Follower

Friday, November 9, 2012

THAI CHICKEN SALAD ALA CHEF EZANI MASTERCHEF


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


 Salad ayam ala Thai yang sangat sedap..

Betul, tak tipu. Sedap!! Cuma terlebih masin sikit ibu buat.. Haha.. Kenapa ala Chef Ezani, sebab resepi ambil dari himpunan resepi Chef Ezani.

Cuma resepi asalnya daging, tapi ibu ganti dengan ayam. Sayur pun, ibu guna apa yang ada dalam peti sejuk. Kacang tumbuk pun ibu tak letak, sebab ibu tak berapa gemar kacang.. 

Ibu copykan resepinya di sini. Jom tengok.. :D 

Thai Beef Salad / Salad Daging Ala Thai.

Resepi:

Dressing:

2 ulas bawang putih dilumatkan
1 inci halia dilumatkan
4 sudu besar fish sauce/nam pla
2 sudu besar gula melaka
sebiji limau nipis diperah jusnya
1 sudu kecil minyak bijan

- Campur semua bahan dressing, rasa dan adjust ikut selera. dressing thai ni kena seimbangkan masin, masam, manisnya.

Daging - yg eloknya premium cuts yg buat steak utk daging yg lembut

- Steak di marinate dengan sedikit dressing yg sudah dibuat (seperti di atas). lagi lama lagi bagus, semalaman dalam peti sejuk pon bagus.
- Masak steak mengikut tahap masak yg diingini - medium ke well done ke...
- Bila steak sudah hampir masak, masukkan lebihan jus perapan tadi ke dalam kuali memasak dan biar ia menjadi sos pekat dan caramelise. lumurkan daging yg sudah masak dgn sos ini.

Sayur-sayuran:
Daun salad
Timun
Tomato
Bawang besar
Daun pudina
Daun selasih
Daun ketumbar

Kacang tanah tumbuk

- Campurkan semua bahan sayuran dengan dressing. Hiris daging steak nipis-nipis dan hidangkan di atas salad. tabur kacang tumbuk
 
 Ini hasil air tangan Chef Ezani kita.. Nampak sangat meriah, ibu punya salad, nampak suram je. Hehe..
 
Okey, selamat mencuba!!

7 comments:

  1. owwhhh tidakkk.. tersangat lah lapar skrg ni.. nampak ni cam nak jilat screen pc je.. adoiiii.. tolonggg.. another 10 mnt nak makan.. cam 10 jam..

    ReplyDelete
  2. Alamak...! Kita nk buat x pandai la...

    ReplyDelete
  3. Suram di mata takpe Zefa.. yang penting meriah di tekak..

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...