Follower

Sunday, May 13, 2012

OUR 1ST PHOTOBOOK


Dengan Nama Allah Yang Maha pengasih Lagi Maha Penyayang

Pagi Ahad nan indah, ibu Yusuf nak tayang sesuatu. Seseuatu yang pertama kami ada.. Sesuatu yang disebut dalam entry Terima Pengajaran Dari Contest di FB..

Yeay!! Our 1st photobook, hasil beli voucer di Gropun RM49.00. Harga asal RM208.00. Kecik je, 8 x 6 kalau tak silap..

Tak rajin nak tulis banyak, kita tengok gambar dalam gambar lah..








Maaf lah, gambar tak berapa nak clear. Rumah ni lampu semua ala-ala romantik, jadi susah sikit nak snap gambar.

Marilah baca pandangan seorang yang baru ada 1 photobook..

Harga:
Ibu rasa dengan harga RM208.00 untuk photobook sebesar ini adalah agak mahal. Tapi dengan harga RM49.00 hasil beli dengan Groupun sangat berbaloi-baloi. Oh ya, + RM10.00 untuk kos penghantaran. 40 muka surat..

Design:
Photobook ni kena design sendiri. Masa mula-mula nak buat tu, ibu rasa susah juga. Tapi lepas try and error rasa seronok pula. Walaupun ini cubaan pertama design photobook sendiri, ibu rasa sangat puas hati dengan hasilnya.

Product description:
Cover: Image laminated on hardcover. Hmm.. tapi ibu rasa tak berapa berquality kalau nak banding dengan harga asal. Dengan harga ofer okeylah. Tapi kertas yang digunakan di bahagian dalam sangat memuaskan hati. 170gsm premium silk.

Secara keseluruhannya, ibu berpuas hati. Kecuali covernya tak berapa cantik. Macam tak sesuai je background yang ibu pilih tu. Ayah pun komplen, kenapa tak letak frame pada pic di bahagian cover tu..

Alaaa.. namapun percubaan kali pertama. Sok ibu buat yang lagi cantik ye ayah. Kalau siapa-siapa tahu ada offer untuk photobook, tolong roger ibu Yusuf ya..

Ps: Kawan-kawan dah ada photobook dah?



Friday, May 11, 2012

Cara-Cara Hilangkan Stress


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Ada sesiapa yang sedang stress ke? Moh tengok gambar ni..

v

v

v


Gambarni ambik di FB..  

Keh keh keh.. Ibu Yusuf rasa kelakar.Hilang segala keserabutan dan ketensenan kalau tengok aksi kucing tu. Keh keh keh.. Sambung gelak lagi..


Sekadar hiburan malam Sabtu.


Holiday pun boleh hilangkan stress juga. Klik!!

Thursday, May 10, 2012

BUAH DADA BESAR vs BUAH DADA KECIL


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Ini bukan entry 18sx.. Siapa-siapa boleh baca. Bukan mahu mengata.. Sekadar berkongsi pandangan mata dan hati. Katakan yang benar walaupun pahit..

Beberapa hari yang lepas, ibu berpeluang menyelak satu majalah kewanitaan milik seorang kawan. Ibu suka majalah tu, cuma jarang beli. Banyak info berfaedah di dalamnya. Adat majalah, iklannya banyak lah juga. Pendekkan cerita, ada dua iklan yang buat ibu geleng kepala. 

Hmmm.. Yang satu tentang bangganya sang isteri dengan 'kuasa power baru sang suami' walaupun dah tua. Amboi, terbuka sungguh. Tapi itu hak mereka, mereka pasangan yang sah. Dan sah-sah mereka dibayar oleh syarikat yang mengiklankan tu.

Satu lagi, memang berkait rapat dengan tajuk di atas. Pengakuan seorang wanita yang dulunya diejek suami kerana payudaranya kecil. Lantas dia berusaha untuk membesarkan payudaranya. Selepas menggunakan produk XYZ saiz cupnya up dari cup A ke cup C (yang ni kalau tak silap lah ABC nya tu..). Siap ada gambar sebelum dan selepas dengan menunjukkan bentuk sebenar-benar bentuk.

Allahu Akbar!! Allahu Akbar!! Allahu Akbar!!

Tak mau komen banyak-banyak, nanti kena saman pula. Tapi siapa yang boleh menafikan ayat ini dan lawan di mahkamah?

v

v



Adik-adik, kakak-kakak, makcik-makcik diluar sana.. tak perlulah runsing dan risau kalau aset kita ni kecil. Sesungguhnya lebih mudah untuk kita menjaga keaiban kita..

Adik-adik, kakak-kakak, makcik-makcik diluar sana.. tak perlulah bangga dan mendabik dada andai aset kita besar dan cantik. Payudara bukan mahkota yang boleh dijaja untuk pandangan mata, tapi keaiban yang perlu dijaga..

Kerana apa ibu Yusuf kata payudara itu keaiban? Ini jawabnya..

v

v


Sekian. Maaf andai ada yang terasa dengan entry ini.


Jom shopping tudung tutup dada!! Klik!!

SENYUM PENYELAMAT

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Hehehe.. Gelak dulu sebelum cerita. Hadohai.. Tarik nafas, hembusss. Fuhhh..

Pendek cerita, harini ibu kena ganti seorang pegawai yang bercuti untuk tugasan di mahkamah. Kawan yang sorang lagi MC, kawan yang sorang lagi ada temujanji. Makanya ibu Yusuf yang kena pergi..

Gara-gara 'satu masalah', bukan OKT yang nak kena tuduh tu je yang menggeletar, ibu Yusuf yang bawa kes pun menggeletar sama. Sapa-sapa perhati tangan ibu masatu, memang akan nampak dokumen yang dipegang bergegar-gegar. Mana taknya, harini majistret yang bertugas tu sangatlah tegas..

Alkisahnya, dokumen yang sepatutnya bertaip hanya bertulis tangan. Gara-gara makluman akhir waktu..





Yang kelakarnya, tah macammana boleh keluar dari mulut ibu secara spontan; "Senyum dulu tuan, minta ampun minta maaf, dokumen ni bla bla bla.." Err, mana ada orang cakap macam tu dalam open court daa.. Aduhai, memang spontan je keluar dari mulut.

Lagi kelakar bila tuan majistret memang tersenyum dan cakap; "pandai awak ye.."

Ibu Yusuf dikurniakan Allah wajah garang kecuali waktu dia tersenyum. Sebab tu siapa-siapa yang tak kenal akan kata ibu Yusuf sombong.

Hehehe.. Tapi harini, senyuman ibu penyelamat keadaan. Bukan senyum menggoda ya, tapi senyum minta kesian..

Alhamdulillah, kesudahannya atas izin Allah semuanya berjalan lancar.

Sememangnya satu pengalaman masam kelat dalam kerjaya ibu Yusuf.

Wednesday, May 9, 2012

TERIMA PENGAJARAN DARI CONTEST DI FB

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Ibu Yusuf dalam mood berdebar-debar. Sedang menunggu sesuatu 'yang pertama' sampai ke tangan. Harap-harap pihak yang ditunggu-tunggu akan tiba harini juga. Tak boleh cerita lebih-lebih, nanti dah dapat baru ibu cerita lagi ya..

Balik pada tajuk.. bunyinya macam isu besar je kan? Tapi sememangnya ibu Yusuf telah belajar sesuatu baru-baru ini. Sesuatu yang orang lain dah lama tahu, tapi ibu Yusuf baru nak tahu. Dan 'terkena' juga.. Gara-gara tak tahu. Hmmm, sabar ajelah. Semuanya bermula kerana join contest di FB.

Bacalah ye pengalaman ibu yang sedikitni. Yang baik jadikan pengajaran, yang buruk jadikan sempadan.

Penyertaan pertama:
Penyertaan pertama ibu Yusuf dalam contest di FB adalah anjuran UK Store. Kena hantar gambar ruang tamu rumah dan publish di wall UK Store. Lepastu kena raih like banyak- banyak gitu. Yang ni memang ibu tak promote sangat, cuma syer semula di wall sendiri, buat entry di blog dan syer di ESDG. Syer di APC pun ada rasanya. Pic ibu hingga tarikh tutup dapat 92 likes. Cuma, contest tu tak dapat sambutan sebenarnya. Ibu pun tak tahu apa kesudahannya. Penganjur pun senyap je lagi setakatni..

Penyertaan kedua:
Ibu join Choose, Syer and Win anjuran FB The Ladies Photographer. Ibu meraih undi masih dengan cara yang sama, cuma kalini ibu PM secara peribadi kawan-kawan minta tolong like, dan ibu masukkan sebagai syarat tambahan dalam GA yang ibu buat. 

Masa join contest yang ni, ibu baru tahu tentang exchange vote/ like. Tahu macamtu-macamtu ajelah, ada juga cuba buat. Cuma masa dapat tahu tu dah last minit. Lagipun, yang ni like di wall kita. Jadi yang tak add memang tak boleh like.

Hasilnya, dapat 62 likes je. Kalau tak silap, yang menang contest tu dapat meraih 200++ like.

Penyertaan ketiga:

Ibu join Kleenex Moments, yang sekarang ni lah. Masa join tu, tahu dah memang susah nak menang. Penyertaan sedia ada masa tu pun dah ada yang 500++ vote.

Dah tu, tahu tak boleh menang kenapa nak join juga. Hehe.. Saja nak test power..

Entah kenapa ibu berani-berani diri exchange vote dengan orang lain, walhal tak berapa tahu lagi selok beloknya. Entah macammana juga boleh sampai tersasar ke luar negara. Haiya.. Nasib baik tak main like aje, ada sekali tu jumpa contest yang dianjurkan oleh persatuan agama dot dot dot. Ada sekali tu juga, orang yang minta exchange vote tu, minta like gambar anjing daaa.. Hohoho, tak mau, tak mau.. Kena lebih berhati-hati lepas ni..

Dan juga, baru ibu tahu, kalau nak exchange vote kena sebut jumlahnya masa setuju. Hadoi, yang ini memang terkena. Tiba-tiba je ada sorang manusia ni kata dah bagi 5 vote kat ibu. Kita sah-sah boleh bagi satu je. Lepas tu dia kata ibu penipu. Yang ni memang sadis sangat-sangat. Terus rasa serik.

Baru ibu tahu, ada yang buat akaun FB sampai berpuluh-puluh, ada juga sampai beratus-ratus. Tujuannya, untuk like sendiri contest yang disertai, atau untuk exchange dengan orang lain.


Baru ibu tahu juga, ada yang jual vote. Ibu terbaca entry Ila Salleh pasal vote cara baik dan cara kotor. Ila kata, tak mustahil akan muncul software yang dicipta untuk vote/ like. Melalui entry tu juga baru ibu tahu exchange vote link tu cara kotor sebenarnya. Alamak, ada terlike dah page tukar vote ni.

Hmm..  Macam-macam cara nak menangkan? Cumanya telus atau tidak.


Kesimpulannya, memang susah nak menang dengan hanya mengharapkan vote/like dari kawan semata-mata jika ada unsur-unsur yang 'gitu-gitu'. Kalau nak exchange vote pun biarlah kita tahu apa yang nak divote. Ibu Yusuf betul-betul ambil pengajaran dari kenaifan diri sendiri sebelumni.

Jadi, masih teruskan hajat nak join contest raih vote/ like? Tepuk dada, tanya selera.


Bagi ibu, penat juga nak raih vote ni. Kita bukan 24 jam duduk depan komputer. Bukan 24 jam online..


Yang dah masuk Kleenex moments ni teruskan ajelah.. Test power ibu Yusuf, berapa like pulak dia boleh dapat kalini. Harap-harap lebih 100 baru nampak peningkatan. Setakatni baru ada 80++ votes. Hehehe..


Sekian catatan ibu Yusuf dan Maryam.


Ps: Entry ni sepatutnya publish pagi tadi, tapi ptg baru publish. Jadi yang atas tu dah dapat. Mood gumbira lalalala..

Cara mudah tambah tabungan. Klik!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...