Follower

Showing posts sorted by relevance for query genius aulad. Sort by date Show all posts
Showing posts sorted by relevance for query genius aulad. Sort by date Show all posts

Friday, September 9, 2011

Maryam Nabihah @ 2012: Genius Aulad atau **********??

Assalamualaikum wbt..

Sahabat-sahabat pengunjung blog ibu yang dikasihi..

Terasa tak, bahawa masa begitu pantas berlalu? Pejam celik, pejam celik, dah di Bulan September dah kita. Nanti pejam celik, pejam celik, berakhir pula tahun 2011 ni. Mudah-mudahan kita diberi peluang lagi oleh Yang Maha Esa untuk memanfaatkan setiap detik dan masa yang dianugerahkan kepada kita..

Antara perkara yang mula untuk dipertimbangkan oleh ibu sekarangni, adalah tentang persekolahan anakanda solehah ibu Maryam Nabihah nan seorang itu.. (Maryam Nabihah ye yang nan sorang tu, anakanda solehah harap-harap bertambah lagi.. hehe..)

Tahunni, Maryam Nabihah 4 tahun. Ibu hantar dia sekolah di Genius Aulad. Tahun depan? Hmmm.. ibu tengah fikir-fikirkan lagi. Kalau tanya yang empunya badan, katanya; "Adik nak sekolah Genius Aulad".

Kenapa ibu perlu fikir tentang sekolah lain? Genius Aulad tak okey ke? Eh, bukan begitu.. Alhamdulillah, anakanda solehah ibu menunjukkan perkembangan yang sangat baik sepanjang hampir 9 bulan bersekolah di Genius Aulad.

Ini adalah beberapa sebab mengapa ibu berfikir tentang sekolah lain:

1. Perjalanan Pra Sekolah Maryam Nabihah masih panjang. Ada 2 tahun lagi iaitu 2012 dan 2013. Ibu bimbang dia bosan jika masih disekolah yang sama.

2. Ibu sedang mengintai Tadika yang menekankan hafazan. Mudah-mudahan hati anak ibu lebih terang dengan ayat-ayat suci Al-Quran di dada; Genius Aulad tak bimbing hafazan ke? Bimbing.. Cuma ibu nak beri penekanan yang lebih.

3. Masalah pengangkutan. Ibu dan ayah sama-sama berkerja. Anak ibu kecik-kecik lagi dah kena naik van ke sekolah. Masuk kelas jam 1.30 petang. Tapi seawal jam 12.00 lebih van dah sampai. Semalam jam 11.50 van dah sampai. Balik sekolah jam 4.30 petang, tapi jam 5.00 lebih baru sampai taska semula, sebab budak ramai. Padahal dekat je Genius Aulad dengan rumah. Kesian anak ibu.. (huhu.. mulalah nak emo. Sensitip betul lah ibu Yusuf dan Maryam ni..) Jadi, samada nak cari sekolah dan taska di tempat yang sama, atau nak cari tadika yang dekat-dekat sahaja.. Kos pun dapat dijimatkan. (Yuran van GA RM60.00 sebulan)

4. Mengambil kira cadangan ayah. Ayah cadangkan hantar Maryam sekolah di Tadika Al Hidayah je.. Sekolah Yusuf Nabhan dulu, depan rumah je. Suara cikgu ngajar pun boleh dengar dari rumah.. Ayah kata yuran pun murah tak sampai RM100.00 sebulan. Kos kenderaan ke taska pun dalam RM30.00 je sebulan. (Yuran GA RM238.00 sebulan)

Sehingga harini, ibu terus berfikir-fikir mencari jawapan. Dipihak ayah, ayah lebih menyarankan tadika biasa-biasa (Bagi ayah GA mahal!! Kos sebulan kurang 2 hengget RM300.00 tuu..) Ayah kata Yusuf dulu sekolah biasa-biasa aje, tapi melangkah ke tahun 1, sudah pandai baca, sudah pandai mengaji, dan hafaz beberapa surah lazim.

Ibu hanya nak yang terbaik untuk anak-anak ibu. Sahabat-sahabat, ada pandangan?

Okeylah, sebagai perhiasan n3 ibu kalini, ibu tepek gambar budak Genius Aulad ni haaa.. Gambarni diambil masa kami cuti, jadi merasalah dia ayah hantar pergi sekolah. Hari-hari biasa naik van... :-(


Amboi.. Gaya apakah namanya ini? Hehe..


Senyum simpul.. :D

Aik.. tengok apa pandang sana?


Terima kasih singgah blog Jemari Asmara. Sudi-sudilah bagi komen yer.. :D

@@@@@@@@@@@

Monday, November 21, 2011

Bukan Lagi Genius Aulad


Assalamualaikum wbt..

Entry ini adalah jawapan kepada entry Maryam Nabihah @ 2012: Genius Aulad Atau ********??


Lama ibu berfikir dan berfikir. Agak lama juga mencari jawapan. Akhirnya hari ini ibu membuat kata putus. Pagi tadi ibu sudah mendaftar persekolah Maryam tahun hadapan di sekolah lain, bukan lagi Genius Aulad.. Secara kebetulan, pihak pengurusan Genius Aulad juga menghubungi ibu pagi tadi, untuk kepastian samada Maryam akan meneruskan persekolahan di GA atau tidak. Dan ibu jawab; tidak.

Jangan salah faham, ibu tidak hantar Maryam ke Genius Aulad pada tahun hadapan bukan kerana GA tidak bagus. GA sangat-sangat bagus. Guru-gurunya sangat-sangat baik. Guru-gurunya lembut-lembut belaka. Maryam menunjukkan perkembangan yang sangat baik sepanjang berada di GA. Terima kasih yang tak terhingga buat semua pendidik GA.

Cuma ibu sedikit terkilan, tiada apa-apa kenangan bersama GA dihujung tahun kerana murid 4 tahun tidak dilibatkan dalam program Little Ihtifal.Tapi ini bukanlah sebabnya..

Berbalik cerita asbab, sebab utama adalah masalah pengangkutan. Dari sekecil-kecil isu hinggalah isu yang besar iaitu masalah keselamatan. Air mata ibu juga pernah tumpah hanya kerana kenderaan. Paling sadis, ibu pernah tanpa sengaja meninggikan suara pada pemandu van GA kerana suatu isu. Tak perlulah ibu cerita dengan lebih lanjut di sini, biarlah hanya memori merakam cerita ibu. (Kebetulan juga, baru terbaca catatan seorang ibu yang menerima surat peguam kerana bercerita secara telus tentang tadika anaknya di blog - (bukan Genius Aulad)).


 Sebab musabab yang lain ada ibu nyatakan di SINI.

Maryam Nabihah.. anak yang buat ibu bahagia dengan kecerdasannya. Namun, ada sesuatu padanya yang buat ibu berduka. Semoga, 'penghijrahan' ini merupakan satu 'penghijrahan' yang positif baginya.. Sama seperti bahagia yang ibu rasa semasa 'penghijrahan' Muhammad Yusuf Nabhan suatu ketika dahulu..

Ibu sentiasa mendoakan yang terbaik buat anak-anak ibu. Semoga anak-anak ibu berjaya di dunia dan akhirat. Amin..


Wednesday, January 16, 2013

MARYAM NABIHAH: PENCAPAIAN 2012 DAN TARGET 2013


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Sudah 16 hari kita berada ditahun 2013.. Bagai baru je berlaku sambutan malam tahun baru 2013. Awak semua dimana pada malam tahun baru ni? kami di sini..

v

v


Dimana ya? Ahahaha.. Tak payah cerita lebih-lebih lah ye.. Yang pasti kami bersama-sama 120,000 ribu orang yang lain di sini dengan niat mencari santapan rohani. Mendengar pesanan-pesanan dari ilmuan-ilmuan yang semoga menjadi panduan dan bimbingan kepada kami. Tiada niat lain selain itu..

Melangkah tahun 2013, dalam perkiraan tahun anakanda Maryam Nabihah sudah berusia 6 tahun, tapi untuk genap mengikut bulan kelahiran adalah pada 16 Ogos 2013 kelak.. 

Terasa baru mengandung dan melahirkannya, syukur alhamdulillah di hadapan ibu seorang anak yang sihat dan membesar dengan cerdas. Syukur, syukur, syukur ya Allah.. 

Sekali imbas, ibu teringin nak catatkan di sini sedikit pencapaian yang telah Maryam capai sepanjang tahun 2012. Catatan seorang ibu untuk kenangan dihari kemudian.

Juga, mulai tahun ini ibu akan letakkan target untuk anak-anak. Sebenarnya, target untuk diri ibu juga. Sebelum-sebelumni bukanlah tak ada target, tapi lebih kepada apa orang kata 'just follow the flow'.  

Jika di tempat kerja kita ada KPI (key performance indicator), tak salah malah lebih baik jika dalam pengurusan anak-anak dan keluarga juga kita ada KPI. Kan? 

Paling bermakna apabila 2012 merakamkan kejayaan anakanda menamatkan bacaan Kitab Iqra' dalam usia 5 tahun. Ibu tak mahu bezakan dengan anak-anak orang lain yang lebih hebat, pencapaian setiap anak-anak memang berbeza. Tapi sebagai seorang ibu, pencapaian ini benar-benar buat 'sejuk perut ibu' mengandungkannya.

 Sekarang kami teruskan pembelajaran dengan melancarkan bacaan dengan surah-surah lazim (Muqaddam) terlebih dahulu. Target ibu untuk 2013, Maryam akan mula membaca Al Quran sebelum dia menyambut hari kelahirannya yang ke 6 kelak.

Sama juga seperti anakanda Yusuf dulu, tamat je Iqra' ibu tahan dulu sebelum naik Al Quran. Bila dah lancar surah-surah lazim, baru naik Al Quran. Sekarang syukur, bacaan Yusuf mendapat perhatian pihak sekolah.

Eh.. Masuk cerita anakanda Yusuf pula, ini entry tentang anakanda maryam la ibuuu.. Ahahaha.. (semenjak duani ibu suka ketawa ala manja gitu dalam penulisan.. ahahaha..)

Lagi pencapaian 2012 yang buat ibu bangga dengan Maryam (maaf le kalau macam puji lebih-lebih.. sekadar rakaman kegembiraan seorang ibu..) apabila dia boleh membaca dengan lancar pada usia 5 tahun. Lebih menggembirakan ibu, pencapaian ini dicapai dirumah. Sebab kali terakhir pertemuan ibu dengan guru Bahasanya di sekolah, dia baru Bacalah Anakku Siri 3. Dekat rumah dia dah khatam sampai siri akhir. Sekarang baca surat khabar pun dah boleh baca dengan lancar.

Target 2013, ibu nak dia lancar dalam pembacaan Bahasa Inggeris pula. Masa sekolah di Genius Aulad dulu, pembacaan Bahasa Inggerisnya sangat memuaskan walaupun masa tu baru usia 4 tahun. Tapi, bila masuk Tadika Islamni, Bahasa Inggerisnya agak ketinggalan. Sekarang ibu dalam misi mengintai kelas tutorial di Smart Reader. Jika tiada aral melintang, Maryam akan menghadiri kelas tuisyen untuk Bahasa Inggeris dihujung minggu.


 Gambar lama.. pencapaian bacaan Bahasa Inggeris maryam semasa di Genius Aulad. Ibu ada kongsikan dalam entry Genius Maryam @ Genius Aulad..

Lagi target ibu untuk 2013, ibu nak Maryam lebih kerap bertudung. Ibu pun dah mula banyakkan koleksi tudung untuknya dengan bermacam-macam warna. Biar dia rasa seronok bertudung. Oh ya, ibu ada jual tudung kanak-kanak tau. Nak tengok klik SINI ya.


 Antara gambar terbaru.. Stylo tak saya aunty-aunty semua?


 Lagi antara gambar terbaru.. Gambar ni diambil di Taman Botani Negara Shah Alam..

Bagaimana pula dengan persekolahan Maryam untuk tahun 2013? Tahunni kami putuskan untuk dia terus bersekolah di Tadika Islam Al Hidayah. Sekolah tadika Islam yang sangat sederhana dan biasa-biasa, tapi insyaAllah guru-gurunya mampu membekalkan ilmu agama untuk anak-anak didikan di sini.

Selebihnya, ibu bapa perlu memainkan peranan. Tiada istilah salahkan sekolah sekiranya anak tak pandai, kerana guru dan ibubapa perlu memainkan peranan masing-masing. Kan?
 

 Gambar kenangan dihari pertama persekolahan untuk sesi 2013. Maryam sudah cukup matang dihari pertama untuk tahun ketiga melangkah ke sekolah tadika..

Ramai kawan-kawan ibu, malah saudara mara juga, ingat Maryam dah tahun 1 tahunni. Sebab rasa dah lama dia sekolah tadika.. Yelah, 3 tahun kan. Ramai yang kata jangan hantar anak sekolah tadika awal sangat, nanti bosan. Tapi alhamdulillah, Maryam sikit tak tunjuk yang dia bosan ke sekolah.


 Ibubapa dihari pertama persekolahan..

Termasuk ibu dan ayah Maryam ada di sini. Walaupun untuk tahun ketiga, tapi kami masih semangat nak hantar dia bersama-sama pada hari pertama.

Sampai di sini dahulu catatan ibu. Panjang umur ibu akan buat entry untuk anakanda Yusuf pula.

Jumpa lagi dan salam sayang buat semua.. :-)  


  


Sunday, October 2, 2011

Jamuan Kesyukuran @ Genius Aulad

Assalamualaikum wbt..

Bersiaran dari Shah Alam semula, kami tiba dari kampung jam 7.30 petang tadi. Lepas urus anak-anak, mandi, solat dan teman Yusuf buat latihan.. maka tiba masa ibu mengadap lappy!! :D

Ini n3 tertunda tentang kisah semalam. Semalam kami menghadiri Jamuan Kesyukuran merangkap Hari Terbuka Genius Aulad Seksyen 23 Shah Alam. Anak ibu kan anak Genius Aulad, maka wajib kami datang.

Hidangannya nasi berlauk. Ada ayam goreng berempah, ada nenas masak lemak ikan masin, ada sayur campur, ada ulam dan sambal belacan. Sedappp!! Terima kasih buat warga GA!!

Kami datang, makan dan balik.. Sempat juga menghabiskan RM di 7 Eleven.. :-(



Pic ni snap dari jauh masa nak balik. Bukan apa, segan nak snap-snap picas masa duduk kat khemah tu, sebab tak ada orang lain pun tangkap gambar. Ibu kan pemalu.. Kih kih kih.. (malu sangat la kononnye.. )

Ps: Kawan-kawan kan, malu tak nak bergambar kalau orang lain tak tangkap gambar? Ibu kadang-kadang malu, kadang-kadang tak malu. Hehe..

Tuesday, May 29, 2012

PETANDA MIMPI MARYAM NABIHAH


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Terima kasih buat semua yang mengirim doa dan kata-kata semangat buat ibu Yusuf. Terasa manisnya ukhuwah walau hanya di alam maya.

Harini ibu nak cerita sesuatu yang 'manis'. Jumaat lepas (25.5.2012), ibu dan ayah ke sekolah Maryam untuk hari perjumpaan ibubapa dan guru.

Kami jumpa cikgu Aisyah, cikgu kelas 5 Jannatus Salam. Syukur alhamdulillah, semua yang keluar dari mulut Cikgu Aisyah tentang Maryam adalah yang baik-baik sahaja. Cikgu Aisyah kata Maryam anak yang pintar, cepat faham, kemas dalam buat tugasan, cuma mulutnya sahaja yang cok cek cok cek. Hahaha.. Maryam memang suka bercakap dan becok mulutnya.

Kata-kata Cikgu Aisyah tak banyak larinya dari kata-kata Cikgu Zai yang ibu ada kongsikan dalam entry Genius Maryam @ Genius Aulad. Untuk pengetahuan pengikut baru Jemari Asmara, tahun lepas Maryam sekolah di Genius Aulad. Tahunni ibu tukarkan dia ke Tadika Islam Al Hidayah.

Cikgu Aisyah kata suara Maryam kuat. Kuat bising ke? Cikgu Aisyah kata Maryam yang selalu mulakan apa-apa bacaan beramai-beramai terutama bacaan-bacaan dalam solat. Alhamdulillah, Maryam sudah lancar banyak bacaan-bacaan dalam solat.

Kemudian cikgu Aisyah tunjuk buku kemajuan...

Semua dapat 100% kecuali sains. Aduh-duh anakku.. Lantas ibu terus teringat mimpi Maryam yang ibu ceritakan dalam entry Kisah Mimpi Maryam Nabihah. Adakah mimpi yang berunsur sains itu satu petunjuk..? Hoho.. Jangan serius sangat okey..

Ibu tanam motivasi dalam diri, sebagai ibubapa jangan terlalu melihat kesilapan anak yang sedikit. Sedangkan ada banyak kecemerlangan yang ditunjuk. (Walaupun dalam hati ibu sedih juga tengok markah sains tu). Nasib baik untuk dapat A, markah 75 ke atas. Kalau 80, daaaaaah dapat B.

Jujurnya, sejuk sangat hati ibu haritu. Terus lupa segala karenah dan perangai anekaragam yang selalu dia persembahkan.

Ibu hanya mengharapkan yang terbaik untuk anak-anak ibu. Bukan sahaja cemerlang dalam pelajaran, namun yang paling penting cemerlang sebagai hamba Allah yang beriman dan bertaqwa. Doa ibu saban hari semoga anak-anak ibu cemerlang di dunia dan akhirat. Amin..

Ps: Ini bukan entry bermegah-megah ya, tidak sama sekali walaupun bunyinya begitu memuji-muji anak sendiri.. Sekadar berkongsi rasa bahagia seorang ibu. Semoga bahagia milik kita semua..

Sunday, July 3, 2011

Genius Aulad: Report Card Day Term 1!

Assalamualaikum wbt..

Hari Jumaat lepas, ada drama air mata seorang ibu di GA Shah Alam. Apa dah berlaku, biarlah itu antara ibu dan GA. Walaupun benda yang berlaku mungkin nampak kecil, tapi ianya betul-betul mengecewakan ibu. Apapun, semuanya dah selesai. Semuanya gara-gara miscommunication...

Hari Sabtu, ibu datang lagi ke GA. Bukan untuk terus mempertikai isu semalam (dah selesai kan..), tapi untuk menghadiri Report Card Day bagi setengah tahun pertama.

Sepatutnya, waktu yang ditetapkan untuk kami adalah pada jam 12.30 tenghari. Tapi, oleh kerana ibu berkerja maka ibu minta untuk hadir sebelah petang..

Syukur alhamdulillah, Maryam Nabihah menunjukkan perkembangan yang baik sesuai dengan usia sebenarnya, 3 tahun 11 bulan.

Ibu ucapkan terima kasih buat semua guru-guru Genius Aulad Seksyen 23 Shah Alam yang banyak mencurah ilmu kepada anakanda Maryam Nabihah.. Hanya Allah swt yang akan membalas jasa kalian.

Gambar kenangan, ada 2 keping je..





Jumpa lagi, wassalam!!

Wednesday, January 4, 2012

Kembali Ke Sekolah


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Harini sesi persekolahan untuk 2012 bermula. Tahun ni anakanda soleh Muhammad Yusuf Nabhan sudah melangkah ke Tahun 2. Sesi telah berubah, sekolah agama sebelah pagi dan sekolah kebangsaan di sebelah petang. Semuanya berjalan lancar cuma ibu sedikit terkilan, harini dia tinggal solat Zuhor sebab sesi petang bermula sebelum masuk waktu. Dia masih keliru, bila masanya dia boleh keluar solat. Hmmm.. Cikgu tak atur ke semua tu? Nampaknya besok ibu kena pergi sekolah la jawabnya. Atur apa yang patut..

Alahai.. muqaddimah je dah cerita tentang rasa terkilan. Ibu harap mulai besok semuanya akan lebih baik dari harini. Moh layan piccas yang ada..


 Gambarni ibu snap masa tengah tunggu giliran nak bayar yuran pada guru kelas.. 

Tahunni Yusuf berada dalam kelas 2 Ikhlas. Murid-murid yang berada dalam kelas ni semuanya yang memperolehi pencapaian keseluruhan 80% ke atas semasa peperiksaan akhir tahun 1. Maka persaingan semakin sengit.. Ibu harap Yusuf akan lebih berusaha lagi. Ibu harap Yusuf dapat kekalkan prestasi Mumtaz tahun lepas..


 Masing-masing buat hal sendiri sementara Ustazah layan ibubapa yang nak bayar yuran..


Ni masa nak ke sekolah kebangsaan disebelah petang. Serba baru semuanya. Seluar kecik je tak beli baru tahun ni.. Hehe..


 Aik? Ni siapa pulak?

Kita patah balik sebelah pagi semula okey. Pagi tadi ada taklimat untuk ibubapa di tadika baru Maryam. Macam yang ibu bagitahu sebelumni, tahunni Maryam dah tak ke GA, ibu sekolahkan dia di tadika agama pula.


 Sebahagian ibubapa yang hadir. Sebenarnya sesi harini untuk ibubapa sahaja, dan anak-anak belum mula sekolah. Tapi dah ada beberapa pelajar yang datang berpakaian seragam. Semangat betul anak-anak ni..


Haaa.. Budakni ikut juga dengar taklimat. Cuma takdelah ibu pakaikan baju sekolah. Tudung yang dia pakai tu ye, tu tudung sekolang. Tapi masam la pulak anak solehah ibuni..

Tahu tak? Tadi ada yang tegur ibu, budget lari ke tahunni hantar anak ke sekolah biasa? Wah, wah, wah... Soalan tak sayang mulutni. Tapi ibu tak komen apa-apalah, kawan ibu gurau je kot..

Tak dapat dinafikan, Tadika Al Hidayahni antara tadika yang termurah di Shah Alam. RM78.00 sahaja sebulan jika nak dibandingkan dengan Genius Aulad RM238.00 sebulan. Yuran bas sekolahnya pun RM35.00 sahaja berbanding van Genius Aulad RM60.00 sebulan. Maka ibu dah jimat RM185.00 sebulan untuk Maryam.

Bukan RM jadi punca. Ibu ayah dan sain SBPA gaji naik lorrr.. Ha ha ha.. Kenyataan berunsur bangga diri nih. Sila abaikan.. Dusssh! Dusssh!

InsyaAllah, ibu dan ayah ada alasan yang tersendiri. Kalau rajin klik SINI. Dan RM185.00 ibu tak akan buat joli pun, ibu dah ada plan nak buat apa dengan duit tu. Nanti-nantilah ibu syer ye..

Ps: Besok akan bermula hari pertama Maryam di Al Hidayah. Harap-harap semuanya baik-baik sahaja..  Doakan ye..


Friday, January 7, 2011

Maryam Nabiah @ Genius Aulad - Day 2!!

*******

Catatan 06.01.2011.. hari ke 2 Maryam Nabihah bersekolah di Genius Aulad..



Satu permulaan yang mendebarkan, "Adik tak nak sekolah, adik nak tdo".. huhu.. jam 1.30 petang memang waktu tidur kat Taska..

Lepastu ibu pujuk-pujuk.. puji-puji dia.. ibu pakaikan dia bag.. ibu bawakkan bekal biskut.. terus dia happy nak sekolah.. tuuuu, comel je gaya bergambar..

Alhamdulillah, sampai sekolah okey je..

Petang ibu main nyorok-nyorok.. ibu dah minta teacher naikkan dia van. Ibu intai disebalik timbunan tayar.. sebelah school ada kedai tayar.. ibu follow dengan kereta.. tapi tak terkejar.. van tu dah hilang..

Ibu terus ke Taska tunggu di Taska..

Ibu intai di balik kereta Cikgu Ram.. cikgu di Taska..

Yeay!! Adik dah balik sekolah.. dah boleh naik van.. dah pandai berdikari..


Ibu saaaaayang adik!!

Saturday, November 12, 2011

Genius Maryam @ Genius Aulad..


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Entry khusus buat anakanda Maryam Nabihah.. Anakanda solehah ibu yang tercinta..

Adik.. Ibu sayang adik sangat-sangat. Adik kurniaan Ilahi yang tak terhingga buat ibu dan ayah. Adik lahir sebagai rezeki.. Adik juga lahir sebagai 'ujian' dalam hidup ibu.. Mudah-mudahan ibu dan ayah tabah dalam mengharungi ujian Ilahi.. Moga-moga ujian itu akan berlalu sebagaimana masa berlalu bila adik punya 'akal' nanti.

Apapun 'perangai' adik, ibu tetap berdoa supaya adik menjadi anakanda ibu yang solehah. Setiap lafaz ibu tetap menyebut yang baik-baik sahaja tentang adik. Walaupun ibuni 'garang macam singa', ibu tak pernah lafaz kata-kata buruk pada anak-anak ibu. Ibu tetap kata adik baik, adik cantik, adik cerdik.. Adik anak solehah ibu.

Harini hati ibu sejuk sekali. Ibu jumpa teacher adik untuk ambil report card. Alhamdulillah, teacher hanya cakap baik-baik sahaja tentang adik. Teacher kata adik pandai, teacher kata adik mudah diajar, teacher kata adik kretif, teacher kata adik tekun.. Walaupun teacher ada kata, adik 'lazer' dengan kawan-kawan, ibu telan sahaja. Janji anak solehah ibu tak pukul kawan..

Sambil-sambil tunggu giliran, ibu ronda-ronda sekolah adik. Ibu ada snap beberapa picas.. Apa yang tertulis di board itu, sangat buat hati ibu sejuk sekali.. :D


 Silau la sayang gambarni.. Tapi tak apa, ibu dah tandakan nama adik dengan kotak merah tu. Ini board tentang bacaan Iqra' kelas adik. Alhamdulillah, anak ibu setanding bacaan Iqra'nya dengan dua pelajar 4 tahun yang dikatakan sangat bijak.. (Ibu kagum dengar cerita Teacher Zai tentang mereka)


 Ibu zoom untuk adik. Tahniah sayang..


Ini pula rekod bacaan Adam and Dina (Stater Words).. Mungkin adik sedikit tertinggal dengan beberapa kawan, tapi tak apa. Ibu ingat pesan Teacher Zai; Jangan bandingkan kemajuan anak kita dengan anak orang lain. Setiap anak-anak ada kelebihan masing-masing. Ya ibu tahu. Anak ibu ada kelebihannya sendiri.

Ibu abadikan pencapaian adik di sini bukan untuk ibu menunjuk-nunjuk. Tidak sama sekali. Ingat sayang, tiada guna kita bermegah dengan kelebihan yang kita ada. Kerana diluar sana lebih ramai yang lebih hebat berbanding kita. Ini adalah rakaman setiap detik manis dalam hidup ibu.. Moga-moga ibu terus menikmati kemanisan hidup bersama-sama insan-insan kesayangan ibu.

Semoga anak-anak ibu berjaya di dunia dan akhirat.. Amin.


Thursday, January 6, 2011

Maryam Nabihah Dah Sekolah!! Yeay!! Part 2..

***********

N3 ini adalah sambungan dari n3 Maryam Nabihah Dah Sekolah!! Yeay!! Part 1..

Diringkaskan cerita Maryam Nabihah dah mula bersekolah tadika di Genius Aulad Shah Alam. Mula-mula tak nangis langsung, cukup bersemangat nak sekolah. Tapi, bila dah ramai murid 4 tahun yang menangis, dia pun ikut menangis..


 Dalam dakapan ibu.. proses pujuk memujuk sedang dijalankan.. sempat snap gambar tu.. hehe..


 Ibu upah milo dan biskut.. habis setin air milo, 3 keping biskut.. hantar masuk balik dalam kelas.. ibu pun cepat-cepat ca alif buttt.. haha..


 Masa untuk balik.. thank you, teacher.. cakap orang putih tau..


 Bawah sekolah ada kedai Save More.. memang menge'save'kan RM ibu..


Ngee.. comel je.. dapat eskrem milo..

Alhamdulillah, selesai cabaran hari pertama. Ibu terus berdebar untuk menantikan cabaran hari kedua.

Saturday, January 8, 2011

Maryam Nabihah @ Genius Aulad - Day 3!!

******************

Catatan 07.01.2011.. alhamdulillah Maryam Nabihah telah masuk hari ke3 persekolahan..

Ibu telah mula bertugas kembali.. Bermakna Maryam Nabihah perlu berdikari sendiri..

Selesai tugasan di mahkamah Klang tengahari semalam, ibu terus memecut balik ke Shah Alam. Niat di hati nak intai anak ibu naik van, tapi terlepas.. jam 12.30 Ustaz Din dah sampai di Taska.. Hmm, awalkan? Jam 1.30 baru kelas mula.. tapi semalam hari Jumaat.. tak tahulah nanti hari-hari biasa..

Jadi, tak adalah gambar intai mengintai tu.. yang ada cuma..

v

v

v

v

Hasil kerja Maryam Nabihah semalam.. comel je.. (pada mata ibu). Sape-sape nak kutuk tu agak-agakla.. budakni baru 3 tahun 5 bulan.. hehehe..

Ibu saaaaaaaaaaaayang adik. Mmmmmuah!!

Sunday, April 3, 2011

Maryam Nabihah & Bacalah Anakku: 3 Tahun 7 Bulan

Assalamualaikum wbt..

N3 ini adalah diari Maryam Nabihah. Ibu akan catat perkembangannya belajar membaca. Ibu mula ajar Maryam Nabihah membaca pada Januari 2011 ketika dia berumur 3 tahun 4 bulan. Sama dengan tarikh dia mula bersekolah di Genius Aulad (GA).

Bezanya ketika itu, di sekolah.. GA menggunakan buku 'Bijak Bahasa' terbitan mereka sendiri..

v

v


Manakala ibu di rumah ibu gunakan buku 'Bacalah Anakku'..

v

v


 Guna buku abang je.. tak beli yang baru pun.. sama je.. jimat!


 Tengok! Buku siri 1 dah lunyai dah.. Maryam Nabihah ni rajin belek buku orangnya. Walaupun sekejap-sekejap, setiap hari wajib dia akan baca buku walau tanpa disuruh.


Alhamdulillah, pada 31 Mac 2011 ketika dia berumur 3 tahun 7 bulan, Maryam Nabihah telah mampu membaca perkataan-perkataan mudah di atas. Buku 'Bacalah Anakku' siri 2 muka surat 7 dan 8.

Ps1: Ibu dah buat perbandingan di antara 'Bacalah Anakku' dan 'Bijak Bahasa'. Nanti ibu buat n3 tentangnya ye..

Sunday, November 13, 2011

Kemana Sesatnya Hadiah Ibu? :-(


Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, rezeki masa yang lapang dari Ilahi untuk Sabtu nan indah. Walaupun di pagi hari sempat hadir program pejabat, kemudian berkejar pula ke Genius Aulad dan malamnya ke Sentul untuk urusan keluarga.. ibu diberi kesempatan untuk menulis entry ke 3 untuk hari ini.

Namun entry malam ini agak sedih bunyinya. Mungkin rakan-rakan masih ingat ibu ada menganjurkan Main Teka2 @ Jemari Asmara yang dimenangi oleh Cik Suzlin dan  Jemari Asmara Mini GiveAway yang dimenangi oleh Kak Long dan Kak Atie.

3 hadiah dipos serentak. Yang sedihnya, cuma Cik Suzlin je yang dah sahkan terima hadiah tu. Kak Long dan Kak Atie nye tak sampai-sampai. Huhuhu.. Sob sob sob.. Lagi sedih, hadiahtu tak akan dapat dikesan sebab ibu pos guna pos biasa. Huwaaaa...

Untuk makluman, ibu dah beberapa kali anjurkan GCL.. Biasanya, kalau hadiah tu mahal ibu pos guna Gdex atau Pos Laju, kalau hadiah tu harga sederhana ibu pos guna pos daftar atau pos ekspres. Kalau yang mini-mini ibu pos guna pos biasa. Alhamdulillah, yang sebelum-sebelumni semuanya sampai.

Tapi sangat tak adil buat Kak Long dan Kak Atie. Mereka dah menang dan mereka berhak tuntut dapat hadiah tu. Sangat tersentuh dengan ayat sms Kak Long yang tak berkira pun.. 

Apapun, buat Kak Atie dan Kak Long, jangan risau. Jika sehingga 30 November 2011 (birthday Yusuf Nabhan tu tau.. :D) hadiah yang sesat tu masih tak sampai, saya akan pos hadiah lain. InsyaAllah.. (tapi hadiah lain dan seadanya ye kakak berdua..)


Inilah hadiah yang sepatutnya menjadi milik Kak Atie dan Kak Long.. Buka rezeki kami bertiga.. :-(

Ps: InsyaAllah ibu Yusuf dan Mayam akan buat GA lagi dalam masa terdekatni. Hadiah utama bernilai RM150.00 ++  dan hadiah saguhati menarik menanti untuk dimenangi. Sekarang tengah memikir nak buat banner dulu.. :D


Monday, April 2, 2012

MARYAM NABIHAH KESAYANGAN IBU


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Maryam Nabihah kesayangan ibu.. Pic tahun lepas yang diguna semula.

Lama juga ibu tak menulis tentang Yusuf dan Maryam kan? Harini ibu mulakan dengan puteri solehah ibu dulu..

Harini Maryam sudah berusia 4 tahun 7 bulan 17 hari. Masih menjuarai acara 'aneka ragam' dalam baiti jannati. Masih selalu buat ibu geram. Masih selalu buat ibu naik angin. Masih selalu buat ibu 'bertukar'. Hahaha..

Namun dia jugalah yang buat ibu rasa penuh dengan kasih sayang. Maryam selalu mengekspresikan kasih sayangnya pada ibu. Maryam punya mulut petah lagi manis yang selalu buat hati ibu berbunga-bunga..

Berbanding Yusuf yang tak banyak karenah. Sekarang Yusuf jarang buat ibu marah, tapi Yusuf juga jarang mengekspresikan kasih sayang dengan kata-kata. Sekadar ciuman dipipi dan dahi ibu, serta satu pelukan erat untuk ibu setiap pagi, petang dan malam. Sudah cukup untuk ibu faham itulah ekspresi kasih sayangnya.

Apapun, dua-dua adalah kesayangan ibu dunia dan akhirat.


I luv u 2 my dear.. Lagi gambar guna semula..

Maryam garang orangnya. Ibu akui, dia mewarisi sifat itu dari ibunya. Namun secara positifnya, ibu lihat dia ada sikap berjaya mempertahankan diri dari dibuli.

Maryam juga telah menunjukkan ciri-ciri membantu yang dibuat secara sukarela, bukan atas arahan. Sebagai contoh, jika dia mengambil air dari peti sejuk dan habis, dia akan mengisi semula botol tersebut. Untuk simpanan air dalam peti sejuk, memang ibu tak guna air masak, ibu guna air tapis sahaja. 

Semenjak awal tahun lepas lagi, ibu sudah izinkan Maryam membancuh air sendiri. Tapi hanya terhad kepada air ribena sahaja. Tuang sikit ribena dalam cawan, kemudian tuang air sejuk. Dah jadi dah, sebab ribena tak perlu kacau, ianya terus bercampur sebati dan boleh terus minum.

Hujung tahun lepas, ibu izinkan dia buat air sunquick sendiri pula. Air sunquick perlu dikacau dengan sudu. Kalau tak, ia tak sebati dengan air. Ibu memang ajar anak-anak buat 2 jenis airni tanpa gula.

Biasanya, dia akan buat secawan cukup untuk dirinya sahaja. Terbaru, dia buat 1 jag air sunquick. MasyaAllah!! Terkejut ibu.. Kemudian dengan bangga dia heboh, adik dah buat air untuk semua orang. Hahaha..


Lagi gambar ulang tayang..

Banyak lagi perkembangan yang ditunjuk semenjak masuk ke tadika 5 tahun. Sejak masuk Al Hidayah, ibu akui prestasinya dalam English kurang berkembang berbanding ketika di Genius Aulad dulu. Namun, dia telah menambah ilmu Bahasa Arab dengan baik sekali. Bacaan-bacaan dalam solat juga semakin baik dan ada kemajuan. Alhamdulillah, ibu lihat strategi menukarkan sekolahnya telah menunjukkan hasil yang ibu mahukan. 



InsyaAllah, sehelai dua lagi Maryam akan beralih ke Iqra' 4. Ibu letak target untuk Maryam habis Iqra' 6 pada hujung tahunni. Jika dia berjaya mencapai target ibu dia akan sama dengan abangnya yang menghabiskan hingga Iqra' 6 dalam tempoh genap 2 tahun. 

Cuma jika dia berjaya mencapai target ibu, dia akan mengatasi abangnya dari segi usia. Abangnya habis Iqra' 6 pada usia 6 tahun sebulan. Jika Maryam berjaya mencapai targert ibu, dia akan tamat Iqra'  6 pada usia 5 tahun 5 bulan.

Target itu untuk diri ibu sebenarnya, kerana dia mengaji di bawah bimbingan ibu. Ibu gerak, geraklah dia. Ibu tidur, tak bergeraklah dia. Sebab tu ibu perlu ada target agar ibu tidak lalai.

Bermula Mac 2012, ibu minta cikgu sekolahnya beri bimbingan tambahan. Jadi sebelum masuk kelas Maryam akan mengaji dulu dengan cikgu. Keputusan tu ibu buat bila jadual kerja malam di pejabat ibu sudah dikeluarkan. Risau juga, tak terkejar nanti.. Mana taknya, bila kena giliran ibu bertugas, balik kerja jam 5.00 petang, tapi jam 8.00 malam ibu dah kena ada dipejabat semula. Jadi bila ada kelas tambahan dengan cikgu, dapat lah menampung kolopongan yang ada.

Aduhai anak-anakku, ibu hanya mengharap yang baik-baik sahaja untuk anak-anak ibu. Semoga anak-anak ibu menjadi anak yang soleh dan solehah, berjaya di dunia dan akhirat.

Wah.. Panjang dah catatan ibu rupanya ya. Biasanya entry di Jemari Asmara ni kontot-kontot je..

Sekian dulu catatan ibu Yusuf dan Maryam. Jumpa lagi..


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...