Follower

Thursday, January 17, 2013

MENGATASI MASALAH KEDINGINAN SEKS SUAMI ISTERI (18sx)


Dengan Nama Allah Yang Maha pengasih Lagi Maha Penyayang

Entry ini ditulis pada hari Khamis malam Jumaat. Siang tadi, amboi-amboi.. beberapa rakan buat status ala-ala 18sx gitew. Ahahaha..

Ibu bukan nak ulas tentang hukum 'aktiviti' malam Jumaat itu ya. Hukum sunat jimak pada hari Jumaat dikatakan adalah khilaf di sisi ulama, ada yang kata sunat, ada yang kata tidak. Jadi untuk lebih pasti tanyalah Ustaz atau Ustazah ya..

Bercakap tentang 'malam Jumaat' bukan semua pasangan suami isteri teruja menghadapinya. Ini kerana ada sebahagian dari mereka berhadapan dengan masalah kedinginan dalam hubungan seks.

Kedinginan terhadap hubungan seksual seringkali menjadi dilema terutamanya para isteri. Menurut pakar, antara penyebab masalah kedinginan seks ini adalah:

- kepenatan dan kelesuan
- komitmen yang bertambah
- kurang rehat
- kurang masa untuk diri sendiri
- kurang nutrisi


Masalah ini kian meruncing tatkala seorang isteri itu baru menjadi ibu yang menyusukan anak. Seringkali menjadi keluhan para isteri kerana perasaan ingin bersama dengan suami semakin pudar.

Biasanya masalah ini seringkali dikaitkan dengan perubahan hormon. Ini kerana bukan sahaja ibu yang menyusukan, malah masalah dingin seks juga kadangkala berlaku semasa PMS (sindrom pra-haid), semasa hamil dan pra-menopos. Walau bagaimanapun, belum ada kajian lanjut yang melibatkan ujian darah terhadap hormon yang terbabit semasa masalah in melanda.

Di antara cadangan yang diberikan untuk mengatasi masalah kedinginan seks adalah dengan:

- mendapatkan rehat yang cukup
- merancang masa berkualiti
- membaca novel ata menonton filem romantik untuk mendapatkan mood
- memastikan cukup keperluan nutrisi
- mengurangkan pengambilan makanan segera, makanan ringan dan lain-lain (Sumber)



Selain itu, pengambilan vitamin juga mampu mengatasi masalah kedinginan seks. Vitamin yang terkenal dengan jolokan VITAMIN CINTA adalah Vitamin E..
Kebanyakan lelaki yang mengambil Vitamin E sekurang-kurangnya seminggu sekali akan mempunyai lebih tenaga dan menikmati hubungan suami isteri berbanding yang tidak mengambilnya.Manakala wanita pula yang mengambil sekurang-kurang nya selama tiga bulan, akan membantu meningkatkan “sexual desires dan menikmati hubungan CINTA dengan lebih baik.

Antioksidan yang seimbang dalam VITAMIN E bertindak menghalang penghasilan radikal bebas akibat tekanan. Nitrik oksida membantu pelancaran darah di alat sulit lelaki dan membantu ereksi yang lebih baik. Maka VITAMIN-E memang terbukti membantu lelaki terutama yang mengalami tekanan akibat kerja atau masalah kesihatan.

Pengambilan VITAMIN-E berdosage tinggi iaitu 600-800 IU setiap hari membantu badan wanita menghasilkan estrol dan progesterone untuk mengimbangi lebihan estrogen dalam badan.  Kondisi di mana “estrogen berlebihan” akan menyebabkan symptom PMS, seperti risau, kembung perut, sakit kepala, sengugut dan “mood swings”, yang sememangnya akan menganggu keadaan diri seorang wanita. (sumber)

Menariknya, vitamin E bukan sahaja hebat sebagai vitamin cinta, tetapi juga vitamin yang dikaitkan dengan kecantikan malah semestinya kesihatan umum. 

Khasiat Vitamin E 
  • Menjadikan anda tampak lebih muda dengan membantutkan penuaan sel yang disebabkan oleh radikal bebas
  • Melindungi paru-paru dari pencemaran udara.
  • Meningkatkan kuasa sel-T untuk melawan penyakit.
  • Anti oksidan.
  • Membekalkan oksigen ke sel-sel badan.
  • Mengurangkan risiko Alzheimer (nyanyuk).
  • Mengurangkan risiko keguguran bagi wanita hamil.
  • Menyelesaikan masalah kelesuan.
  • Mengurangkan risiko parut yang besar.
  • Merendahkan kadar kolesterol.
  • Membantu mencegah kanser.
  • Merendahkan risiko katarak (Sumber)
Pengambilan Vitamin semulajadi adalah sangat penting dalam menentukan kesihatan tubuh badan dari dalam hingga ke luar. 
 Vita-E Complex Shaklee yang sangat femes..

 Untuk keterangan lanjut hubungi:
Puan Zefa Nor Asmara Jubir
Shaklee Independent Distributor [ID No : 909824]
WhatsApp: 011 11537821
FB: Zefa Ibu Maryam

2 comments:

  1. apa lagi cpt order dengan kak zefa..:)

    ReplyDelete
  2. tq tips dan info yg menarik memang berguna utk pasangan suami isteri.

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...