Follower

Showing posts sorted by date for query shaklee. Sort by relevance Show all posts
Showing posts sorted by date for query shaklee. Sort by relevance Show all posts

Thursday, December 17, 2015

Bercuti Tanpa Sengaja ke Seremban 2 N9

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, muncul juga entry baru akhirnya. Sawang pun dah berjuntai-juntai. Huhu.. Terima kasih pada yang masih singgah di sini. Maaf, komen-komen sejak entry terakhir pun baru berkesempatan publish tadi..

Sebenarnya nak cerita tentang percutian yang tak dirancang, tapi sekarang kan tengah hot cerita 'Cinta Tanpa Sengaja' di Astro. Sesaje lah buat tajuk macam tu..

Alkisahnya, dah tahu dah En Ayah nak ke Seremban hari Jumaat sampai Ahad sebab ada Karnival Sukan. Dan asalnya memang tak plan pun nak bawak family. Tapi Jumaat tu juga tiba-tiba En Ayah tanya, nak ikut tak? Kebetulan Jumaat tu cuti umum di Selangor sempena keputraan Sultan. Pucuk dicita ulam mendatang la jawabnya. Haha..

Lepas Asar kami bertolak sebab anak-anak ada kelas tahfiz cuti sekolah sampai jam 5.00 petang. Sempat singgah jumpa kastemer hantar barang Shaklee lagi. Sampai di Seremban 2 dalam 7.30 malam macam tu. Kami bermalam di Hotel Sutera, Seremban 2. Sampai dah malam, nak mengejar Maghrib bagai, tak sempat pun nak snap gambar bilik..

Malam tu ayah ada majlis perasmian, kami 3 beranak bertapa kat bilik je. Ayah balik dah lewat juga, terus bawak anak-anak yang dah kelaparan keluar makan. Cari tempat makan pun main redah je sebab tak biasa pun dengan Seremban 2 tu. Sudahnya kami makan di Nasi Ayam NOAH tak jauh dari Mydin Mall Seremban 2. Boleh tahan sedap la rasanya..

 Dataran Centrio Seremban 2

Dah makan kami ke Dataran Centrio Seremban 2, betul-betul bersebelahan Mydin Mall. Memang happening kat sini, meriah. Ramai ibu bapa bawak anak-anak untuk beraktiviti santai malam-malam. Ada juga yang main kasut roda dan motor kecil. Maaf la ibu tak tahu nama saintifiknya apa..

Yusuf dan Maryam main belon je. Satu stick RM3.00, ambik 2 stick RM5.00. Dapat sekali 2 besen kecik sabun. Besen dan stick tu kena pulangkan ye, bukan ambik terus tau.

Gelap, gambar pun blurr je..

Dah habis belon, tengok macam-macam gelagat orang, pusing-pusing area dataran jap, terus balik hotel dan zzzzz. Dah tangah malam pun masa tu. 

Besoknya pagi-pagi En Ayah dah keluar untuk aktiviti sukannya. Ibu bawak anak-anak sarapan kat bawah, lepas tu apa lagi. Kolam la..

Sekadar di pinggiran..

Mandi tepi-tepi je, sebab dorang tak pandai berenang. Pelampung apa bagai memang tak bawak. Ibu teringin gak nak mandi, tapi malu. Nanti seksi you, aww..

Lepas Zuhor kami keluar makan tengahari. Sebab tak tahu nak makan kat mana, kami pergi ke Nasi Ayam NOAH lagi. Tapi entahla, malam tu makan rasa sedap. Bila datang sekali lagi, ehhh macam-macam tak kena. Ayam keras la, hangit la, air pun cair je. Sabar aje lah. Dan entah kenapa, selesai je makan Maryam muntah. Habis keluar semula apa yang dia makan..

Lepastu kami jalan-jalan ke Mydin Mall Seremban 2 pulak. Tak ada plan nak beli apa pun, cuma nak jalan-jalan cuci mata. Kebetulan ada Lisa Surihani, apa lagi. Meh skodeng dari jauh..

 Sodeng dari tingkat atas..

Masani baru keluar Mydin, beli pelampung dan bola untuk Maryam. Sebenarnya dia ada benda-bendatu tapi tak bawak. Dan tiba-tiba nak jugak-jugak beli. Sabar ajelah..

 Bergambar dengan Lisa Surihani..

Tapi bergambar dari jauh ajelah. Sorang di tingkat atas, seorang atas pentas. Budak cantik ni mintak nak bergambar dengan Lisa Surihani sebenarnya. Tapi beratur punyalah panjang, eh.. tak kuasa ibu..

 Lisa menunggu peminat..

Lepas snap gambar dari atas kami turun pergi depan pentas. Dapat la tengok Lisa Surihani tu dekat-dekat. Lupa pulak nak ambik gambar orang-orang yang beratur tunggu giliran nak ambik gambar dengan Lisa..

Lisa dari pandangan sisi..

Pic ni Maryam yang snap, zoom dari tepi pentas. Lisa ni kan baru lepas bersalin, masih nampak berisi lagi. Berisi-berisi pun, menten gojes uollsss. Cantik sangat..

 Mandi lagi..

Balik dari Mydin Mall, lepas Asar budak-budak ni terjun kolam lagi. Kali ni lebih happy sebab En Ayah pun ada. Jadi tak lah sekadar di pinggiran macam pagi tadi. Budak Maryam pun dah ada pelampung, lagi la dia happy..

Pelampung dan bola baru..

Tahu tak? Setengah nyawa tau ibu tiup dua benda alah tu. Nak pecah paru-paru rasa. Bila dah kembang dua-dua tu ibu rasa nak nangis. Haha.. Serius letih. Bukan macam tiup belon tu tau, ni beratus kali ganda dengan tenaga tiup belon. Anak punya pasal, layan ajelah..

Ginilah bila percutian tak dirancang, kalau tau awal dah bawak siap-siap pelampung yang kat rumah tu. Pam pun ada, tak payah tiup-tiup bagai.

Malam kedua kami tak ke mana-mana, Maryam dah tertidur awal. En Ayah dan Yusuf keluar tapaw makanan, dan ibu terpaksa layan bola. Tak pernah-pernah ibu layan bola, nasib baik Selangor menang dan Isnin diishtihar cuti. Hoyeeeh!!

Besoknya awal-awal pagi kami dah bergerak balik Shah Alam. Memang awal, sampai sarapan pun kat Shah Alam. Tapi eloklah, sebab besoknya Isnin anak-anak nak ke Melaka untuk kem 2 hari 1 malam. Sempat la dorang berehat dan ibu kemas-kemas barang dorang..

Berakhirlah kisah cuti tanpa sengaja ke Seremban 2. Harap-harap ada la entry baru lagi lepas ni supaya jemari Asmara tak bersawang lagi. Hehe..



Wednesday, August 26, 2015

31 Julai 2015 ~ Birthday Ibu dan Adik Beradik Datang Beraya

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Masih cerita pasal raya dan cerita yang dah lama berlalu, hehe. 31 Julai 2015 yang lepas genap umur ibu 37 tahun. Syukur alhamdulillah, masih dipanjangkan usia hingga kehari ini..

31 hb tu hari Jumaat dan ibu dengan gembiranya mohon cuti raya. Yeay! Mana tak happy dah 15 Syawal baru dapat cuti. Dalam entry sebelum ni ibu ada cerita tentang ibu menanggung tugas seorang pegawai yang berpindah bermula tarikh 1 Julai 2015. Jadi antara syarat kelayakan menanggung tugas ialah tidak boleh bercuti selama 28 hari. Tu lah kisah kenapa ibu tak dapat cuti raya..

Ikutkan 29 hb tu dah boleh cuti dah, tapi 30 hb ada program di pejabat. Jadi tangguh 31 hb baru cuti. Kebetulan tarikh tu birthday ibu. Alang-alang cuti, masak-masak lah sikit ajak adik beradik datang beraya..

Masak simple-simple je. Nasi Mandy kambing, sos harrah, sup kambing, puding ABC dan tambahan beli ayam bakar Ayamas. Tu je kut ceritanya, selebihnya kita layan gambar la ye. 

Yang tanya tentang deko-deko rumah ibu boleh lah intai-intai dalam ni. Sama je dengan tahun-tahun lepas jadi insyaAllah tak ada entry khas untuk deko-deko. Hehe..


 31 hb tu hari closing bulanan Shaklee. Sambil-sambil masak sambil intai biz. Tu yang sampai sudah laptop pun masih ada atas meja..
 
 Rezeki adik-beradik, ipar duai dan anak-anak buah malam tu. Nasi mandy kambing. Mbekkk.. Hihi..
 
 Mak-mak yang melayan anak-anak makan..

 Meja ada 8 kerusi je. Makan berganti-ganti jawabnya. Tapi ok lah, dorang tak datang serentak pun..

 Acara santai-santai selepas makan-makan..
 
 Geng-geng anak bujang yang tak sudah-sudah dengan gadjet masing-masing..


Possing lagi..
 
Alhamdulillah, hari tu ibu happy sangat sebab kami 5 beradik dapat berkumpul. Sebab raya tak semua balik serentak, ada yang beraya di kampung dulu dan ada yang beraya di rumah mertua dulu..
 
Tu je lah cerita ringkas kenangan 31 Julai 2015 yang lepas. Semoga bertemu Ramadhan dan Syawal tahun hadapan. Semoga dipanjangkan usia dalam keberkatan dan dengan kesihatan yang baik. Aamiin..
 
Hingga jumpa lagi..
 
Salam mesra;
Ibu Yusuf & Maryam
zefa_asmara@yahoo.com

Wednesday, June 17, 2015

WW: Star Award Achiever


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Hajat haji nak sambung entry INI, tapi belum berkesempatan. Bersempena hari Rabu, mari ambil kesempatan buat entry kurang kata-kata. Hehe..


Star Award Achiever Recognition @ Shaklee National Conference 2014/2015



Syukur alhamdulillah, semoga anugerah kecil ini membuka langkah untuk anugerah yang lebih besar dan banyak ditahun hadapan. Amiin ya Rabbal 'alamin..

Untuk memberikan gambaran keseluruhan tentang apa yang berlaku pada National Conference 6-7 Jun 2015 yang berlangsung di MIECC Sri Kembangan, ibu upload sekali lagi video ni. Jom tengok! Ianya penuh dengan aura kejayaan, penuh semangat dan keterujaan. 


Hingga jumpa lagi..

Sunday, June 14, 2015

Kenangan Indah Percutian 5 Bintang Yang Ditaja

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Hari ini hari terakhir cuti sekolah setelah 2 minggu anak-anak bercuti. Besok mula sekolah dah.. Anak cuti, ibu pun ambil kesempatan bercuti. Rugila anak-anak cuti tapi ibu kena kerja. Tapi taklah sepanjang 2 minggu tu, ibu ambik cuti 7 hari je..

Walaupun 7 hari je, sepanjang tempoh tu baaaaaanyak perkara yang manis-manis ibu lalui dan nak kongsikan di sini. Balik kampung Sekinchan dengan pengalaman musim menuai padi, balik Terengganu dengan keseronokan mandi pantai, dan tak ketinggalan warna warni National Conference Shaklee 2014/2015 yang berlangsung dari 5 hingga 7 Jun 2015..

Ok, agak-agak nak mula dengan mana dulu? Baca tajuk entry pun dah tau jawapan kut. Hihi.. Alhamdulillah, atas usaha pada cycle yang lepas, tahun ini ibu layak sebagai National Conference Qualifier dan menerima 1 tiket percutian 5 bintang yang ditaja sepenuhnya oleh Shaklee.

Penginapan 3 hari 2 malam di Palace Of Golden Horse Hotel, buffet makan tengahari yang lazat untuk hari pertama, elaun makan tengahari bernilai RM100.00 setiap orang untuk hari ke 2 dan ke 3, menyertai KL City Tour di mana kami di bawa ke sekitar Kuala Lumpur dengan diiringi pemandu pelancung khas, makan malam mewah 2 malam berturut-turut, dan paling indah menerima pengiktirafan sebagai Star Award Achiever..

Tak bestkan kalau entry tak ada gambar? Jom layan sebahagian gambar-gambar yang ada. Kalau tepek semua pengsan nak habiskan. Gambar-gambar ni kompilasi dari kamera sendiri dan kawan-kawan yang sama hadir. Ada juga gambar dari Google..

Palace of The Golden Horse.. Dihotel inilah kami menginap selama 3 hari 2 malam..

 Sampai-sampai je disambut oleh kuda-kuda gagah dan kain rentang Shaklee National Conference 2014/2015

Ini bilik yang ibu dapat. Saja-saja buka web hotel tengok harga semalam. Wahhh.. Terbeliak mata. Hehe..

Pandangan dari sudut lain bilik ni. Cuba cari kaki. Nampak tak?

Bilik air pun nak interframe. Ye lah, kita orang kampung.. Sekali duk hotel 5 bintang free. Obcos teruja. Hihu..

Keterujaan itu dizahirkan dengan selfie di dalam toilet bilik hotel. Hahahaha..

Rantaian bunga tu dikalungkan sendiri oleh Mr President semasa tiba sebagai tanda selamat datang dengan ucapan tahniah. Terasa diri begitu dihargai dan rasa hilang segala jerit perih membangunkan bisnes dan grup Keluarga Sihat. 

Gambar tu diambil sebelum turun lunch di ballroom. Kerana teruja dengan makan yang lazat-lazat tiada sekeping pun gambar diambil. Tak pelah, dah selamat masuk perut pun..

Selesai makan tengahari kami di bawa untuk acara KL City Tour. Jalan-jalan Key Ell kita dengan pemandu pelancung khas. Mula-mula kami ke Muzium Di Raja, kemudian ke Central Market, seterusnya ke KLCC dan Aquaria.

Mungkin ada yang akan kata, eeellehh. Key Ell je kut.. Tapi bagi ibu, tak join tak tahu. Siapa tak join memang rugi. Ibu secara peribadi haaaaappy sangat hari tu. Cuma kurang best sebab suami dan anak-anak tak dapat bersama..
 Comel tak Kak Tun? Ok tak comel, abaikan..
Sempat bergambar bersama ahli rombongan cik Kiah depan Muzium Di Raja. Kat dalam tak boleh ambik gambar, jadi kita bergambar kat luar je..
Lepas ke Muzium Di Raja kami ke Central Market pulak..

Yang ni memang mengimbau kenangan. Dulu zaman study, zaman muda-muda selalu la ke sini. Lepastu dah laaaaaama tak jejak ke sini. Kalau tak kerana Shaklee, tah bila la nak merasa datang sini lagi..

Apa yang paling menarik perhatian ibu di CM ni ialah pintu tandasnya. Hah ha! Bukan main klasik, tapi tak selamat woiii. Sekali tendang komfom terbukak. Berdebar-debar duk dalam toilet. Kih kih kih..

Nak tengok sila ke Instagram ibu eh. Link sila rujuk entry INI.


 Sekeping gambar kenangan di Aquaria KLCC..

Selesai berjimba-jimba di KLCC dan Aquaria kami terus ke Grand Hyatt Hotel untuk welcome dinner dengan tema Fun Fair Nite. Ada badut, ada balon, ada persembahan, dan paling best makan sedap..

 Sempat mengabadikan kenangan bersama upline dan sideline..

 Tengok pinggan pun dah sedap kan? Hehe..

 Buah tangan dari welcome dinner. Comel, sayang nak makan..

 Pewter.. Cenderahati untuk semua NC Qualifier..

Makanan malam tu best sangat-sangat. Kalau tunjuk komfom ada yang terliur. Ibu tunjuk sekeping je lah yeee. Udang yang besar, lembut dan sangat sedap..

Dah kenyang semua, balik la kita ke Palace Of The Golden Horse Hotel. Masuk bilik je, tadaaaaaaaaa. Ada supriseee!!


Sekeping kad ucapan tahniah kerana layak menjadi NC Qualifier dan hadiah sekotak Collagen Powder bernilai RM298.00. Syukur alhamdulillah..

Maka malam itu, dengan hati gembira, perut kenyang, tidur yang yang nyenyak di atas katil mewah dengan tilam dan bantal yang saaaaaangat empuk. Subhanallah!

Berakhirlah hari pertama dan bermulalah keterujaan untuk hari yang seterusnya. InsyaAllah ibu akan kongsikan dalam entry yang seterusnya..

Untuk gambaran, mari kita sama-sama tengok video ni. Video ini memberi gambaran tentang apa yang berlaku pada National Conference 6-7 Jun 2015 yang berlangsung di MIECC Sri Kembangan. 





Dah tengok? Bagi ibu ianya penuh dengan aura kejayaan, penuh semangat dan keterujaan. 

Dalam beribu-ribu orang yang hadir cuba cari, ada tak muka ibu dalam video tu? Kalau ada bg tau minit keberapa..

Jumpa je (kalau jumpa lah) terus email ibu tau zefa_asmara@yahoo.com. Jika jawapan tu betul, ada hadiah menanti anda. Jika lebih seorang menjawab betul, pemenang akan dipilih melaui cabutan bertuah..

Okey semua.. Jumpa lagi di entry seterusnya. Ibu menanti email dari anda semua dengan rasa teruja. Yeay!

Monday, February 23, 2015

Cara Terbukti Berkesan Hilangkan Parut Chicken Pox

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Beberapa harini beberapa orang rakan fb membuat status tentang anak-anak comel mereka yang diserang chicken pox. Terus teringat masa Yusuf dan Maryam kena dulu, lepas sorang, sorang pula kena. Kalau nak intai cerita dulu-dulu tu boleh klik SINI ye..

Masa anak-anak kena chicken pox dulu ibu ada juga tulis entry tentang Khasiat Daun Semambu yang dikatakan bagus untuk chicken pox, serta entry tentang Petua dan Nasihat yang boleh diamalkan tatkala berhadapan dengan chicken pox.

Masa kena satu hal, lepas sembuh timbul kerisauan tentang parut pula. Masa Yusuf dan Maryam dulu ibu tak risau sangat, sebab budak lagikan. Lama-lama sendiri hilanglah parut tu.. 

Tapi kalau kena masa dah dewasa? Huhu.. Habis la.. Cerita parut ni bukan bila kena chicken pox je, tapi banyak lagi sebab; jerawat, luka, cedera, pembedahan, melecur dan lain-lain lagi..


Gambar di atas tu rakan sebisnes ibu dalam Shaklee, Hidayah namanya. Dayah kena chicken pox tahun 2013, masa tu dah jadi mak orang pun. Tengok gambar masa kena tu pun kita dah tumpang sedih. Tapi bila tengok gambar selepas, fuyooooo. Awesome!

Dayah kata, tak lama lepas chicken pox dia sembuh, parut pun turut hilang. Dalam sebulan macam tu..

Eh, ini kisah benar tau. Bukan rekaan, bukan gambar edit, ini kisah benar. Nak lebih sahih, meh tengok video kat bawah ni..



Bestkan testimoni Dayah? Mula-mula punyalah dia risau dah tak cantik dah depan suami. Sekali dah guna produk Shaklee, haaaa.. Jadi Miss Universe terus, depan suami diala.. Hihi.. 

Kalau parut chicken pox pun boleh hilang, parut-parut lain pun insyaallah boleh hilang kan? Yang penting ikhtiar dulu..

Ok semua, sebarang maklumbalas atau jika ada pertanyaan lanjut tentang produk yang dinyatakan, boleh dinyatakan diruang komen atau boleh hubungi ibu melalui email: zefa_asmara@yahoo.com

Monday, October 20, 2014

Pengedar Shaklee Shah Alam

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Beberapa hari yang lepas, ibu didatangi sepasang suami isteri yang tidak ibu kenali. Nak bertanya tentang Shaklee katanya. Dapat tahu rumah ibu dari kawan..

Kata mereka lagi, dah lama nak beli Shaklee. Tapi tak tahu siapa jual di Shah Alam ni. Tengok, betapa sebenarnya luas lagi peluang bisnes dengan Shaklee ni. Sampai ada lagi yang tak tahu nak beli Shaklee di mana..

Baiklah dengan ini, ibu nak mengumumkan melalui blog Jemari Asmara ini bahawa ibu adalah pengedar Shaklee Shah Alam;

Saya, Zefa Nor Asmara dan suami adalah pengedar sah Shaklee yang aktif di sekitar Shah Alam. Kami membuat penghantaran produk Shaklee secara serahan tangan ke seluruh Shah Alam dan membuat penghantaran melalui pos ke seluruh Malaysia.

Kami boleh dihubungi ditalian 011-11537821 (panggilan/ whatsapp/ sms)..

Jangan malu-malu hubungi kami, pengedar Shaklee mesra anda. :D


Saturday, October 18, 2014

Promosi Vitamin C Shaklee; Vitamin C Organik Terhangat Di Pasaran

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


GEMPAR!!! OFFER SPECIAL HARI INI SAHAJA. 18 OKTOBER 2014 SAHAJA!

Sempena erasmian Shaklee Home Office di The Pinacles Sunway hari ini, Shaklee Malaysia mengadakan tawaran istimewa SEHARI SAHAJA untuk produk Sustained Released Vita-C 500mg.

Baca Manfaat Vitamin C di sini (klik)..

Rebut segera sebelum tawaran ini berakhir jam 11.59 malam ini.

Hubungi saya ditalian 011-11537821 (Puan Zefa)

Thursday, October 16, 2014

Header Terbaru Jemari Asmara 2014

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Setelah sekian lama menggunakan header blog yang sebelum ini, tiba masanya untuk bertukar kepada yang baru. 3 hari lepas, muncul 1 lagi keras tangan ibu dan terhasillah header seperti di atas. Yang ringkas-ringkas sahaja, dan yang macam tu ajelah yang ibu mampu buat. Almaklum, tiada kepakaran. 

Setiap kali header baru, mesti muncul juga tag line baru. Kali ini, Jemari Asmara; Menulis nyanyian hati, diterjemah tarian jemari -Zefa NorAsmara-. Sedap ke sedap bunyinya? Ehehe..

Selama mana header ini bakal bertahan, wallahua'alam. Mungkin sehingga muncul ilham untuk buat header baru. InsyaAllah..

Bercakap tentang header, dalam banyak-banyak header Jemari Asmara ibu suka yang ini;

v

v


Di atas ni lah header Jemari Asmara tahun 2012. Ringkas tapi comel. Comel sebab dihiasi wajah anak soleh dan solehah; Yusuf dan Maryam. Gambar tahun 2011 tu sebenarnya, dan sekarang dua-dua sudahpun semakin membesar. Alhamdulillah..



Ini pula, header yang baru diturunkan. Menghiasi Jemari Asmara semenjak pertengahan tahun 2013 kalau tak silap ibu. Gambar tu kenangan semasa kami ke Taman Botani Negara Shah Alam pada tahun 2012. Ada ibu ceritakan dalam entry INI.

Rugi pula rasanya, tak setiap kali tukar header ibu buat entry. Jadi ada juga koleksi header yang tak tersimpan. Banyak gambar-gambar lama turut hilang semasa kejadian laptop hilang beberapa tahun lepas.

Tapi tak apalah, wujud Jemari Asmara ini pun ibu dah cukup bersyukur. Kalau ikut ingatan semata-mata, banyak perkara ibu dah lupa. Tapi catatan-catatan dalam Jemari Asmara menyimpan sebahagian memori suka duka kami sekeluarga sejak tahun 2010. Agak-agak nak ingat balik apa-apa yang lupa, ibu godek lah catatan yang lama-lama..

Semoga ibu diberi kekuatan untuk terus berblog.  Lebih-lebih lagi blog merupakan salah satu medium untuk ibu berkongsi kebaikan produk Shaklee yang merupakan salah satu punca pendapatan kami sekeluarga. Semoga lebih dimurahkan rezeki kami. Amin ya Rabbal 'alamin..

Tuesday, October 14, 2014

Promosi ESP Shaklee Oktober 2014; Dapat ESP Percuma, Dapat Keahlian Shaklee Percuma!

Promosi ESP Shaklee untuk tahun 2014 datang lagi. Produk yang sangat 'hot' dan menjadi pujaan ramai.

Pembelian 6 unit ESP melayakkan anda untuk mendapat satu unit ESP benilai RM150.00 secara percuma.

Maksudnya, anda beli 6 sahaja tetapi anda akan dapat 7. Wah, tawaran yang berbaloi-baloi.



Beli 6 percuma 1. Beli 6 dapat 7!

Banyaknya nak kena beli sampai 6? Percuma 1 jadi 7, lagi banyak jadinya. Tak apa, yang penting jimat. Boleh buat stok hampir setahun juga tu. Nak ambil supplemen dan rasai kebaikannya, mestilah istiqomah kan? ;-)

Lebih menarik, dengan promosi ini anda layak mendapat keahlian percuma. Dan secara automatik, anda layak membeli produk Shaklee dengan harga ahli yang jauh lebih murah. Bagaimana tu?

Ok, mari ibu jelaskan. Pembelian mana-mana produk Shaklee dengan nilai 200 uv, pelanggan layak menerima keahlian Shaklee secara percuma. 6 unit ESP bersamaan dengan 234 uv, maka layaklah mendapat keahlian percuma. Bila dapat keahlian percuma, automatiklah boleh beli 6 ESP percuma 1 dengan harga ahli.

Dan.. Lebih menarik lagi..

Ahli Shaklee yang membuat pembelian lebih dari 150 uv setiap bulan, layak menerima cash bonus dari pihak Shaklee. Wah!

Hebat betul promosi beli ESP 6 percuma 1 ni!

1. Dapat PERCUMA 1 bekas ESP
2. Dapat PERCUMA keahlian Shaklee
3. Layak dapat CASH BONUS dari Shaklee

Menarikkan? Pandangan ibu, jika anda seorang pengguna Shaklee terutama ESP.. Maka janganlah lepaskan peluang keemasan ini. Promosi ini berakhir pada 31 Oktober 2014, tapi baiklah order cepat-cepat sebelum stok ESP kehabisan. Almaklum, produk 'hot' katanya..

Untuk keterangan lanjut, jangan malu-malu hubungi ibu ya..

Zefa Nor Asmara Jubir
Shaklee ID: 909824
FB: https://www.facebook.com/ZefaNorAsmara
FB Page: https://www.facebook.com/KioskKeluargaSihat
011-11537821

Saturday, September 27, 2014

Menu Kampung dan Eksotik di Restoran Lembah Bernam Sekinchan

Jom nyanyi-nyanyi; "Jalan-jalan cari makan. Lalalala.."

Ini cerita awal September yang lepas. Kami sekeluarga telah menjamu selera di Restoran Lembah Bernam yang terletak di Tali Air 9, Sekinchan Selangor. Restoran tersebut terkenal sebagai restoran yang menghidangkan menu kampung dan eksotik. Haaaa, kedengaran menarikkan?

Sebenarnya tak merancang pun nak makan di sini. Kami kebetulan balik kampung dan ada kawan ibu merangkap pelanggan setia Shaklee yang minta ibu hantar supplemen sakit kaki pada ibunya. Ini kali ketiga beliau repeat order supplemen tersebut untuk ibunya. Rumahnya pula betul-betul sebelah restoran ni. Apa lagi, singgah lah kami.


 Restoran Lembah Bernam Sekinchan

Ini pandangan dari hadapan restoran, memang ala kampung sungguh. Halaman yang luas dan mampu menempatkan banyak kereta dalam satu masa. Kami sampai dah hampir jam 2.00 petang, dah lewat kiranya sebab restoran ni dibuka pada jam 11.00 pagi. Menu siap masak pun dah habis..



Menu sedia masak restoran ni terdiri dari masakan selera kampung. Kalau tengok senarai menu ada ikan puyu, sepat, keli, belut, udang galah, ikan baung. Masakan pula ada lemak cili api, lemak kencur, goreng berlada. Eh, nak senarai banyaklah. Ulam-ulaman pun ada..

Tapi masa kami sampai semua yang berderet kat atas dah habisss. Dah tu, kami makan apa? Taraaaaaaa..

v

v

v

v


 Inilah hidangan yang kami order..

Selain menu masakan siap, ada juga menu yang dimasak atas permintaan. kebiasaannya untuk hidangan eksotik. Cuma masa kami datang tu cuma ada ayam kampung, rusa dan landak. Nak order landak, tak tahu lagi rasanya macam mana. Takut pula Yusuf dan Maryam tak makan.

Jadi kami order rusa masak black paper, ayam kampung goreng berempah, ayam kampung masak kari dan ulam-ulaman..

Meh tengok gambar..


 Rusa masak black paper..

Masakannya agak manis dan lebih kepada rasa masak kicap. Black papernya pun tak berapa nak rasa. Tapi bolehlah..


 Ayam kampung goreng berempah..

Mereka guna ayam kampung muda, jadi tak rasa macam ayam kampung. Macam ayam biasa je.. Jadi siapa yang datang jauh-jauh tu, silalah order menu lain yang susah nak dapat di KL. Yang ni kami order untuk meraikan anak-anak yang komfom makan kalau ayam..


 Ayam kampung masak kari..

Yang ni pun sama cerita macam kat atas, ayamnya lembut jadi tak feel makan ayam kampung. Mula-mula ingat mereka salah hantar menu. Tapi bila ibu tanya, jawabnya mereka guna ayam kampung muda. Wallahua'alam bissawab..


Senarai harga menu di Restoran Lembah Bernam Sekinchan..

Untuk senarai harga boleh rujuk pada gambar ni. Ibu ambil di FB Restoran Lembah Bernam. Tapi gambar lama tu, mungkin ada harga yang sudah berubah. Mungkinlah ye..


 Suasana di Restoran Lembah Bernam Sekinchan..

Kami sampai hampir jam 2.00 petang, orang sangat ramai dan menu masakan siap dah habis. Jadi siapa yang berhajat nak datang ke sisni kelak, eloklah datang awal. Jam 11.00 pagi dah buka. Restoran ni beroperasi dari jam 11.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari kecuali hari Jumaat..


 Sebahagian dari bumbung restoran ni beratap nipah..

Menyerlahkan lagi suasana makan di kampung. Bagi orang kampung macam ibu, rasa biasa-biasa je pun. Hihi.. Tapi bagi orang bandar sejati yang nak cari kelainan, boleh la jalan-jalan cari makan di sini. Lagi satu, mereka pasang semburan air di atas bumbung restoran. Jadi dapat mengurangkan rasa bahang di waktu tengahari..


Alamat dan no telefon Restoran Lembah Bernam..

Mana tau ada yang nak buat tempahan kan, silalah simpan nombor telefon tu. Ingat ye, Jumaat tutup..

InsyaAllah, kami akan datang lagi slepas ni. Mungkin untuk rasa landak atau pelanduk pula. Dan kami dah tahu lepas ni, untuk pilihan menu yang lebih banyak haruslah datang lebih awal.

Baiklah, sekian dulu catatan jalan-jalan cari makan kami. Hingga jumpa lagi :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...