Follower

Sunday, June 10, 2012

SENARAI PESERTA PENYU MENANGIS GIVEAWAY @ JEMARI ASMARA


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Hari ini hari terakhir Penyu Menangis Giveaway @ Jemari Asmara. InsyaAllah, GA akan ditamatkan pada jam 11.59 malam ini. Pada sesiapa yang belum join, masih ada masa lagi.

Berikut, adaah senarai nama yang sertai Penyu Menangis Giveaway @ Jemari Asmara. Periksa nama masing-masing ya. Sda tu 'seperti di atas' tau, ianya mewakili setiap undian yang anda buat.. :D

2. sda
3. sda
5. sda
7. sda
8. sda
10. sda
12. sda
14. sda
16. sda
18. sda
20. sda
21. sda
22. sda
24. sda
25. sda
26. sda
27. sda
29. sda
31. sda
33. sda
35. sda
36. sda
38. sda
40. sda
42. sda
43. sda
44. sda
46. sda
47. sda
48. sda
49. sda
50. sda
51. sda
53. sda
55. sda
57. sda
58. sda
59. sda
60. sda
61. sda
63. sda
65. sda
67. sda
69. sda
71. sda
73. sda
74. sda
75. sda
76. sda
78. sda
79. sda
80. sda
81. sda
82. sda
84. sda
86. sda
87. sda
89. sda
91. sda
92. sda
93. sda
94. sda
95. sda
96. sda
98. sda
100. sda
102. sda
103. sda
104. sda
105. sda
107. sda
109. sda
111. sda
113. sda
114. sda
116. sda
117. sda
118. sda
119. sda
121. sda
123. sda
125. sda
127. sda
129. sda
130. sda
132. sda
133. sda
135. sda
137. sda
138. sda
139. sda
141. sda
143. sda
145. sda
147. sda
148. sda
149. sda
150. sda
151. sda
152. sda
153. sda
154. sda
156. sda
157. sda
159. sda
160. sda
161. sda
162. sda
163. sda
164. sda
165. sda
166. sda
167. sda
168. sda
170. sda
172. sda
173. sda
174. sda
175. sda
176. sda
177. sda
178. sda

Saturday, June 9, 2012

PERBEZAAN DI ANTARA SEDEKAH DAN HADIAH


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Pagi tadi berlaku sesuatu di tepi rumah hingga buat ibu buat status di FB. Pada yang dah lama add FB ibu mesti tahu ibu bukan jenis yang suka lepas geram di FB. Buat status pun jarang-jarang. Tapi pagi tadi terbuat la pula.. Huhu..

Apa isunya, tak perlulah ibu nak perbesarkan di sini. Cuma bila ibu buat status tu adalah kawan-kawan yang tinggalkan komen. 




Sebahagian komen-komen tu buat pengetahuan ibu tentang perbezaan sedekah dan hadiah goyah. Nak rujub balik dalam kitab, kitab tah mana-mana. Haduiii, nampak sangat al 'ilmu fil kutub ma fissudur. Adik-adik, anak-anak, belajar betul-betul. Simpan ilmu didada jangan jadi macam ibu Yusuf ya..

Jadi ibu search balik diinternet. Alang-lang dah dapat info, kongsi je lah terus di Jemari Asmara. Sama-sama kongsi ilmu..

Sedekah Atau Hadiah

Soalan

Assalamualaikum Ustaz, 

Boleh saya tahu apakah perbezaan antara Sedekah dan Hadiah? Betulkah sekiranya diri ini mampu (dan dilayakkan berzakat, etc) saya ini tidak layak menerima sebarang sedekah samada dalam bentuk wang atau pun barangan dari sesiapa? Kebiasaan bila ada sahabat memberikan sesuatu dalam bentuk wang atau barangan makanan atau belanja makan, mereka akan menyatakan sebagai sedekah. Adakah ini betul? atau ia tidak boleh dikira sedekah? Minta penjelasan dan tunjuk ajar. Terima kasih

Jawapan

waalaikumussalam.
Sadaqah atau sedekah adalah daripada perkataan (Arab: ØµØ¯Ù‚Ø©‎) yang bermaksud benar.
Makna syara' "sedekah" pula adalah pemberian sesuatu kepada orang yang memerlukan dengan tujuan mahu mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Jadi apabila merujuk keimanan mahupun keyakinan janji kepada Allah S.W.T., sudah tentu di sana perlu kepada pembuktian iaitu menginfakkan harta di jalan Allah S.W.T. Baik pemberian itu ditujukan kepada fakir miskin, kerabat keluarga, maupun untuk kepentingan jihad fi sabilillah.
manakala hadiah ialah pemberian yang diberikan oleh seseorang kepada orang lain berdasarkan kepada sesuatu sebagai penghormatan semata mata.
 
Seandainya anda mampu dari segi kewangan, apa yang dilakukan oleh kawan anda adalah dianggap sebagai hadiah bukan sedekah.

Sumber 

Update: Status tersebut telah ibu delete..

Friday, June 8, 2012

MAKAN-MAKAN @ NASI LEMAK LIDO, KLANG


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Bersua kembali.. Ibu Yusuf simpan dulu entry kisah di Terengganu tau. Harini ibu Yusuf nak kongsi satu tempat makan-makan. Ibu tengok popular la juga restoranni. Ibu selalu bertembung dengan pegawai-pegawai kerajaan makan di sini. Ibu pernah jumpa orang pelajaran, kesihatan, MPK, polis, bomba, LPPKN, JAIS, AADK dan banyak lagilah. Tu pun kalau mereka pakai pakaian seragam atau baju korporat, kalau pakai baju biasa memang tak kenal. Bos-bos di daerah Klang sekelian, kalau anak buah anda hilang di waktu pagi boleh cari di sini. Hehe..

Ini dia restorannya, Restoran Nasi Lemak Lido..

Restoranni terletak di Leboh Gopeng, Klang. Kalau tahu Ocean lama Klang, dekat-dekat situlah. Cuma jalan di Klang ni susah sikit, banyak sangat one way, kalau terlajak memang jauh lah nak berpusing balik.  

Paling senang kalau tahu Gold Course Hotel. Hotelni besar dan tinggi, masuk Klang je mesti nampak. Parking je depan hotel, depan hotel tu ada 7Eleven, belakang 7Eleven tu lah restoran Nasi Lemak Lido ni. Nak senang lagi gunalah GPS.. hehehe..

Restoranni memang khusus jual nasi lemak. Tapi adalah juga sampingan macam bihun goreng, me goreng, roti bakar.. dan hanya dibuka dari awal pagi hingga tengahari sahaja.


Motif gambar?


Lagi.. motif gambar?

Hahaha.. Motifnya adalah, nampak wanita ayu bertudung hijau lumut tu? Dia bukan tokey restoran, tapi dia tokey Jemari Asmara. Kih kih kih.. Maaf, sekadar selingan..

Nampak tak pekerja restoranni? Mereka ada baju tshirt seragam yang menyerlahkan lagi identiti mereka. Ibu suka dengan layanan puan tokey dan semua pekerja-pekerjanya. Mereka sangatlah ramah tamah..


Okey, inilah hidangan utama nasi lemak Lido..

Nasi lemak yang dihidang dengan telur rebus, ikan bilis, udang geragau, timun, kangkung dan sambal. Memang begitulah cara hidangannya, kecuali kalau kita minta nasi lemak kosong. Oh ya, harga sepinggan nasi lemak seperti di atas RM1.70 sahaja.. :D


Lauk-lauk sampingan..

Setiap lauk sampingan di sini akan dihidang dalam pinggan-pinggan individu. Habis makan nanti, tokey akan kira berdasarkan pinggan-pinggan yang ada. 


Lagi lauk-lauk yang ada..

Ada ayam goreng, ayam sambal, sambal kerang, sambal sotong, hati goreng, pedal goreng, telur dadar, bergedil.. 



Syyy.. tokey tengah kira RM. :D

Kebersihan restoranni gred B. Tapi bagi pandangan kasar mata ibu, kebersihannya memuaskan. Pernah tumpang tandas, tandasnya bersih. Lantai dapurnya pun bersih. Cuma ibu tak suka dengan asap rokok dalam restoranni..

Buat penggemar-penggemar nasi lemak dari sekitar Lembah Klang, ibu memangkan syorkan untuk cuba nasi lemak di sini. Dari segi rasa, rasa nasi lemaklah. Tapi cara  ia dihidangkan sedikit berbeza dan ada kelainan dari nasi lemak yang biasa kita makan. Jadi, tak rugi mencuba..

Harap maklum juga, ini bukan iklan berbayar ye.. Ini adalah catatan berdasarkan pengalaman ibu makan di sini. Seperti biasa, apa-apa yang best.. harus dikongsi bersama pembaca Jemari Asmara


Sekian catatan ibu Yusuf dan Maryam. Hingga jumpa lagi..

Thursday, June 7, 2012

SHAH ALAM - TERENGGANU - SHAH ALAM


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, ketika mana entry ini ditaip dan diterbitkan, kami sudah berada di Shah Alam. Syukur, dengan izin Allah swt kami selamat tiba jam 1.30 pagi tadi. Harini seharian bersantai di rumah sendiri yang hampir seminggu ditinggalkan, sambil mengemas-ngemas apa yang patut. 

InsyaAllah, besok ibu akan kembali bertugas dari siang, sambung ada outreach di malam hari, juga ibu akan jadi ketua rombongan membawa anak-anak muda ke pelancaran Skuad Muda KDN hujung minggu ni di MAEPS. Biasalah tu, adat berkerja.. dah puas cuti kenalah pulun berkerja pula..

Entry kalini lebih kepada pembuka tirai, Jemari Asmara kembali bersiaran. Kisahnya, ibu Yusuf tertinggal broadband walaupun cik lappy dan suku sakatnya ibu angkut bawa balik kampung. Jadi, tiada apa-apa entry sepanjang kami di kampung kecuali masa kami ke UNIZA ziarah dan ambil barang adik ibu yang belajar di sana (semester akhir). Adalah hikmahnya tu.. Sesungguhnya Allah Maha Tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.

Kami bertolak pagi Jumaat, singgah dulu di Rawang tengok abah. Alhamdulillah selamat sampai di Terengganu jam 8.00 malam 01 Jun 2012. Pejam celik, pejam celik, 5 hari 5 malam terasa cepat sungguh masa berlalu. Anak-anak pun nampak tak puas duduk di kampung Tok.. Menjelang 07 Jun 2012 kami dah tiba di Shah Alam semula..

Balik kampung kali ni kami cuma sempat jalan-jalan di Pasar Payang (cari FM untuk kawan-kawan), jalan ke rumah kakak ayah Yusuf, mandi manda di Air Terjun Belukar Bukit, shopping tudung di Desa Murni dan pergi kenduri kahwin sepupu ayah. Itu je..

InsyaAllah, ibu akan buat entry khusus untuk sesi mandi-manda tu. Maaf, entry yang ini pun entry tergesa-gesa sebenarnya. Akhir kata, terimalah senyuman ikhlas dari Ibu dan Maryam. Hehehe..



Hingga jumpa lagi. Salam sayang buat semua.. :D

Tuesday, June 5, 2012

From Ganu With Love

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengash Lagi Maha Penyayang

Update cpt2.. Bersiaran dari Uniza guna android pinjaman dan wifi cafe. Dah 4 hari kami di Ganu. Ibu ttgl broadband.. Huhu.. Sedih, kesian Jemari Asmara..

Maaf buat semua kawan2 blogger.  Banyak sgt dah hutang bw ibu. InsyaAllah, tgu ibu balik Shah Alam ya..

Salam sayang buat semua :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...