Follower

Wednesday, December 4, 2013

MUHAMMAD YUSUF NABHAN SELAMAT BERKHATAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

2 Disember 2013, dua hari selepas ulangtahunnya yang ke 9 anakanda Muhammad Yusuf Nabhan selamat dikhatankan.

Ibu punyalah dup dap dup dap menjelang tarikh tu. Macam ibu pulak yang nak kena 'potong'. Yang empunya diri selambe je.. Adoi la ibu ni.. Hihi..

Sehingga entry ni ditulis, telah lebih 48 jam berlalu dan Yusuf dijaga sepenuhnya oleh ayah. Besok baru giliran ibu, kami suami isteri cuti berganti-ganti. Tak tahulah besok ni macammana, sebab ibu lemah lutut setiap kali tengok dia. Baru tengok orangnya, belum tengok bahagian yang sakit tu. Apapun, semoga dipermudahkan semuanya.

Masa di klinik, ibu ada ambik gambar. Tak banyak pun, adalah 2-3 keping..


 Ini masa tunggu giliran.. Pakai tab je, gambar blurr..

 Ini masa sebaik sahaja selesai dan keluar dari bilik Dr.. Ayah yang temankan masuk. Ibu dan Maryam tunggu di luar..

 
Ini masa baru sampai rumah. Bentang tilam kat luar bilik. Hehe.. Ada juga guna ibu simpan mainan Maryam masa baby tu..

Semua ni satu pengalaman baru bagi kami. Almaklum, anak lelaki sulung (dan tunggal setakat ni). Ibu memang tak ada pengalaman. Adik lelaki pun seorang je dan masa dia khatan pun ibu budak lagi. Jadi bergantung pada pengalaman ayah ajelah.. Hehe.. 

Kisah Yusuf berkhatan ni ada ibu kongsikan di FB. Ibu ucapkan terima kasih pada semua yang mendoakan agar semuanya dipermudahkan dan berjalan lancar. Alhamdulillah, dah pun selesai. Doakan Yusuf cepat sembuh ya..

Salam sayang. Hingga jumpa lagi..

 

4 comments:

  1. Alhamdulillah.. selamat dah yusuf berkhatan... nanti dah boleh ikut ayah solat saf depan ye :)

    ReplyDelete
  2. wah bgus jugak ade mainnan tuh.useful btol ;)

    ReplyDelete
  3. Alhmdulillah dah selamat berkhatan pun...anak bongsu akak 10 hb ni..tak tahulah mcm mana..masa si abang dulu, akak letak dia di jaga oleh mak dan abah..si bongsu ni pun mcm tu jugak..awal2 bgtahu nak duduk dgn nenek dan tok bah kalau berkhatan nanti...

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah selamat sudah Yusuf berkhatan..kelAkar pulak tgok bila kain digantung pada mainan maryam masa baby tu...semoga yusuf cpt sembuh..:)

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...