Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Ehem, ehem.. entry 18sx kah? Ahahaha.. Adalah sikit-sikit, tapi ini ilmiah kan? Kalau semua orang malu nak tulis entry macam ni, macam mana nak tahu. Kan? Okey, jom baca..
6 TIP KEMBALIKAN SEMULA AURA SEKS SELEPAS BERSALIN
1. Pastikan diri benar-benar bersedia
Tidak dinafikan keperluan seks suatu kemestian dalam hidup seorang
lelaki. Namun jangan dek kerana mahu mengejar kenikmatan semata-mata
sanggup mengetepikan kesihatan diri pasangan. Pastikan pasangan
benar-benar sudah bersedia mental dan fizikal untuk mengadakan hubungan
seksual dengan anda. Ini dikhuatiri jika dia masih sakit akibat selepas
bersalin akan menyebabkan kemudaratan lain pula nanti. Ingat bahawa
tubuh pasangan mahu dipakai lama oleh anda dan keluarga.
2. Gunakan rangsangan
Memang agak menakutkan bagi pasangan yang melakukan hubungan intim
pertama kali selepas melahirkan. Ketakutannya dirasakan seperti malam
pertama anda sebelum ini. Bagi memujuk pasangan adalah dengan cara
melakukan rangsangan terlebih dahulu di mana-mana bahagian yang cepat
membuatkan diri terangsang. Apabila dia sudah bersedia barulah memulakan
dayungan seterusnya.
3. Mandi bersama
Satu cara untuk
mengajak pasangan melakukan seks selepas bersalin yang tidak menyakitkan
adalah dengan mandi bersama. Lakukan dengan menadah air suam dalam tab
mandi dan letakkan wangian bersesuaian. Aura air suam berkenaan boleh
melegakan sedikit sebanyak perasaan takut pasangan. Belailah diri
pasangan ketika berada dalam tab mandi ini dan gunakan ruang dan peluang
yang ada untuk melakukan hubungan selepas mandian.
4. Lakukan ketika hanya anda berdua
Jika waktu sebelumnya masa banyak dihabiskan bersama si kecil. Apa kata
untuk kali ini luangkan masa anda berdua sahaja di rumah tanpa gangguan
orang lain. Suasana nyaman dan damai yang dirasai sedikit sebanyak
dapat menghilangkan rasa takut kepada pasangan untuk kembali berasmara.
Mulakan dengan aktiviti ringan dan kemudian barulah aksi seterusnya.
5. Pergi bercuti
Atau jika mahu situasi dan tempat berlainan, apa kata berdua pergi
bercuti dengan memilih kawasan peranginan ataupun di tepi pantai. Lebih
menarik suruh sahaja pihak hotel menghias bilik seperti pengantin baru
dengan taburan kelopak bunga ros ataupun semburan wangian. Jika kena
gayanya, perasaan takut untuk kembali berasmara mungkin akan hilang dek
godaan situasi yang mengghairahkan ini.
6. Menggoda isteri
Kebiasaannya keinginan untuk melakukan seks selepas bersalin tidak
seperti sebelumnya. Untuk mengembalikan keinginannya, apa kata anda
menggoda isteri dengan cara tersendiri. Misalnya menghantar kad ucapan
ataupun menghantar pesanan ringkas berbaur ungkapan menggoda agar dapat
merangsang keinginannya untuk berasmara. Katakan anda rindu pada
tubuhnya dan tidak dapat menahan diri walau sesaat sekalipun. Jangan
buat sekali, tetapi beberapa kali dan lama-kelamaan pastinya dia akan
cair dengan godaan anda. Pasti dia akan tertawan dan bersedia untuk
memulakan hubungan intim.
Entry ni ibu copy dari page Seri Dewi & Keluarga. Semoga memberi manfaat..
Yang ini sekadar gambar hiasan, tiada kaitan dengan entry. Hehehe..
Ibu
nak kongsikan satu video perkongsian seorang ibu muda yang berhadapan
dengan masalah semasa berpantang, sampai serik nak bersalin lagi. Tapi tu dulu, sekarang nak tambah dan tambah lagi.. Hehe..
Nak tahu kisah lanjut, jemput tengok ye..
Ibu Muda Ini Serik Nak Beranak Lagi Sbb Seksa Pantang. Apa Yg Buat Dia Berubah? from
iReach HD on
Vimeo.
Ps:
Sebarang maklumbalas atau pertanyaan lanjut tentang produk yang
dinyatakan dalam video, boleh dinyatakan diruang komen atau boleh hubungi ibu
melalui email: zefa_asmara@yahoo.com
heheh..plan utk yg no3 ka?hehe
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteVery good informations.tq!.. Bagus catatan entry ni :)
Saya memang setiap kali lepas bersalin memang fobia...tapi suami selalu bagi ruang dan peluang..:)
ReplyDeleteilmu yang bermanfaat =) terima kasih k.zefa share entry ini....
ReplyDeleteinfo yang bagus kak..
ReplyDeletekena copy paste N3 zefa kali nie..tq
ReplyDeleteinfo yg amat berguna buat mereka yang baru bersalin :)
ReplyDeletewow..tips yg sgt berguna..mari2 praktikkan..haha
ReplyDeleteI dh 5 bln brslin tp still tkt nk brsma..asa cmmlm prtma lak😰
ReplyDelete