Follower

Tuesday, December 3, 2013

JANA PENDAPATAN DENGAN BLOG

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Yang dah lama follow Jemari Asmara pasti tahu blog ni pernah terabai dalam beberapa ketika. Ibu sendiri tak tahu kenapa tiba-tiba ibu begitu susah mencari masa untuk berblog. Mungkin kerana tugasan kerja? Keluarga? Sebuk bisnes? Hmmm.. Alasan je semua tu..

Alhamdulillah, buat ketika ini semangat berblog telah kembali dan semoga semangat itu tidak akan luntur semua. Menariknya, sepanjang blog ini terabai.. Blog ini masih mampu menjana pendapatan..

Pertama melaui iklan Nuffnang. Mungkin tak seberapa, tapi masih juga pendapatan kan? Ibu pun tak sangka, masa tempoh terabai dan jarang-jarang ada entry, iklan banyak pula menari-menari di Jemari asmara.

Kedua.. Sudah semestinya melalui jualan produk Shaklee. Alhamdulillah, sebahagian pelanggan adalah datang dari entry-entry diblog.

Alhamdulillah, pendapatan dengan Shaklee berpuluh kali ganda berbanding dengan pendapatan dari Nuffnang.
Jadi tak sia-sia ibu menulis entry-entry tentang produk Shaklee diblog walaupun hakikatnya entry-entry tu lah yang dipandang sepi oleh follower. Hehehe..

Terima kasih En Google yang menyangkutkan Jemari Asmara di enjin carian.

Moralnya, manfaatkan blog anda sebagai sumber pendapatan. Bagaimana caranya, terpulang pada kehendak dan kreativiti masing-masing..

 Sekadar gambar hiasan dari Google..

Apapun, sukacita ibu kongsikan di sini.. Fenomena Shaklee sedang melanda sekarang ini. Semua orang mencari Shaklee. Bukan kerana populariti semata-mata, namun ramai yang mengakui kebagusan dan keberkesanan supplemennya. Malah ianya semulajadi (bukan sintetik), selamat, halal dan disahkan KKM.

Ayuh blogger-blogger sekalian, jom manfaatkan blog kita. Mari jana pendapatan dengan Shaklee melalui blog.

Untuk keterangan lanjut jangan malu-malu pm ibu di FB page ibu http://www.facebook.com/KioskKeluargaSihat atau whatsapp 011-1153 7821.

Salam sayang. Hingga jumpa lagi.


5 comments:

  1. betul akak..manfaat kan blog kita..moga melalui pengalaman dan apa yg kita lalui dpt dijadikan panduan buat rakan2 lain..

    ReplyDelete
  2. Sokong.. guna kan blog kita untuk menjana sampingan :D
    tak kisah la nak kongsi pengalaman sekali pun kan.. Salam Kenal :D

    ReplyDelete
  3. yg penting usaha kak zefa..semoga terus sukses

    ReplyDelete
  4. Ok, tambah semangat baca entri Zefa ni. Saya masih belajar...:)

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...