Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Tahunni kami sekeluarga berpeluang sama-sama sertai perarakan Maulidur Rasul, alhamdulillah. Sebenarnya, ianya aktiviti untuk AJK Masjid dan Tadika Islam Al Hidayah. Tetapi memandangkan anakanda solehah kami terlibat, kebetulan sekolah Agama Yusuf cuti, dan ayah pun cuti (ayah tak sihat sebenarnya) maka kami sekeluarga join sekali. Ibu memang mohon cuti khas untuk sertai perarakan ni. Perarakan berlangsung pada pagi Jumaat 13 Rabiulawwal 1434H.
Jom layan beberapa keping gambar yang ada. Sebahagiannya dari kamera ibu dan sebahagiannya ibu ambil dari FB Masjid Al Hidayah.
Barisan hadapan membawa sepanduk sambutan Maulidur rasul.. Yang ni sah-sah dari FB masjid. Takkan ibu duduk depan sekali dan tangkap gambar ni kan? Ekekeke..
Encik kameraman ni salah setting kut. Kelabu je gambar.. Ehehe, jangan marah ya Encik kameraman..
Lagi gambar dari FB masjid. Uik, kenapa abang Yusuf depan sangat tu? Semangat betul sampai potong pakcik-pakcik dan atok-atok AJK Masjid.. Hihi..
Terima kasih tak terhingga buat Encik kameraman kerana tangkap gambar ibu. Hehe.. Ada gak kenangan..
Ada lagi gambar ibu, gambar Maryam pun ada. Cuba cari yang mana..
Ahhaaa.. yang ni baru kamera ibu. terangkan gambar? (kalau Encik kameraman baca blog ni dah kena dush ibu ni.. hehehe..). Yang berbaju hijau tu ayah Yusuf, depan sikit tu abang Yusuf. Orang lain pakai baju melayu, ayah dengan abang Yusuf selamba pakai t shirt. Belasah la labuuuu..
Yeay!! Maryam anak ibu semangat dan tak letih langsung berarak.. Ini pun gambar dari kamera ibu..
Anak solehah ibu..
Program pagi tersebut diiringi dengan hujan renyai-renyai, namun sedikit pun tak mematahkan semangat anak-anak kecil itu untuk sama-sama berarak.
Semoga dengan program seperti ini sedikit sebanyak menyemai rasa cinta kepada junjungan nabi Muhammad saw seawal mereka kecil lagi. Walaubagaimanapun, guru-guru perlu menerangkan kepada mereka apa tujuan perarakan ini dibuat barulah anak-anak akan jelas dan faham.
Ibu harap program seperti ini dapat diteruskan lagi. Hingga jumpa lagi, salam sayang buat semua.
Wassalam..
ibu yusuf yg pakai tudung ijau tu kot? hehe
ReplyDeletelama sgt tak join perarakan maulidurrasul..ntah bila masanya..
kak zefa setiap kali maulid nabi mesti teringat kak zefa sbb ulgtahun perkahwinan..rase mcm baru je wish utk tahun lepas..dah bertambah lagi setahun..muge jodoh berkekalan smpai syurga! ;)
ReplyDeletebagus program cmni utk semai perasaan anak2 cintakan Rasulallah..lg bagus satu famili join,dpt eratkan hubungan kekeluargaan juga..:)
ReplyDeleteamboi...jelesnya ummi tengok satu family ni sertai perarakan =) dah lama ummi tak sertai perarakan huhu.....
ReplyDeletesaya cuma memandang je masa perarakan hari tu.. kalau join jenuh la nk kejar si kembar tu :)
ReplyDelete