Dengan Nama Allah Yang maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Memperkenalkan, anak kembar ibu..
Sepasang, seorang lelaki, seorang perempuan: Muhammad Aisy Amsyar & Syaurah Nur Insyirah
Kenapa? Tak percaya? Ehehehe.. Ini anak kembar mama (kakak sulong ibu). Yelah, anak kakak, anak ibu juga. Semua anak-anak saudara ibu memang panggil ibu ni ibu..
Tadi mama order produk Shaklee, terus ibu rasa nak syer kelebihan sebahagian dari produk Shaklee. Produk Shaklee banyak, kalini ibu nak syer tentang vitamin atau supplement yang sesuai untuk ibu-ibu selepas bersalin. Ada juga yang memanggilnya set berpantang.
Yelah kan, bukan semua orang suka makan jamu. Kadang-kadang beli je jamu tu, tapi makannya tidak sebab sedia maklum jamu 'tak sedap'. Ehehehe..
Tapi itu bukan alasan untuk kita membiarkan diri tanpa sebarang makanan tambahan untuk penjagaan diri. Tak nak yang tradisi, ada yang moden. Kan?
Yelah kan, bukan semua orang suka makan jamu. Kadang-kadang beli je jamu tu, tapi makannya tidak sebab sedia maklum jamu 'tak sedap'. Ehehehe..
Tapi itu bukan alasan untuk kita membiarkan diri tanpa sebarang makanan tambahan untuk penjagaan diri. Tak nak yang tradisi, ada yang moden. Kan?
Suplemen Shaklee yang dicadangkan untuk ibu yang baru bersalin ini bukan
saja baik untuk ibu dari segi pemulihan tubuh dan emosi tapi juga dari
segi penyusuan sendiri.
Inilah setnya dan mari ibu kenalkan secara ringkas:
Multivitamin dan multimineral yang membekalkan 28 jenis nutrien yang diperlukan oleh tubuh. Ia mengandungi Beta Karotena untuk pemulihan dan perkembangan tisu; kalsium,, fosforus dengan vitamin C & D untuk kesihatan tulang dan penyusuan; Biotin dan Panthotenic Acid untuk metabolisma lemak dan Vitamin B12 untuk pembentukan sel darah merah. Maklumla ibu baru bersalin pasti banyak kehilangan darah
B COMPLEX
B Complex lengkap dengan 8 jenis vitamin B untuk kesihatan sarafs dan juga anti-stress. Ibu baru bersalin biasanya mengalami sedikit tekanan perasaan yang jika tak dibendung boleh membawa kepada meroyan. Berada dalam keadaan tertekan juga boleh memberi kesan kepada susu badan.
VITAMIN C
Vitamin C penting dalam penjagaan kolagen tubuh. Vitamin C membantu penyerapan zat besi bagi mengelakkan anemia di kalangan ibu baru bersalin. Ia juga penting untuk mencegah selesema.
ZINC
Kekurangan zinc menjadikan luka lambat sembuh, dan ia juga berkait dengan tekanan selepas bersalin. Zinc juga membantu mengelakkan jangkitan pada luka serta mengelakkan rambut gugur.
bagus ni :D
ReplyDeleteboleh ler rekemen dekat member2 ;D