Follower

Tuesday, November 22, 2011

2012: Yusuf Nabhan Naik Kelas


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Ini adalah entry catatan kebahagian dalam hidup ibu. Buat kenang-kenangan di masa hadapan. Buat tatapan anak-anak ibu suatu hari nanti.

Ini cerita minggu lepas sebenarnya, tapi tertangguh-tangguh nak buat entry. Jumaat lepas, ibu dan ayah ke sekolah Yusuf. Membawa misi serampang dua mata.. Sain report card merangkap ambil rezeki RM100.00.

Yusuf Nabhan.. Ibu ambil gambar dari belakang. Menonong je laju tinggalkan ibu dan ayah dibelakang.

Secara keseluruhan, ibu dan ayah berpuas hati dengan keputusan Yusuf. Yusuf menunjukkan pencapaian sebenar dirinya dalam peperiksaan kalini. Periksa pertengahan tahun yang lepas, Yusuf demam chicken pox dan tak dapat hadiri periksa. Sudahnya, selepas baik dia terpaksa pulun semua paper dalam masa sehari.

 
Perbezaan keputusan Yusuf di antara periksa pertengahan tahun dan hujung tahun..

Untuk sekolah Kebangsaan, tahunni Yusuf berada di kelas ke dua. Alhamdulillah, tahun hadapan Yusuf akan berada di kelas pertama. Ibu harap, abang akan buat yang lebih baik untuk tahun hadapan.

Ibu sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak-anak ibu. Semoga anak-anak ibu peroleh kejayaan di dunia dan akhirat. Amin.


11 comments:

  1. bagusnyeeee abg yusoff!! meningkar sgt keputusan die..patutlah mumtaz! tahniahhhhh!!!! semoga doa ibu dimakbulkan..

    p/s: tgk muke pun dah tau soleh..muke anak taat ;)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulilah.. semoga yusof terus berjaya.. keputusan yg membaggakan..!

    ReplyDelete
  3. tahniah yusof...
    berusaha lagi dan lagi...

    ReplyDelete
  4. bagus tu...byk naik prestasi tu...bertangga2...hehehe...
    moga terus maju yusuf yer :)

    ReplyDelete
  5. Tahniah...teruskan kecemerlangan...amin.

    ReplyDelete
  6. tahniah yusuf,terus cemerlang yer.meningat byk tu keputusannya...

    ReplyDelete
  7. Alhmdulillah...
    Tahniah Yusuf...semoga terus cemerlang.....

    ReplyDelete
  8. tahniah yusuf..mak ayah pun senang hati @ susah hati bila pencapaian anak diukur dgn grading system (tahu tahap anak kat mana berbanding rakan sekelas). Tapi kat sini tatau nak tgk kebolehan anak berbanding dgn kwn2 lain camana pasai kat sini bukan exam-based system.

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...