Follower

Wednesday, December 25, 2013

MAKAN2 DI MEDAN IKAN BAKAR MAJLIS PERBANDARAN PORT DICKSON

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Maaf, ini cerita hampir sebulan yang lalu, kisah yang sama dengan percutian kami ke Grand Lexis Port Dickson. Baru nak tepek diblog. Huhu..

Kami sampai di PD dah melepasi tengahari. Sebelum tu kami makan di RnR (ibu tak ingat dimana?) Sampai PD, check in hotel dan terus terjun kolam. Almaklum, kolam depan mata. Jemput baca entry ibu tentang Private Pool Grand lexis Hotel (klik)

Kalau ikut keseronokan anak-anak, mau tak naik-naik dari kolam tu. Ikutkan perut, wajib cari makan.

Ayah bawa kami makan di..

 Medan Ikan Bakar Majlis Perbandaran Port Dickson. Orang tak ramai lagi, sebab masih petang. Mungkin ramai yang keluar sebelah malam..

Kami ambil gerai sebelah kanan. Kalau dari arah pintu masuk sebelah kiri lah..


 Sesi memilih. Ayah yang pilih, kami anak beranak ikut je.. Ada ikan, udang, sotong, ketam.. Ikut nafsu semua nak. Hehe..


 Tadaaaa.. Inilah hasilnya. Ikan (ibu dah lupa ikan apa) masak sweet sour, sotong bakar (ada petai dalam sambal dia tu, sedappp..), sup daging dan tomyam campur.

Masa menunggu pun tak lama, ye lah orang pun tak ramai kan. Dan masakannya pun sedap, berbaloi-baloi kami datang dari jauh. Hehe.. 2 jam perjalanan je pun..


 Haha.. Apa-apa pun sesi bergambar mesti ada. Ibu dan Maryam..


 Mmmm, cak! Kih kih kih.. Ayah kata ibu takde kerja ambik gambar muka ikan ni..


 Gambar ni diambil dipintu masuk restoran D'terapung.

Medan ikan bakar ni ada 2 gerai, depan gerai-geraini ada 1 restoran lagi iaitu restoran D'terapung tu. Restoran ni atas air dan menghadap ke arah laut.




Pemandangan senja di Port Dickson..

Selesai makan, kami tapau pulak makanan. Hihi.. Almaklum, malamnya dan berendam lagi. Takut lapar lagi..

Apapun, ianya satu percutian yang manis untuk dikenang. paling bahagia, bila tengok anak-anak gembira. 

Anak-anak ajak jalan-jalan lagi sebenarnya. Cuma tak tahu sempat ke tak. Harini dah 25hb.. 31hb Maryam dah mula sekolah. Kalau tak sempat, tahun depanlah nampaknya.

Sampai di sini dulu catatan ibu. Hingga jumpa lagi..




2 comments:

  1. Alhamdulillah seronok tgk anak2 gembira...

    ReplyDelete
  2. salam awak, nak tanya, dari grandlexis nak ke restoren ikan bakar ni jauh tak? berapa minit agak2? susah tak nak cari restoren ni? saya dari utara nak pi cuti g.lexis. tengah cari tempat makan. thanks.

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...