Follower

Monday, April 16, 2012

MENYULAM KASIH @ FRASER'S HILL


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Salam Isnin buat semua pembaca Jemari Asmara walau di mana jua anda berada. Semoga hari ini adalah hari yang penuh semangat bagi kita semua. Tak mahu Monday blues-Monday blues ya..

Semalam kami ke Fraser's Hill. Tanpa perancangan, tak ada angin, tak ada ribut.. tiba-tiba malam Ahad ayah Yusuf bunyi nak bawa anak-anak jalan-jalan. Sebagai isteri yang solehah, ibu Yusuf menurut aje.. Haha.. Solehah ye? Padahal bab jalan-jalan, siapalah yang tak suka. Kan?

Tapi kami pergi sekejap sahaja. Naik pagi, lepas Zuhor kami dah bergerak turun. Jalan-jalan dan pusing-pusing sikit-sikit sahaja. Tak adalah sampai jelajah seluruh pelusuk Fraser's Hill tu..

Berjalan-jalan dalam tempoh tidak terlalu lama, adalah tips ibu Yusuf untuk mengelakkan acara 'aneka ragam' si cantik Maryam bermula. Alhamdulillah, semalam adalah juga feel-feel menarik yang disajikan, tetapi ibu Yusuf masih mampu bersabar. Terima kasih kepada entry Izan Ishak yang memberi inspirasi kepada ibu Yusuf supaya tidak marah-marah.. :D

Ibu kongsikan beberapa gambar kenangan kami di sana..

Mercu tanda Fraser's Hill..


Zoom sikit wajah-wajah cinta hati ibu.. Jajan di tangan Maryam tu 'umpan' ayah supaya anakanda baik-baik sahaha.. Hihi..

Hadapan Fraser's Hill Information & Reservation Centre. Kalau tak silap ibu, dulu ni tempat makan. Kalau tak silaplah..

Berlatarkan Fraser's Hill Golf Club


Senyum juga akhirnya ayah Yusuf.. Tapi macam terpaksa je..

Kabus di tengah hari..

Masa mula-mula kami sampai, cuaca terang benderang dan memang tak rasa sejuk. Tapi dalam jam 1.30 macam tu hujan turun renyai-renyai. Terus rasa sejuk menyelubungi kami.. Barulah terasa ke Fraser's Hillnya..


Lagi suasana berkabus..

Mana picas ibu Yusuf? Adaaa.. wajib ada. Cuma simpan dulu, nanti-nantilah ibu tepek ye. Kalau rajin nanti ibu buatlah part 2.. Harap-harap datang lah kerajinan tu. Huhu..
Sekadar berkongsi rasa, semalam ibu rasa sangat bahagia. Semoga bahagia milik kita semua selamanya, amin.

Sekian catatan ibu Yusuf dan Maryam. Hingga jumpa lagi..

Salam sayang buat semua.. :D




16 comments:

  1. wah fraser hill ye.tak byk sgt tempat menarik disana,tp bley gak feelin2 overseas.hehe..kali terakhir pergi sana 4tahun yg lepas rasanya.tu pun sbb kursus..

    ReplyDelete
  2. seronoknya... bilalah saya dapat jejak kaki kat Fraser Hill ni...

    ReplyDelete
  3. Suka kakak tengok Yusuf dan Maryam... bukan main pandai dia berposing. Comellah Maryam...:)

    ReplyDelete
  4. assalam, mesti sejukkan..Bsb tak pernah g sana lagi.Tapi pernah dengar org kat tempat tue keras sikit betulker?

    ReplyDelete
  5. amin..biloa bersama keluarga..memang akan rasa sangat bahagia..

    ReplyDelete
  6. wah..ke fraser hill...izan tak pernah lagi daki sampai sana...yerlah bawa anak2 jalan kena siap sedia bila mood mereka terganggu...cantik semua gambar tu..

    ReplyDelete
  7. bestnya kak zefa jalan2 ke fraser hill...

    tapi kan...mana gmbr ibu yusuf ni?

    ReplyDelete
  8. salam
    fyzz baru nk tanya la gambar ibu maryam nih..ok2 we will wait for next entry..fyzz blom smpai lagi fraser hills..tp tgk lam foto2 kt atas nih rasa kesejukkannya..sngt cantik view di tmbah anak2 yg comel itu..

    ReplyDelete
  9. fraser hill nyaman kan...suka pegi sana..

    ReplyDelete
  10. terkenang pengalaman g sini thn lepas :)

    ReplyDelete
  11. Bestnyer... Belum dapat pergi lagi sini... Jauh jugak eh dari Kl.
    Nanti nak ajak en.suami pergi jugak laa...

    ReplyDelete
  12. waaa.. tebalnya kabus kak..
    besnye dapat jalan2..:)
    dah lame sangat tak ke Fraser's Hill..

    ReplyDelete
  13. Wah, jalan2 @ Fraser's Hill ye!! Bestnya..
    Walaupun sekejap, dpt juga rasa hawa sejuknya tu.
    Menunggu entry MENYULAM KASIH @ FRASER'S HILL part 2

    ReplyDelete
  14. mcm best je kak..yg paling tak tahan cool je ayah yusof tu..posing takde perasaan hahah!

    ReplyDelete
  15. wah..seronoknye..walapun sekejap tp cukup bermakna kn....kn...

    ReplyDelete
  16. sekaejap pn xkisah zefa..yg penting ianya membahagiakan kita....Seronok tgk wajah2 ceria insan kesayangan zefa tu...

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...