya mengaji selepas solat maghrib dan sebelum pergi sekolah waktu waktu.

    ReplyDelete
  2. bagus tu, kadang ugut tu memang perlu kan..lebih kurang macam saya jugak la

    ReplyDelete
  3. baca cara ketiga tu ""Tak mengaji, tak boleh tengok tv!!". tergelak pula Nida.. sebabnya ayat yang sama Nida gunakan untuk anak-anak..hehe

    ReplyDelete
  4. bagusnyaaa..anak sy masuk umur 4 tahun;tahun ni..emm..alif ba ta pon belum khatam lg..kena gigih la..

    ReplyDelete
  5. saya baru ajar Zahra alif ba ta..hihi..akak guna buku iqrak yer?

    ReplyDelete
  6. sy selalu amalkan 1 dan 3.klu no 2 serah kt abah Aiman,klu sy ugut msti tak jalan.haha..

    ReplyDelete
  7. anak sy pon ada maslaah dgn panjang dan pendek..dia bosan bila asyik kena ulang..


    cara pujuk kalau ngaji dpt beli mainan x penah lak sy guna..


    cara paksa penah tp x berkesan sbb buat risya makin malas ngaji..


    caa yg berkesan ialah teknik puji dia dan puji kawan lain..


    bila dia baca pandai sy puji pandainya risya ngaji..mcm nilah mama sayang..lps tu kalu dia mals ngaji sy ckplah eiii tak malu ker aiman (kwn dia) dh ngaji jauh dah..


    lepas tu time sengang-senggang sy ceritalah psl dosa pahala dan cara nk dpt pahala..antaranya mengaji..jd dia semangat nk ngaji..

    ReplyDelete
  8. bagus sekali didik ank2 dgn cara ini... ibu akak dulu pun mengajar ank2 pun sama camni..

    ReplyDelete
  9. as salam, zefa macamana nak mengatasi masalah pelat...abg qaiser dah 6 tahun tapi pelat lagi. Bila mengaji tak dpt nak menyebut ayat iqra dgn betul..

    ReplyDelete
  10. Anak2 akak mengaji dengan ayah mereka (suami akak la..) Walaupun ayah tak marah, tapi kalau beberapa kali ditegur sebab kesalahan yang sama, menangis juga Faiq yang manja tu.. Walaupun menangis, kena teruskan juga. Kalau tidak tak boleh tengok tv (cara ke-3)

    ReplyDelete
  11. salam ibu..

    bgsnye ibu.. jrg ibu2 berkerjaya nak ajar anak sdr mengaji..

    ReplyDelete
  12. kakyong byk guna kaedah no4.. bukan takat utk belajar mengaji, tp utk semua xtvt belajar di rumah..

    ReplyDelete
  13. kadang2 sy gunakan juga kaedah no 3 klu anak x nak buat apa yg disuruh.. selalunya cakap x leh main game kalau x buat homework.. :)

    ReplyDelete
  14. setiap anak brlainan peelnya zefa. 4 farah khatam Al-Quran di usia seawal 7 thn..ttp farouk ni lain sikit...p ngaji ada aktiviti sampingan..ngaji kt surau dpn rumah pn sibuk nk naik basikal...motif nk pusing2 surau sblm ngaji,..mau ibunya xpening..Skrg farouk umo 8 thn 3 bln masih di juzuk ke 6..xtau la bila nk khatam....

    akak amat setuju dgn cara zefa...kita kena tegas baB2 mengaji n solat ni..InsyaAllah bila dh trbiasa mrk akn patuh....

    ReplyDelete
  15. ank kite pun same kak.. kena guna kaedah paksa baru nak mengaji..skrg yang kakak Juzuk 1 (7 tahun) yang adiknye Iqra 3 (6 tahun)..ajar anak lelaki mencabar sikit berbanding anak pompuan..tp itu la cabarannye kan..hehe

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...