Follower

Monday, November 28, 2011

Mandi Manda @ Sungai Congkak


Entry rakaman kebahagian ibu 27 November 2011

Ahad pertama sejak abah ibu dah tak duduk bersama kami, kami tak balik kampung. Err, maksudnya tiap-tiap Ahad kami balik kampung, tapi mingguni kami tak balik kampung.

Ayah ambil kesempatan bawa anak jalan-jalan. Tu pun ibu tak tau perancangan.. Tau-tau, pagi semalam Yusuf bagi tahu ibu, ayah nak bawa mandi sungai. Seperti biasa, ibu ikut aje.

En Ayah memang macam tu.. kurang komunikasi sikit dengan isteri dia a.k.a tak banyak cakap. Isteri dia pulak terlebih cakap. Haha.. 

Tapi terima ajelah seadanya pasangan anda. Ibu selalu pesan pada kawan-kawan ibu yang cerita pasal kelemahan suami masing-masing.. Ibu cakap; bersyukurlah bahawa suami kita bukan penagih dadah. Pesan kat orang, merangkap pesan pada diri sendiri la tu. Upss.. lari tajuk la pulak.

Ringkaskan cerita, ayah bawa anak-anak mandi di Sungai Congkak, Hulu Langat. Kita layan gambar hasil rakaman Coolpix ibu okey.. :D


 Suasana di Sungai Congkak.. 1 Muharam 1433H. Orang ramai juga sebenarnya, tapi tak adalah sampai bersesak-sesak. Nampak tak Maryam nuuunnnn di seberang sungai?

Apa dia buat? Jom kita zoom dia..


 Ooooo.. main pasir rupanya. Dia siap cakap kat ayah, besok nak datang lagi bawa tools. Adik nak buat istana pasir. Hihi..


Dua beradik yang kegembiraan main air..


 Abang Yusuf ni tak pandai berenang lagi sebenarnya. Tapi dia nak juga tunjuk skil menyelam.. Siap jerit kat ibu suruh tengok dia nak selam katanya.. Ibu layan je lah.


Anak solehah ni sikit tak takut air.. Siap biarkan diri dihanyut arus lagi. Ayah yang beria kejar dia, dia selamba aje..

 Pada firasat ibu, adik akan pandai berenang dulu dari abang. So abang? Usaha pasti jaya! Abang boleh!!

Aik.. gambar anak-anak dan ayah je, ibu mana? Hihi.. Adaaaaaaa.


Ibu Yusuf dan Maryam yang ayu dengan payung orennya. Ayulah konon (sila menyampah, kih kih..) Hujan panas sebenarnya. Sepanjang di sana, dua kali ibu terpaksa kembangkan payung.

Banyak lagi gambar, tapi cukuplah. Hampir semua gambar zoom dan agak berat.. Broadband belum bayar lagi ni.. Hihi..

Ps: Ada kisah di sebalik shawl yang ibu pakai. Nantilah ibu cerita di entry yang lain ya..

Jumpa lagi!!


12 comments:

  1. coll jer maryam nak buat istana pasir di air terjun.huhu...

    abg yusuf sgt pandai menyelam..

    ibu kontrol ayu bersama payungnya.eceh!

    bb sy pun tak bayarlg..opss lupa sudah.sbb bln nie takde gaji.huhu..skang gak p byr..:)

    ReplyDelete
  2. weee..seronoknya mandi manda. anak2 kita pun suka main air.
    p/s: bila close up gambar zefa baru perasan yg wajah maryam potostat ibu dia cuma versi kanak2 heehee..

    ReplyDelete
  3. best je tgk bebudak tu main air...rase nk g pantai je ;)

    p/s: insyaAllah nk join GA siap pk2 ape nak tulis mase mandikan muhammad subuh tadi..die yak..ayah g sejid pulak heheh

    ReplyDelete
  4. anak2 kalau jumpa air..memang seronok..anak2 acik dah besar panjang pun masih lagi suka dengan air..
    memnag ayu ibu yusuf dan mariam ni.sungguh..

    ReplyDelete
  5. kak aya pun pernah ke sini tahun lepas...ok la tp kak aya lebih sukakan sungai ulu yam, mungkin sb dgn rumah kot.

    ReplyDelete
  6. wahhhh...seronoknya anak2 dapat main air....
    p/s..Suka tgk pic ibu Yusuf dan Maryam berpayung tu...comellll...

    ReplyDelete
  7. dah lama sunguh tak sg.congkak,nak musim hujan ni,air kat sana sejuk ya amat!..

    ReplyDelete
  8. bestnya dapat mandi air sungai camni kan..jgn kan anak2..kakak2 pun suka gak..

    chii g sg congkak 3 minggu lepas..mmg rasa xmo blik je..ehehe

    ReplyDelete
  9. Ok tak sungai congkak?..tak terfikir pun nak pergi sebelum ni..hmm, good idea :)

    ReplyDelete
  10. biasa bawak berjalan anak2 ke taman atau ke pantai je. sungai? belum lagi la. lagi pulak anak2 mst mtk pergi taman punyalah. cantik je ibu yusuf & maryam ni.

    ReplyDelete
  11. Tengok airnya pun dah terasa kedinginannya. Seronokkan bila dapat meluangkan amsa bersama keluarga... :)

    p/s: payung dan tuannya sama2 cantik :)

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...