Follower

Sunday, February 5, 2012

PUDING ROTI BERKEJU


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Air tangan ibu Yusuf dan Maryam petang semalam..

v

v


v

v


Puding roti berkeju..

Inilah yang diumpamakan 'Jangan menilai buku dari kulitnya'.. Rupa paras puding ni memang tak berapa nak semenggah, buat pun pakai bekas plastik yang boleh masuk mikrowave tu.. Tapi rasanya, alhamdulillah sedap..

Lagi-lagi bila Yusuf nak makan.. Yusuf bukan penggemar kuih muih atau manisan. Kalau dia makan dan kata sedap, memang ibu akan kembang kempis lah jawabnya. Hehe..

Buatnya pun sangat-sangat senang. Dari mula buat sampai masak cuma 10 minit je.. Biasanya ibu buat puding main bubuh je tak sukat-sukat. Tapi kalini ibu sukat sebab nak kongsi di Jemari Asmara..

RESEPI PUDING ROTI BERKEJU

Bahan-bahannya: (bekas 5 inci x 5 inci)

140 gram roti (ibu guna tepi-tepi roti dari sebuku roti gardenia)
1 biji telur
1 cawan air
susu pekat manis secukup rasa
1 sudu makan mentega
1 sudu besar serbuk milo
1 keping keju

Cara-caranya:

1. Bancuh air dengan susu pekat hingga secukup manis (terpulang pada kadar manis masing-masing)

2. Kisar roti, telur dan bancuhan susu. Ibu kisar separa hancur sahaja..

3. Sapukan mentega pada bekas plastik tahan mikrowave

4. Curahkan roti yang telah dikisar, taburkan serbuk milo di atasnya.

5. Potong mentega kecil-kecil dan taburkan di atas taburan milo.

6. Potong keju megikut kesesuaian bekas dan susun di atas sekali

7. Masak dalam mikrowave dengan tekanan tinggi selama 5 minit.. Siap dan sedap dimakan panas-panas..

Nota ibu Yusuf:

* Anak-anak ibu makan roti tak nak tepinya, tak nak membazir jadilah puding roti..

* Tentang mentega tu, boleh juga blend sekali (ibu pernah buat). Tapi ibu rasa lagi sedap tabur di atas..

* Memang tak letak esen vanila. Letak atau tak tidak mempengaruhi, puding ni dipengaruhi oleh milo dan keju..

* Ada setengah makanan yang dimasak dengan mikrowave akan mengeras dan liat bila sejuk.. Tapi puding ni tetap lembut walau dah sejuk..

Ps: Silalah tekan like tu kalau suka dan tanda sokongan pada Jemari Asmara. Terima kasih..



15 comments:

  1. salam
    boleh try ni
    biasa cheqna wat puding roti kukus je =)

    ReplyDelete
  2. sama ler dgn bsb anak2 tak suka tepi roti..boleh try nanti.

    ReplyDelete
  3. kakyong selalunya kukus jer.. ;)

    mikrowave dah jadi tukun.. hahah.. sejak dok baca byk pasal isu mikrowave & kanser, stop guna mikrowave..

    ReplyDelete
  4. sedapnya kak, saya ni memang suka puding roti, nak2 lagi ni yang berkeju, memang kena cuba ni, kalau tak guna tepi roti boleh tak?

    ReplyDelete
  5. salam akak..

    kdg2 nmpk je x cantik.. tp rasanye sedap...

    ReplyDelete
  6. nampak sedap.. nanti blh suruh anak2 dara kt rumah ni buatkan. Thanks zefa sudi kongsi resipi

    ReplyDelete
  7. Huda: Boleh je.. akak guna tepi roti sbb tak nak membazir.. :D

    ReplyDelete
  8. Kakyong: Saya pun jarang2 guna mikrowave sebenarnya.. puding roti mcm ni kalau kukus keju dia jadi tak best, nak guna oven tak ada.. maka masuklah dlm mikrowave.. :D

    ReplyDelete
  9. dari hari tu teringin nak buat puding roti...asyiklah tak jadi. nak tak nak kena buat jugalah hari ni...

    ReplyDelete
  10. pembakar takde..jadi je sume bende kak zefa ni..terbaekklah!

    ReplyDelete
  11. airtangan ibu yg dimasak penuh kasih syg......

    ReplyDelete
  12. bukan penggemar puding roti tapi blh cuba ni nanti.

    ReplyDelete
  13. aduh resepi semua sedap2 yang JA masak...

    ReplyDelete
  14. wah siap ada keju lagi.. thanks Zefa berkongsi resipi.....

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...