Follower

Thursday, December 29, 2011

Mencuri Nafas Semasa Mengaji


Assalamualaikum wbt..

Ini adalah entry tentang cabaran mengajar anak mengaji. Alhamdulillah, anakanda soleh Yusuf telah tamat Iqra' pada usianya 6 tahun sebulan. Pencapaian yang sesuai dengan usianya pada pandangan ibu, dan tidaklah dianggap ketinggalan walaupun ramai anak-anak diluar sana telah tamat bacaan Iqra' pada usia yang lebih muda. Ibu memegang prinsip tak perlu cepat-cepat habis hanya kerana ada lain anak orang dah habis Iqra'. Yang peting, bacaan perlu betul.

Maka dengan sebab itu juga, sebaik sahaja tamat Iqra' ibu mengambil pendekatan tidak terus memulakan bacaan Al Quran dengan Juzuk pertama. Tapi ibu memulakan dengan Juzuk 30 iaitu surah-surah 'Amma. Ibu latih dia mengaji dengan surah yang pendek-pendek dulu. Alhamdulillah, Yusuf dapat mengaji dengan baik sesuai dengan tahap usianya. Bukan sekadar bermula dengan juz 'amma sebelum naik Al Quran, tapi ibu juga mengambil pendekatan mengulagn juz 'amma itu sendiri beberapa kali. Ibu pun sampai tak ingat berapa kali..

Sebaik sahaja naik Al Quran, antara cabaran yang ibu hadapi adalah untuk mengajarnya mencari tempat waqaf (berhenti) yang sesuai kerana ayat Al Quran panjang-panjang berbeza dengan juz 'amma. Dia tahu cara waqaf cuma belum pandai mencari tempat waqaf, maka jadinya dia baca sampai habis satu-satu ayat tu dengan beberapa kali mengambil nafas. Haaa, itulah yang dikatakan mencuri nafas semasa mengaji. Bukan budak-budak je, ibu tengok ada juga orang dewasa yang mengaji curi-curi nafasni..

Ibu menggunakan pendekatan syafahi (mulut ke mulut; betulkan ibu jika salah istilah tu). Maknanya, mula-mula ibu baca kemudian Yusuf ikut. Itu pusingan pertama, selesai pusingan pertama ibu akan minta dia baca sendiri dan ibu akan semak. Hmm, masanilah dia dah lupa mana tempat waqaf yang sesuai. Tu yang sampai curi-curi nafastu..

Mencuri nafas semasa mengaji tidak berdosa sebenarnya (kalau tak ramai yang takut nak mengaji pula; wallahua'alam), tetapi ianya mencacatkan bacaan dan melanggar tatacara pembacaan Al Quran yang sebenar. Sebabtu, biarlah bacaan kita pendek-pendek dan tak berapa nak berlagu.. janji jangan curi nafas. Yang penting tahu tempat waqaf yang sesuai dan nak ibtidak (bermula semula) ditempat yang betul.

Alhamdulillah, masa entry ni dibuat Yusuf menunjukkan kemajuan dalam kemahiram mencari tempat waqaf. Cuma nak ibtidak ibu kena bimbing lagi. Cuma satu lagi masalah, nafas Yusufni memang pendek je. Samalah dengan ibu sebenarnya.. :-(


 Anakanda soleh.. permata hati ibu..

Ps: Ibu garang tau masa ngajar ngaji. Sampai berair mata anakanda tu kadang-kadang. Hihi.. Anda garang tak? Mesti tak kan?






12 comments:

  1. oo garang juga Zefa ye. Samalah Nida, kalau tak meleleh airmata anak tak sah. Sampai cik suami pun kata "Ibu ni kalau ngajar anak murid di sekolah pun garang juga ke?"..

    ReplyDelete
  2. sebenarnya..kalau garang budak akan cepat ingat.. =) gud luck kak zefa..smga yusuf menjadi qari terbaik suatu haru nanti..ameen.

    ReplyDelete
  3. samalah, anak saya Aqil dan Alia pun selalu masa mengaji nafas pendek. Puas suruh dia berhenti di tempat waqaf yang betul. Yus bacakan dulu dan beritahu tempat waqaf yg sesuai pun dia masih bantai baca je sampai habis sampai tak cukup nafas....

    Saya pun garang juga, dan mereka lebih suka mengaji dengan abahnya sbb kurang garang.

    Abid masih Iqra, lambat lagi nak habis sbb dia ni bab ngaji slow sikit...huhu

    ReplyDelete
  4. setengah org asyik nak berlagu bertaranum bagai, sampai tajwid pun lintang pukang..

    ReplyDelete
  5. Kakak pun guna sistem macam ibu juga. Sebaik habis iqra' kakak akan mulakan membaca juz amma. Ayat-ayat pendik memudahkan mereka memahami wakaf dan ibtida'. Lagi pula dgn juz amma ini memahirkan mereka mambaca suroh utk digunakan dlm solat. Kalau tak solat asyik guna suroh 4 qul saja...:)

    ReplyDelete
  6. Aiman (nak masuk 6 tahun) baru start iqra 2. Hubby dan sy gilir2 ajar aiman. Alhamdulillah, bila dah masuk iqra 2 ni, aiman dah rajin mengaji.

    ReplyDelete
  7. blh tahan la. hahaha.. pernah hantar Alya mengaji tp dia tak mau dah pergi sbb tkt dgn sorang abg tu. smp skg ni dia tak nak pergi ngaji dh kat rmh tu. huhuhu... kena belajar sama2 dgn anak ni. br senang kan?

    ReplyDelete
  8. saya garang..aiman selalu jugak nangis bila sy mengajar.haha..

    Alhamdulillah Yusuf dah habis Iqra...semoga cpt juga dpt habiskan Al-quran dan khatam berkali2.Amin..

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum, Alhamdulillah akak mampu mengajar anak mengaji sendiri , moga keluarga akan sentiasa bersama cahaya al-Quran,aminn

    ReplyDelete
  10. perlahan-lahan mengajar anak untuk mengaji...

    ReplyDelete
  11. kalau mengajar tak garang tak sah kak zefa hehe

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...