Follower

Wednesday, December 5, 2012

APA ITU DROPSHIP?


Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

 Syukur Alhamdulillah, page Asmara Collections di FB semakin berkembang perlahan-lahan. Bermula dengan hanya menjadi agen dropship sehinggalah mampu mempunya stok jualannya sendiri.

Apa itu dropship? Secara ringkasnya, dropship adalah perniagaan tanpa modal dan boleh digambarkan dengan carta di bawah..

Sumber google..

Okey, untuk menjelaskan tentang konsepni ibu cipta watak dan satu syarikat. Tak mau guna ibu dan Asmara Collections sebagai contoh, takut nanti di hujung cerita ada yang konfius. Watak utama adalah si Salmah dan Syarikat ABC. Ceritanya..

Salmah nak berniaga, tapi dia tak ada modal. Syarikat ABC yang menjual pakaian kanak-kanak menawarkan Salmah menjadi agen dropship untuk barang-barang dikedainya. Salmah bersetuju dan berdaftar sebagai agen dropship Syarikat ABC. Merujuk kepada carta di atas Syarikat ABC adalah droshipper dan Salmah adalah reseller.

Salmah pun diberi maklumat dan gambar yang berkaitan dengan produk jualan Syarikat ABC. lepas tu Salmah pun mula kempen di blog, di FB, kempen dengan jiran, kempen dengan kawan sekerja, atau kempen di mana-manalah..

Kempen punya kempen, ada pelanggan yang nak membeli barang dari Salmah. Salmah pun ambil order dan bayaran. Lepas tu Salmah beri pula maklumat tempahan tu pada syarikat ABC dan membuat bayaran.

Syarikat ABC akan menguruskan penghantaran barang kepada pelanggan.

Bagaimana Salmah untung?

Sebagai contoh, sepasang gaun kanak-kanak dijual dipasaran dengan harga RM85.00 tetapi Salmah hanya perlu membayar RM65.00 kepada Syarikat ABC untuk harga pakaian dan kos pos. maka Salmah untung RM20.00 di atas hasil jualan tersebut. Harga agen biasanya telah ditetapkan oleh droshipper.

Apa kelebihan yang Salmah terima?

Salmah tetap boleh berniaga walaupun dia tiada modal. Selain itu, salmah juga tidak perlu menyimpan stok dan tidak perlu memnanggung kerugian sekiranya barang jualan tidak laku. Untuk online bisnes pula, Salmah tak perlu susah-susah pergi pejabat pos sebab dropshipper yang akan uruskan. Salmah hanya perlu kempen dan mendapat keuntungan hasil jualan.

Menarikkan? Harap anda semua berjaya menghayati watak Salmah tu ye.. ekekeke..

Okey, selesai cerita Salmah!! Ibu nak kongsi berita gembira dengan kawan-kawan.


Serius, produk ini sedang hangat dipasaran dan sangat laris. Vitamin C dan collagen adalah makanan tambahan yang sangat digilai sekarang ini. Apatah lagi PMC+VC adalah gabungan dua perkara yang sangat dicari oleh wanita-wanita cantik di luar sana.



Selain dari itu, Asmara Collections juga menawarkan peluang dropship untuk InchLoss Lotion by Felinna Beauty. Semua orang mahu cantik dan kurus, dan tahukah anda bahawa produk pelangsingan adalah produk yang sangat laris di pasaran. 


 
 Buat kawan-kawan yang sedang mengintai peluang perniagaan, inilah masanya. Juga sesuai untuk kawan-kawan yang sedang mencari produk tambahan untuk dijual dikedai masing-masing. Tidak kiralah samada kedai alam nyata atau kedai alam maya. Yang penting barang jualannya adalah nyata dan wujud.

Sekiranya berminat untuk berbisnez bersama-sama ibu Yusuf dan Maryam jangan malu-malu, jangan segan-segan pm di page Asmara Collections atau FB Zefa Ibu Maryam.

Hingga jumpa lagi. Salam sayang buat semua.. :D 

   

 

8 comments:

  1. Salam Ziefa,

    Ooo.. baru tahu dropship tu apa. Sebelum ni memang ada terbaca istilah dropship ni tapi tak tahu apa (^_^)

    ReplyDelete
  2. kak zefa....i like..nanti sya pm..:)

    ReplyDelete
  3. izan betul2 menghayati citer salmah n sykt abc tu kak. dah faham dah apa tu dropship. menarik juga nih~

    ReplyDelete
  4. kak zefa, jemput singgah

    http://mawaddahestore.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. Rasa macam berminat je tapi sekarang belum boleh.. masih sibuk..

    ReplyDelete
  6. bagus gan infonya :)
    ini gan bisnis drpoship yang menjajikan.
    chek this => www.kiostiket.com

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...