Follower

Sunday, March 6, 2011

PML: Pink Yellow - Maharani - Rare

Assalamualaikum wbt..

Edisi cuci mata.. hari ini ibu nak kongsikan set PML (pinggan mangkuk lama) yang terbaru dalam koleksi ibu. Seperti biasa, ibu beli di kedai apek.. setakat ni baru sekali ibu beli online. Sebab hobi ibu adalah hunting sendiri PML ni..

Jom layan pic..


 Kawan-kawan APC @ FB kata, bunga ni namanya Yellow and Pink.. Ini 1st time ibu dapat satu set sekali hunting.. 1 teko, 6 cawan dan lapiknya, 6 pinggan kuih dan 1 pinggan makan..


 Cawan ni kawan-kawan APC @ FB kata cawan maharani.. berlekuk-lekuk di bahagian mulutnya..


 Pinggannya juga berlekuk-leku di tepi..


Tekonya yang sangat cun.. menjadi idaman pencinta-pencinta PML.. bentuknya yang dikatakan 'rare' susah nak dapat..

Secara jujur, semasa ibu beli set ni ibu tak tahu pun nilainya. Ibu beli sebab ia adalah PML.. bila ibu publish di FB ibu menerima kejutan yang amat. Semua kawan-kawan sehobi begitu mengkaguminya.. semua memuji-muji. Semua kata ibu bertuah sebab jumpa set begini fresh dari kedai.

Inbox ibu tiba-tiba terisi bertalu-talu. Ramai bertanya ibu nak jual ke? Ada yang sanggup nak bayar berapa pun, ada yang kata ibu jual mahal pun dia nak beli juga.

Tapi ibu sayang set ini.. ibu tak jual.

Jadi.. ini adalah edisi cuci mata sahaja. Hehehe..

4 comments:

  1. cantiknya sist........ tergoda tengok.. kalo da punya rumah sendiri.. harus pi serbu pinggan mangkuk cam gini...

    ReplyDelete
  2. cantik bunga ni...akak pun jatuh cinta pada bunga nie

    ReplyDelete
  3. nampak antik lah set cmni, zura x minat sgt set pinggan mangkuk ni tp kdg2 ada juga yg menambat mata n hati ;)

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...