Follower

Wednesday, January 4, 2012

Kembali Ke Sekolah


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Harini sesi persekolahan untuk 2012 bermula. Tahun ni anakanda soleh Muhammad Yusuf Nabhan sudah melangkah ke Tahun 2. Sesi telah berubah, sekolah agama sebelah pagi dan sekolah kebangsaan di sebelah petang. Semuanya berjalan lancar cuma ibu sedikit terkilan, harini dia tinggal solat Zuhor sebab sesi petang bermula sebelum masuk waktu. Dia masih keliru, bila masanya dia boleh keluar solat. Hmmm.. Cikgu tak atur ke semua tu? Nampaknya besok ibu kena pergi sekolah la jawabnya. Atur apa yang patut..

Alahai.. muqaddimah je dah cerita tentang rasa terkilan. Ibu harap mulai besok semuanya akan lebih baik dari harini. Moh layan piccas yang ada..


 Gambarni ibu snap masa tengah tunggu giliran nak bayar yuran pada guru kelas.. 

Tahunni Yusuf berada dalam kelas 2 Ikhlas. Murid-murid yang berada dalam kelas ni semuanya yang memperolehi pencapaian keseluruhan 80% ke atas semasa peperiksaan akhir tahun 1. Maka persaingan semakin sengit.. Ibu harap Yusuf akan lebih berusaha lagi. Ibu harap Yusuf dapat kekalkan prestasi Mumtaz tahun lepas..


 Masing-masing buat hal sendiri sementara Ustazah layan ibubapa yang nak bayar yuran..


Ni masa nak ke sekolah kebangsaan disebelah petang. Serba baru semuanya. Seluar kecik je tak beli baru tahun ni.. Hehe..


 Aik? Ni siapa pulak?

Kita patah balik sebelah pagi semula okey. Pagi tadi ada taklimat untuk ibubapa di tadika baru Maryam. Macam yang ibu bagitahu sebelumni, tahunni Maryam dah tak ke GA, ibu sekolahkan dia di tadika agama pula.


 Sebahagian ibubapa yang hadir. Sebenarnya sesi harini untuk ibubapa sahaja, dan anak-anak belum mula sekolah. Tapi dah ada beberapa pelajar yang datang berpakaian seragam. Semangat betul anak-anak ni..


Haaa.. Budakni ikut juga dengar taklimat. Cuma takdelah ibu pakaikan baju sekolah. Tudung yang dia pakai tu ye, tu tudung sekolang. Tapi masam la pulak anak solehah ibuni..

Tahu tak? Tadi ada yang tegur ibu, budget lari ke tahunni hantar anak ke sekolah biasa? Wah, wah, wah... Soalan tak sayang mulutni. Tapi ibu tak komen apa-apalah, kawan ibu gurau je kot..

Tak dapat dinafikan, Tadika Al Hidayahni antara tadika yang termurah di Shah Alam. RM78.00 sahaja sebulan jika nak dibandingkan dengan Genius Aulad RM238.00 sebulan. Yuran bas sekolahnya pun RM35.00 sahaja berbanding van Genius Aulad RM60.00 sebulan. Maka ibu dah jimat RM185.00 sebulan untuk Maryam.

Bukan RM jadi punca. Ibu ayah dan sain SBPA gaji naik lorrr.. Ha ha ha.. Kenyataan berunsur bangga diri nih. Sila abaikan.. Dusssh! Dusssh!

InsyaAllah, ibu dan ayah ada alasan yang tersendiri. Kalau rajin klik SINI. Dan RM185.00 ibu tak akan buat joli pun, ibu dah ada plan nak buat apa dengan duit tu. Nanti-nantilah ibu syer ye..

Ps: Besok akan bermula hari pertama Maryam di Al Hidayah. Harap-harap semuanya baik-baik sahaja..  Doakan ye..


13 comments:

  1. kadang2 memang perlu tukar tadika ni. Dapat pendekatan yang berbeza, mcm Alia dulu 3 tadika saya hantar, 4 tahun lain, 5 tahun lain, 6 tahun pun lain. Paling mahal masa 5 tahun, daftar masuk pun dah cecah seribu, tapi memang semua ada yang lebih dan ada yang kurang.

    Yang penting kita tahu anak kita kan ..

    ReplyDelete
  2. selamat bersekolah yusuf dan maryam.. Iman kena tunggu 3 tahun lagi nak dapat pengalaman macam ni.. ;)

    ReplyDelete
  3. waahh excited kan anak2 nak mula sekolah...kalau saya kat sana pun mesti teruja sama -:).

    Dah byk kali cite psl anak sekolah baru kali ni perasan yg Yusuf Nubhan sebaya Haziq :-)

    ReplyDelete
  4. takpelah kak, sekolah mana-mana pun sama je kan..iallah maryam akan belajar sesuatu yang baru..

    ReplyDelete
  5. teringat akak ketika menyiapkan anak kembar akak ke sekolah.. macam macam kerenah.. tapi sekarang ni x lagi... semua dah besar.. pastinya waktu pagi para ibulah yang paling sibuk..

    ReplyDelete
  6. selamat kembali ke sekolah utk yusuf...dan selamat melangkah ke sekolah baru utk maryam..belajar rajin2 ye...nnti jadi anak yg soleh/solehah n pintar...amin..

    alah org mmg mcm tu zefa..ada je nk cari pasal..w.pn brgurau sedikit sebyk boleh menguris hati kecil kitakan.....

    ReplyDelete
  7. InsyaAllah mudah-mudahan dipermudahkan segalanya.

    ReplyDelete
  8. di mana2 pun asalkan anak2 kita terdidik.. betul tak??

    ReplyDelete
  9. saya pun hantar anak2 tadika biasa je. Tadika tu sekali dgn nursery. tak perlu naik bas@ van.....

    ReplyDelete
  10. agaknya cikgu pun kelam kabut di hari pertama persekolahan.. tu yang tak sempat nak atur, kelam kabut sedikit.

    p/s: gambar second last tu macam muka rakan Nida semasa sekolah dulu..

    ReplyDelete
  11. bz jua ibu yusuf ye.. selamat mula sekolah buat yusuf dan maryam ye

    ReplyDelete
  12. aduh mmg tak sayang mulut..kihkih..

    lebih dari GA pun mampu kan.gaji dah naik kan?haha..

    semoga yusof dan maryam akan terus cemerlang. Amin..:)

    ReplyDelete
  13. seronok pulak tgk gambar awal2 persekolahan, tak sabar pulak nak hantar zahra tadika..tak kisah tadika kat mana2, yg penting penerimaan anak2..

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...