Follower

Sunday, August 5, 2012

MURTABAK ME SEGERA DENGAN BEEF KEEMA MASALA myChef


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Hari Sabtu.. 15 Ramadhan yang penuh barakah dan indah. Hari cuti yang dinanti-nantikan oleh ibu yang berkerja seperti ibu Yusuf dan Maryam ini. Hari yang pastinya punya lebih kesempatan untuk menghidangkan sesuatu yang lebih untuk keluarga tercinta.

Jujurnya, pada hari-hari berkerja di bulan Ramadhan ini, ibu hanya sempat masak nasi dengan sejenis dua lauk saja. Kuih, manisan.. tunggulah hari cuti.

Harini, ibu buat murtabak me segera yang memang segera. Biasanya kalau buat murtabak ni ambil masa lah juga. Lagi-lagi kalau tambah daging, kena goreng dululah, kena tumis dululah. Tapi harini murtabak ibu siap dengan pantas. Sebab, ibu gabungkan dengan produk sedia hidang myChef, Beef Keema Masala.

Baiklah, kita tengok gambar hasil tangan ibu dulu ya.


Murtabak me segera dengan Beef Keema Masala myChef..


Keratan rentas murtabak ibu, secukup telur. Mee tak berderai..

Yusuf kata sedap, Maryam kata sedap, ayah kata sedap dan kakak ipar yang turut sama berbuka puasa pun kata sedap. Yusuf siap kata; "ibu ni boleh masuk rancangan Master Chef lah ibu". Hehehe.. Ibu terus sengih-sengih dalam hati (ehh.. ada ke orang sengih dalam hati? haha..)

Jangan terpedaya dengan kata-kata Yusuf. Itu hanyalah kata-kata seorang anak yang 'bahagia' dengan air tangan ibunya. Hakikatnya, ibu hanyalah chef di dapur sendiri.

Lantas, ibu teringat The Gourmet Blog Chalenge anjuran myChef. Ibu tersengih-sengih lagi dalam hati hati. Alang-alang dah ada masakan yang berkaitanni, join je lah. Biarlah pun jauh panggang dari api berbanding blogger-blogger masakan di luar sana, tak salah kalau kita mencuba. Kan?

Baiklah, mari kita tengok resepinya. Sangat senang dan ringkas. Tak tunggu hari cuti pun ibu Yusuf boleh buat sebenarnya.. :D

RESEPI MURTABAK ME SEGERA DENGAN BEEF KEEMA MASALA myChef

Bahan-bahanya: 

1 kotak produk myChef Beef Keema Masala
1 peket me segera dengan perencah kari
2 biji telur
1/4 bawang besar dihiris nipis
Serbuk lada sulah secukup rasa
Garam secukup rasa
Sedikit minyak

Cara-caranya:

1. Rendam me segera dalam air panas sehingga lembut dan toskan
2. Panaskan produk myChef di dalam ketuhar gelombang mikro (tuang dalam kuali dan panaskan atas api pun boleh juga)
3. Masukkan me dalam mangkuk A dan gaulkan dengan 5 sudu makan Beef Keema Masala. Ketepikan..
4. Pecahkan telur dalam mangkuk B dan pukul sedikit dengan serbuk lada sulah dan sedikit garam. Masukkan pula bawang dan serbuk perasa kari, pukul hingga sebati..
5. Satukan bahan di dalam mangkuk A dan mangkuk B..
6. Panaskan kuali tidak melekat dengan sedikit minyak, dan tuang adunan ke atasnya. Cara masak adalah seperti masak telur dadar. Terbalikkan untuk memastikan atas dan bawahnya masak.

Senangkan? Selamat mencuba!!

Tips ibu: 

1. Jangan jadikan murtabak anda terlalu tebal untuk mengelakkan dalamnya lambat masak.
2. Gunakan kuali tidak melekat supaya kuantiti minyak dapat dikurangkan.
3. Untuk hidangan yang lebih sihat, boleh gantikan serbuk perasa kari dengan rempah kari.



Sedap dimakan begitu saja. Beef Keema Masala myChef sudah menguasai rasa. Tapi ada lebih, ibu jadikannya sebagai pencicah juga. Layan dengan Kari Ayam Nyonya Chef Florence pun sedap ni. Yummy!!


Yang ni penting. Bukti benar lagi nyata, memang ibu guna produk myChef untuk murtabak ni tau. Bukan yourChef ka, herChef ka, hisChef ka.. Hahaha.. Ibu Yusuf buat lawak ni, jom gelak ramai-ramai. Kih kih kih..


Beef Keema Masala signature series resepi dari Chef Liza..

Masakan daging kisar yang sungguh terkenal di Pakistan dan Utara India, dimasak dengan pelbagai rempah ratus yang aromatik bersama kacang pis. Hmmm.. Memang enak.

Jadi apa lagi, sila lah terjah bahagian sejuk beku pasaraya berhampiran anda dan dapatkan produk myChef sekarang. Masaklah ikut kreativiti masing-masing, kemudian jomlah kita meriahkan blog challenge ni.

Seperti biasa, kalah menang itu adat bertanding. Jangan lihat orang yang hebat hingga melihat diri kita terlalu kecil. Orang kecil tidak semestinya tidak boleh seiring dengan orang besar. Ayuh semua!!

Nota ibu: Ibu tidak melihat resepi semudah ini, persembahan gambar sesempoi ini mampu menang. Namun ibu percaya, penyertaan seperti ini adalah peluang untuk melangkah lebih jauh. Percayalah!! Setidak-tidaknya, seperti yang pernah ibu kongsikan di dalam entry INI.

Ps: Ibudah tanya di page myChef. Boleh hantar banyak penyertaan tau. Jom kita!! 

@@@@@@@@@@@

Update: Penyertaan ibu telah diterima oleh pihak myChef. Mohon sokongan kawan-kawan untuk LIKE page myChef dan penyertaan ibu di SINI. Terima kasih dan sayang kamu semua.. :D

26 comments:

  1. baru je jap td member ika bg resepi ni kat ika.hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah ada resepi tu apa lagi ika. Cuba jgn tak cuba. Lepas tu hantar kat kak zefa sikit ya.. :D

      Delete
  2. selalu jgk masakkn murtabak maggi ni utk anak2 and mr papapapito tp blm pernah attach skali beef masala..nmpak sedapkn..nanti nk cubala :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom cuba.. pastu join sekali blog challenge tu... :D

      Delete
  3. mak aii akak..rajinnya...
    ada competition rupanya ekk..?
    err...dayah nak pi tengok la..
    :)

    psst: senin nti dayah baru gi bank in lepas tu dyh email akak ek..!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok dayah. Pasal RM tu noted. Jom dayah, kita meriahkan blog challenge ni :D

      Delete
  4. salam,
    kkida akan support Zefa, poskan resepi ni ke facebook myChef...nanti kkida akan promokan kat blog 1001resepi...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tkasih kak ida. Bangun pagi tenyeh mata byk kali tgk murtabak zefa ada 1001 resepi. Tkasih banyak2.. :D

      Delete
  5. Tahniah Ibu Yusuf yang pertama buat posting utk myChef gourmet blog challenge. Sekarang boleh minta kengkawan like this posting kat sini ya.

    https://www.facebook.com/photo.php?fbid=503146729711985&set=a.500918973268094.133327.214061348620526&type=1&theater
    Promote jangan tak promote tau...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tkasih en fairuz. Penyertaan sy yang pertama rupanya. InsyaAllah sy akan promote.. :D

      Delete
  6. wahhhh...nyum2...Chef Liza tuh asal area YM duduk nieh,:) dier selalu je buat demo kat sini...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oooo, YM sekampung dgn Chef Liza ya. Datang demo mesti dpt rasa air tgn dia kan.. :D

      Delete
  7. ok nanti kita like, puasa ni kita belum sempat nak buat murtabak maggi ni, tapi akak punya murtabak memang nampak cantik dan sedap pastinya..iallah nak cuba resepi akak lepas ni..

    ReplyDelete
  8. nyum2...besnya nak kena cuba buat ni. Ada harapan ni nk menang...insyaAllah..;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin, amin, amin yaRabbal 'alamin. Jom kak, join.. :D

      Delete
  9. wah....nampak sedap sangat...nanti boleh cuba ni...tapi murtabak ni kalau nak cuba mesti time qayyum ada sebab qayyum ni peminat murtabak tegar hehehehe....

    ReplyDelete
  10. baru je teragak nak buat murtabak megi,tengok2 kak zefa dh buat.hari ni ke esok nak buatlah..tp sy punya simple jer la..letak sosej jer.hihi

    ReplyDelete
  11. kak zefa ta salah cube apa yg abg yusof cakap tuh..mane tau ade rezei..yg penting ilmu dalam tu mcm best je walau tak menang ;)

    p/s: saye stuju dgn abg yusof hensem!

    ReplyDelete
  12. Ok nanti akak like ye..
    Seumur hidup akak belum pernah buat murtabak maggi.. Tengok entri Zefa ni teringin pulak nak cuba. Anak2 mesti suka..

    ReplyDelete
  13. gud luck ye...wah bestnye dpt bikin sendiri murtabak tu...^^

    ReplyDelete
  14. Dtg tgk murtabak mee segera dan like No. 39
    Belum pernah cuba buat lagi...

    ReplyDelete
  15. mmg tak terpedaya dgn kata2 yusuf, sy tgk ibuyusuf nie emang pandai masak...sdp2 je tgk hehe... goodluck ye JA...

    ReplyDelete
  16. menariknya..good luck ibu yusuf n maryam! :)

    ReplyDelete
  17. sedapnya kak =) semoga berjaya tau....

    ReplyDelete
  18. hebatlah akk ni, bekerjaya ..masak pon mantop..nk cuba juga lah..tp kat mana lg yg ada produk mychef ye? selalu nmpak kat tesco je..Giant ada ke? good luck sis

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...