Follower

Tuesday, November 1, 2011

Berapa Had Laju Maksima Pemanduan Anda?


Assalamualaikum wbt..

Harini ibu masuk ofis awal. Awal setengah jam dari biasa. Jadi ibu ambil kesempatan update blog dulu. Ni kalau orang atasan baca habis la.. huhu..

Semalam petang ibu bawa kereta macam semut sebab hujan lebat, pagini ibu bawa kereta berdesup sebab nak cepat. Jadi menimbulkan idea nak cerita pasal had laju lah. Tapi ibu bukanlah nak cerita tentang had kelajuan yang ditetapkan oleh undang-undang, yang tu macam-macam mana pun kena ikut. Ibu nak cerita tentang had kelajuan yang kita tentukan sendiri. Ada ke had pemanduan kita tetapkan sendiri? hehe..

Dulu, hampir sepuluh tahun yang lalu ibu bawa kancil (masa tu bawa kancil tunang). Kemudian bila ayah beli wira, ibu bawa Wira. Tahun lepas ibu dimurahkan rezeki dapat beli kereta sendiri setelah hampir sepuluh tahun bawa kereta pasangan. Ibu beli Viva Elite.

Masa bawa Kancil dulu, ayah yang warning. Jangan bawa lebih 100 km/j. Maka sebagai isteri yang taat (dia warning selepas kahwin), ibu memang bawa maksimum 100 km/j kecuali tak sedar. Bila sedar, cepat-cepat turunkan semula kelajuan. Alasan ayah, kancil kecil dan ringan.. takut melayang.

Bila ibu bawa Wira.. eh eh.. ayah dah tak ada warning apa-apa pulak. Jadi ibu suka-suka hati bawa laju. Tapi tak laju manapaun, maksimum 140 km/j je ibu berani bawa. Tu pun kat highway je.. (Wira kami banyak kali kena saman.. huhu)

Bila ibu bawa Viva, pun ayah tak ada warning apa-apa. Jadi ibu kena pandai-pandai sendiri tentukan kelajuan. Pernah juga tekan sampai 140 km/j, okey je. Cuma, memegang konsep viva juga kereta kecil, ibu dah tak pernah bawa 140 km/j lagi. Biasanya bila bawa Viva ibu bawa maksimum 120 km/j aje.

Tu la dia cerita had kelajuan maksimum pemanduan ibu Yusuf dan Maryam..

Ps: Berapa had pemanduan maksimum anda semua?

Sekadar gambar hiasan. Hasil carian di google.. :D

11 comments:

  1. mmg sis kalo kancil bw 140 mmg terasa melayang tp kena pandai handle lah he3 asben pun slalu gak pesan 'bw slow bw slow' hahaha

    paling max penah bw 150 tupun sbb terdesak nak cepat hehehe

    ReplyDelete
  2. kaklong klu bwk paling laju 100km/j..tu pun cik abg sllu warning!heheheh!

    ReplyDelete
  3. tak berani bawak laju2 kecuali kat highway je, tu pun selalu ikut had kelajuan ditetapkan, tak larat nak byr saman hehe

    ReplyDelete
  4. saya kalau memandu paling laju pun berani sampai 140km jer itu pun kat highway tgk keadaan dan juga cuaca juga.kalau hujan tu la bahaya kena hati-hati:)

    ReplyDelete
  5. sy bawak keta taklebih 60km/j.haha

    bukan sebab pemandu berhemah..sbb pergi kerja ja bawak kereta..jalan tu mana boleh laju..

    kt highway tak pernah lagi bawak keta.en suami tak percaya.kihkih..

    ReplyDelete
  6. Akak jenis yg bawak keta laju.....saman tu memang setiap tahun ada...Cuma kalau dgn anak2, kena kurangkan kelajuan..kalau sorang2..tak ingat dunia...

    ReplyDelete
  7. tak ingat. cuma bila bwk laju dan encik suami ada sebelah dia akan cakap mcm laju je. tp kalau srg2 tak sampai pn 100km/j sbb jln kg ni lain skt. kalau h/way mmg berdesup. tak sedar kan?

    ReplyDelete
  8. kalo kat jalan biasa tak berani nk bawak laju2..byk kete..max pn 100..tp biasa sekitar 80 jer..klo kat highway cecah gak la 120..owh untuk makluman, kite bawak kancil jor..hihi

    ReplyDelete
  9. kt highway je berani laju² hihi..penah merasa kelajuan 220km/j :P

    ReplyDelete
  10. insyirah a.k.a viva 850c ni pernh jgk cecah 140 kt highway tapi g sekolah 90/100..dalam ladang 80 je..ohhh melayang insyirahku.. ;D

    ReplyDelete
  11. Pandu selamat jiwa selamat... paling penting ikut had laju yang ditetapkan..

    Kak nida paling laju pun kat highwaylah.. 120km/j..

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...