Follower

Saturday, January 26, 2013

SUKA DUKA 12 RABIULAWWAL 1434H


Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Entry ini sepatutnya diterbitkan semalam (Khamis), namun dek sikap bertangguh ibu akhirnya sampai sudah tiada entry untuk semalam. Sesungguhnya ketentuan Allah adalah yang terbaik, maka yang suka semalam bertambah kedukaan untuk hari ini.

Semalam semua umat Islam menyambut sambutan MaulidurRasul. Semoga sambutan ini bukan sahaja untuk kita mengambil peluang 'bercuti umum' semata-mata, namun sebagai satu lagi penyebab untuk kita menyemarakkan lagi cinta dan kasih kita pada junjungan baginda. Sama-sama kita memperbanyakkan selamat dan salam ke atas Nabi Muhammad saw.

Semalam juga merupakan ulang tahun perkahwinan ibu dan ayah yang ke 10 tahun hijrah. Subhanallah, syukur alhamdulillah atas nikmat kebahagiaan yang Alah swt limpahkan kepada kami. Semoga bahagia ini bukan sahaja didunia, namun membawa cinta kami hingga keakhirat sana. InsyaAllah.. Amin..


Pengantin lama.. hihihi..


Yang ni baru pengantin baru.. Mana pengantin perempuannya? Boleh klik SINI ya..

Dalam kami melalui saat-saat gembira, Allah kirimkan kami berita yang menyentap kebahagian 'sahabat' ibu, Siti Mariam binti Bebakar. Suami beliau yang tercinta telah kembali ke rahmatullah pada petang 12 Rabiulawwal 1434H dalam usia 44 tahun. Meninggalkan seorang isteri dengan 3 orang anak yang kesemuanya masih kecil. Allahu, Allahu, Allahu Akbar.. Masih terasa menggigilnya tubuh itu tatkala membaca pesanan ringkas darinya tentang 'kehilangan' ini..

Sebagai seorang sahabat ibu hanya mampu memberi kata-kata semangat walaupun hakikatnya ibu sendiri tak dapat nak membendung air mata tatkala melihat wajahnya dan wajah anak-anaknya. Ibu titipkan doa semoga beliau kuat, tabah dan redha dengan ketentuan Ilahi ini.

Ibu menulis tentang ini tanpa pengetahuan beliau. Mohon jasa baik semua untuk tidak meninggalkan komen tentang ini diblog beliau sehinggalah beliau sendiri menyebutnya di D'shire Eden. Namun ibu mohon semua yang singgah di Jemari Asmara sama-sama menyedekahkan Al fatihah untuk Allahyarham Muhammad Adam Thongcharen bin Abdullah. Semoga rohnya dicucur rahmat Ilahi dan digolongkan bersama orang-oarang yang beriman.

Al fatihah..

7 comments:

  1. Hepy anivesary kak....

    Al fatihah n takziah buat keluarga siti mariam...

    ReplyDelete
  2. Al fatihah utk aruah,berat mata memandang,berat lg bahu memikul..slm maulidur rasul kak zefa..

    ReplyDelete
  3. Slmt ulangtahun.. semoga sentiasa berbahagia hingga ke syurga. Maaflah saya sudah pun tertinggal kan komen di blog mariam. Dpt tahu dari Marya. Terkejut sgt dgn berita ini. Semoga beliau tabah dgn ketentuanNya. Al-fatihah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tkasih UI.. Tentang siti mariam tu its ok, dia sendiri dah sebut di fbnya. Masa sy buat entry ni dia belum umum pd kawan2 secara online. Nanti sy update entry sy ni :-)

      Delete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...