Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Ini catatan aktiviti hujung minggu kami pada 30 Disember 2012 yang lepas. Kami jalan-jalan ke Taman Botani Negara Shah Alam (TBNSA). Tak sampai 10 minit pun dari rumah kami. Hehehe..
Tahun 2012 memang betul-betul tahun berjimat cermat untuk aktiviti cuti-cuti Malaysia kami. Tiada penginapan di hotel dan tiada perjalanan jauh. Kalau ada pun ianya merangkap balik ke kampung ayah.
Taman Botani Negara Shah Alam pada asalnya dikenali sebagai TPM yang
dulunya dikenali sebagai Taman Pertanian Bukit Cerakah mula dibangunkan
pada 24 April 1986 sebelum dimasyhurkan menjadi Taman Pertanian Malaysia
Bukit Cahaya Seri Alam oleh Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Al-Haj ibni Hisamuddin Alam Shah Al-Haj pada tahun 1991. Nama TBNSA
sekarang adalah selaras dengan keputusan Jemaah Menteri pada tahun 2007
untuk membangunkan TBNSA menggantikan TPM.
Untuk maklumat lebih lanjut tentang TBNSA, anda semua boleh ke laman web rasmi Taman Botani Negara Shah Alam.
Tujuan utama kami ke TBNSA memang nak ke Taman Iklim Sederhana 4 musim. Nak pusing habis satu TBNSA memerlukan masa sekurang-kurangnya sehari. Tenaga pula kena cukup, sebab luas tauu..
Kami bertolak dari rumah selepas solat Zuhor, sampai sana dalam jam 2.30 petang macam tu. Terus beratur beli tiket.
PERKARA
|
KADAR HARGA (1 Unit @ 1 Hari)
| |
HARI BIASA
|
H. MINGGU /
KELEPASAN AM | |
KAUNTER UTAMA DAN KAUNTER TEMPAHAN DAN PENGINAPAN | ||
Jualan tiket dewasa (12 – 54 tahun) |
RM 3.00
| |
Jualan tiket kanak-kanak (6 – 11 tahun) |
RM 1.00
| |
Pelawat warga emas (55 tahun keatas) |
RM 1.00
| |
Pelawat berumur 6 tahun dan ke bawah, rumah anak yatim dan Orang Kurang Upaya |
Masuk Percuma
| |
KAUNTER RUMAH IKLIM EMPAT MUSIM | ||
Jualan tiket dewasa (12tahun dan ke atas) |
RM 5.00
| |
Jualan tiket kanak-kanak (4-11 tahun) |
RM 3.00
| |
Pelawat berumur 4 tahun dan kebawah dan Orang Kurang Upaya |
Masuk Percuma
|
Jadual harga tiket ni ibu copy dari laman web rasmi TBNSA, cuma ibu dah edit sebab ada perubahan harga. Tapi ibu silap masa beli tiket, ibu tersebut 2 dewasa, 2 kanak-kanak. Sepatutnya Maryam tak kena bayaran lagi untuk masuk kecuali untuk Taman Iklim Sederhana. Nasih baik RM1.00 je.. Hehehe..
Lepas bayar, masuk, kami beratur untuk naik tram. Kami menang plan nak naik tram untuk perjalanan pergi dan jalan kaki untuk perjalanan balik.
Jom layan gambar-gambar yang sempat diambil sebelum kamera ibu kehabisan bateri. Lupa nak charge.. Huhuhu..
Ada snow man.. Kesian dia tak ada kawan..
Lagi pemandangan di dalam.. kecik je ruangnya, tapi jadilah. Sangat-sangat berbaloi dengan harga tiket yang kita bayar. kalau masuk iCT dah berapa dah ni. Kan?
Kenangan sekeluarga.. Terima kasih buat seorang adik manis yang tolong ambikkan gambar kami..
2 beradik yang kesejukan..
Purple gitew.. Tak plan pun nak pakai sedondon, baju dan tudung main pakai je tu..
Dari luar pintu kaca..
BULAN
|
KUTUB UTARA
|
KUTUB SELATAN
|
MUSIM
|
MUSIM
| |
November – Februari
Mac – Mei
Jun – Ogos
September - November
|
Musim Salji (Winter)
Musim Bunga (Spring)
Musim Panas (Summer)
Musim Gugur (Autumn)
|
Musim Panas (Summer)
Musim Gugur (Autumn)
Musim Salji (Winter)
Musim Bunga (Spring)
|
Jadual perubahan musim yang ibu copy dari SINI..
Ada beberapa gambar lagi dalam handphone ayah, insyaAllah kalau rajin ibu upload ya. Selain ke Taman Iklim sederhana 4 Musimni, kawan ada juga singgah ke Taman Haiwan. Ala-ala mini zoo gitu, tapi menarik juga..
TBNSA ni beroperasi dari jam 8.30 am hingga 4.30 pm. Tapi hari tu kami keluar dah lebih jam 5.00 pm pun. Dalam tempoh lebih kurang 3 jam kami cuma sempat lawat 2 tempat, jadi kalau merancang nak jelajah semua tempat, anda mesti datang awal pagi ya..
Sekian dulu catatan ibu..
Iklan:
ESP: antara produk Shaklee yang paling laris. Menjadi buruan ibu-ibu menyusu dan wanita yang ingin cantik.
Keterangan lanjut boleh baca di SINI ya. Terima kasih..
Bestnya jalan2 bawa anak ke sini. Lama dah nak pergi tapi belum juga berkesempatan..
ReplyDeletetahun lepas masa balik Shah Alam, ina masuk sini juga. Musim salji....sejuk sungguh.......
ReplyDelete* masuk free je sebab adik kerja dalam ni hehe
assalam..nk tnya.. kte bleh msuk n main ke dlm salji tu..atau hnya tgok dr tingkap cermin je...tq..
Deleteassalam..nk tnya.. kte bleh msuk n main ke dlm salji tu..atau hnya tgok dr tingkap cermin je...tq..
Deleteseronoknya..nak pi lah bila2 nanti :)
ReplyDeletebestnya..nak pegi lah...
ReplyDeletesy pernah sampai sini 18 tahun lepas, hehehehe
ReplyDeleteTak pernah lg sampai sini. Kena masuk dlm list ni :)
ReplyDeletetq for info..cuti nanti boleh terjah.
ReplyDeletetak berkesempatan lg kesana..kawan sy ada sorang yg bekerja disana..:)
ReplyDeleteassalam..nk tnya.. kte bleh msuk n main ke dlm salji tu..atau hnya tgok dr tingkap cermin je...tq..
ReplyDeleteW'salam. Boleh masuk dear, tp tak boleh pijak salji tu. Ada laluan khas yg dibina tp ada tempat2 yg kita boleh sentuh dan pegang salji..
Deletewah!!! bestnya!!!!!!
ReplyDelete