Follower

Sunday, December 25, 2011

Hukum Mengucapkan Merry Christmas Kepada Bukan Islam


Assalamualaikum wbt..

Hari ini 25 Disember 2011, sambutan Krismas yang disambut oleh orang bukan Islam. Sana sini kedengaran ucapan Merry Christmas, samada ditelevisyen, radio, akhbar, mahupun melalui entry-entry catatan orang Islam sendiri.

Persoalannya di sini, apakah hukum mengucapkan selamat kepada upacara keagamaan?

Jika kita merujuk kepada sumber-sumber diinternet sendiri banyak sungguh versi pandangan. Ada yang kata haram dan ada yang kata harus. Ibu cadangkan, jika kawan-kawan baca tulisan berkaitan, silalah baca hingga habis. Jangan baca separuh-separuh. Sebab, dalam penulisan ada yang merujuk kedua-dua pandangan, kemudian baru dirumuskan. Takut-takut kita terbaca pandangan yang salah dan merumuskan sebagai satu hukum yang boleh dipegang.

Salah satu artikel yang kawan-kawan boleh baca adalah Larangan Mengucapkan Merry Christmas Kepada Kristian dari blog WADi. Tapi awas, sila baca habis entry tersebut, jika tidak anda akan terambil pula pandangan Astora Jabat.

Banyak sebenarnya tulisan-tulisan yang membincangkan tentangnya. Ada tulisan yang jelas-jelas menerima komentar yang pelbagai. Contohnya artikel INI.

Ada juga catatan yang mengelirukan. Contohnya pengertian Krismas dari Wikipedia. Pada awal penjelasan wikipedia menafsirkan tentang Krismas yang adalah perayaan terbesar untuk penganut agama Kristian, disambut setiap tahun pada tarikh 25 Disember bagi memperingati kelahiran Jesus dari Nazareth, pengasas ajaran Kristian.

Jelas di situ bahawa sambutan Krismas berasal dari sambutan keagamaan. Tetapi di hujung artikrl disebut; Hari Krismas bukan sahaja disambut oleh penganut Kristian, bahkan juga oleh ramai orang yang bukan penganut agama ini sebagai salah satu perayaan kebudayaan yang berunsur sekular (keduniaan). Oleh kerana pemberian hadiah dan beberapa aspek lain perayaan ini melibatkan peningkatan kegiatan ekonomi antara orang Kristian dan bukan Kristian, maka Hari Krismas menjadi peristiwa utama bagi kebanyakan penggiat sektor peruncitan. Hmmm.. dah jadi kebudayaan la pulak.

 Apapun sahabat-sahabat, sila rujuk kepada mereka yang lebih arif tentang ilmu agama dan hukum hakam. Secara peribadi setelah merujuk kepada sumber-sumber tertentu, ibu ada jawapan sendiri. Ibu tak akan wish perayaan yang berbentuk keagamaan.

 Anda bagaimana?

Ps: Tak suka iklan Nokia tu. Walaupun tak sebut tentang hadiah untuk krismas, tapi gambar kotak hadiah tu ada kepala Santa Claus. Tak suka lah...




12 comments:

  1. sama...kita pun tak akan wish dgn ucapan tu. Betul kata zefa kena baca sampai abis sebab biasanya at the end baru ada rumusan bg keseluruhan artikel.

    ReplyDelete
  2. Jesus tu nabi kita jugak dulu, nabi Isa. Kalau 25 Dis tu tarikh lahir Nabi Isa.... ermm.. ntah lah. Nabi Isa pun bawak ajaran Allah juga dulu kan? Cuma kitab injil yg di bawa tu telah byk diubah contents menjadi bible dan jadi ajaran Kristian.

    ReplyDelete
  3. betul tu, kena baca betul2 sebelum buat rumusan

    ReplyDelete
  4. sebenarnya sehingga pagi ini yus tak ingat pun hari ini mereka sambut krismas...huhu

    ReplyDelete
  5. Pendapat Nida lebih baik elakkan utk wish apa-apa perayaan yang kita sangsi tentangnya....

    ReplyDelete
  6. kita pun sama...memang tak boleh wish hari krismas..tue yang tak tulis dalam blog hihihi

    ReplyDelete
  7. baru tau juga sbb jd isu kan baru2 ni..dl pernah wish kat kwn cina sbb dia sbut krismas..tp ms tu xtahu..

    skrg xwish da..

    ReplyDelete
  8. emm sy pun baru tau dan sedar tentang perkara nie..Insyaallah lepas nie takkan wish lg apa2 perayaan yg berbentuk keagamaan..

    ReplyDelete
  9. just wish happy hols je kat kwn2.

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum..syukran jiddan kerana mengambil entri WADi sebagai salah satu bacaan anda. Anda semua boleh ambil entri di WADi, sebarkanlah dan sertakan link untuk amanah ilmu atau tanggungjawab kpd WADi jika ada kesalahan fakta etc..moga bermanfaat ye.. :)

    p/s- Agama yg dibawa oleh Isa sama sahaja cuma syariatnya berbeza..jadi kita tidak boleh mengikut syariat dari Nabi sebelum Muhammad asbab syariat setiap nabi itu sesuai dengan kaumnya dizaman itu. Adapun kisah Isa disalib itu adalah maudhu' semata-mata..wallahua'lam.

    ReplyDelete
  11. betul tu..Alhamdulillah sejak dibangku sk rendah akak tlh diTEKANkan oleh ustaz bahawa kita jgn sekali2 memberi ucapan pd rakan2 yg merayakan perayaan agama kecuali tahun baru cina...krn CNY adalah perayaan smbutan thn baru manakala perayaan lain adalah perayaan agama....semoga kita terapkan pd anak2 kita.....

    ReplyDelete
  12. Dah puas intai2 pml, hari ni nak tinjau hal2 keilmuan pulak. Sama macam NzA, akak hanya ucap CNY je.. Tapi, perlu didik anak2 tentang perkara ni yang dianggap remeh oleh sesetengah orang.

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...