Follower

Friday, December 14, 2012

PETUA MENGATASI MASALAH KEPUTIHAN


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Tadi masa menjengah FB, ibu terpandang satu gambar yang mengerikan. Alkisahnya, ianya testimoni pelanggan produk XYZ. Ianya berkaitan tentang masalah dalaman wanita terutama yang berkaitan dengan dot dot dot.. Ibu terus pening-pening lalat tengok gambar tu. Allahu akbar..

Tidak dapat tidak, kita sebagai wanita kena jaga kebersihan diri. Bukan sahaja pada yang zahir, tetapi juga pada yang batin. Hmmm.. maksudnya yang sulit lah. Tak perlu ibu ulas panjang lebar di sini pula. Malu i.. Ekeke..

Antara masalah yang selalu melanda wanita adalah masalah keputihan. Masalah keputihan berlaku hampir pada semua wanita dan ianya adalah perkara biasa. Namun awas, sekiranya tidak ditangani, masalah yang dianggap biasa boleh memudaratkan. 

Ibu copykan di sini, hasil googelan berkaitan petua mengatasi masalah keputihan. Maaf, ibu tidak kreditkan sebab tidak tahu siapa pemilik asal. Artikel ni telah dikongsi oleh banyak blog tanpa ada menyebut sumber asalnya. 

Ada dua kaedah yang disebutkan, iaitu samada dengan kaedah minum atau cuci.

Kaedah pertama:

1.Ambil secekak pucuk pegaga dengan akarnya sekali dan bersihkan.
2.Kemudian anda rebuslah pucuk pegaga tadi bersama 2 gelas air bersih.
3.Masukkan sedikit garam kedalam air rebusan itu.
4.Setelah mendidih ,biarkan ia sehingga sejuk.
5.Apabila air rebusan telahpun sejuk,anda tapislah air rebusan itu.
6.Minum air tersebut 2 kali sehari.
7.Amalkan sehingga masalah keputihan dan rasa gatal itu sembuh.

 Google

Kaedah kedua:

1.Ambil 12 helai daun sireh dan bersihkanya.
2.Kemudian anda sediakan 1 liter air suam.
3.Ramas kesemua daun sireh tadi bersama-sama air suam tadi.
4.Tapislah air tersbut.
5.Gunakan air tapisan untuk mencuci bahagian alat sulit anda.
6.Selain dapat menghilangkan rasa gatal dan bau, petua ini juga dapat merapatkan kembali bahagian alat sulit wanita.
7.Lakukan sehingga anda dapat mengatasi masalah keputihan yang dialami.
Perhatian:Petua traditional ini hanyalah alternatif untuk rawatan yang didapati dari orang-orang tua terdahulu. Bagaimanapun anda dinasihatkan berjumpa dengan doktor supaya tidak ada kesan sampingan dikemudian hari. (copy and paste)

Berdasarkan petua di atas, khasiat pegaga dan daun sireh dikatakan dapat membantu mengatasi masalah keputihan. 

Selain itu, secara saintifiknya pula, tumbuhan Alfafa juga dikatakan mampu mengatasi masalah keputihan. Selain mampu mengatasi masalah keputihan, Alfafa yang mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi mempunyai banyak khasiat lain seperti:

  1. Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian
  2. Melegakan sakit sendi dan belakang.
  3. Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
  4. Memberi kelegaan semasa haid (untuk wanita).
  5. Merawat arthitis
  6. Bagus untuk elergi dan ekzema
  7. Merawat athma
  8. Mencuci usus bagi membuang toksik
  9. Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor
  10. Meneutralkan asid dalam badan
  11. Merawat masalah keputihan pada wanita (untuk wanita).
  12. Membesar dan menegangkan payudara (untuk wanita).
  13. Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri (untuk wanita).
  14. Memulihkan urat selepas bersalin (untuk wanita).
  15. Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
  16. Meningkatkan stamina seorang suami
  17. Melegakan sembelit
  18. Membuang angin dalam badan
  19. Milk booster
  
Jadi, apa pilihan anda? Pegaga, daun sireh atau alfafa? Jika memilih alfafa ibu syorkan Alfafa Shaklee.. :D


Alfalfa Complex

Sumber Zat Makanan Semulajadi & Klorofil
Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala nutrien. Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam enam meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementeara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi. Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium,
fosforus dan zat besi

Alfalfa Complex merupakan satu Formulasi Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr. Shaklee pada tahun 1950s.
• Sumber semulajadi alfalfa.
• Pil juga boleh dihancurkan dan dicampur ke dalam air
sebagai minuman herba semulajadi.

Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Untuk keterangan lanjut dan HARGA ISTIMEWA, hubungi:
Puan Zefa NorAsmara Jubir (Ibu Yusuf dan Maryam)
Shaklee Indipendent Distributor (ID: 909824)
FB: https://www.facebook.com/ZefaNorAsmara
FB page: https://www.facebook.com/KioskKeluargaSihat
Email: zefa_asmara@yahoo.com
Terima kasih..

3 comments:

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...