Follower

Saturday, January 12, 2013

PMCVC by FELINNA BEAUTY DAN ISU KKM


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Update pada 4 April 2013: Felinna PMCVC telah berwajah baru, dengan formula lebih hebat dan packaging lebih mantap. Lengkap dengan tanda halal JAKIM dan no pendaftaran KKM.

Tiada lagi kapsul berwarna biru putih.

Untuk wajah terbaru Felinna PMCVC baru, sila klik SINI. terima kasih.


*************
 
Lumrah dan adat kehidupan, setiap yang manis ada pahit. Setiap yang positif ada juga yang negatif. 

Sepanjang ibu bergelar seorang peniaga online, November 2012 - Januari 2013 adalah tempoh yang ibu panggil sebagai zaman kegemilangan. Atas rezeki Allah swt, ibu menerima tempias fenomena Felinna yang sedang melanda pasaran online. Dalam tempoh 3 bulan, ratusan Inchloss losyen dan Vitamin C Plus Pure Collagen (PMCVC) telah terjual di Asmara Collections.

Seiring dengan zaman kegemilangan, seiring itu jugalah komen-komen anonymous menghujani Jemari Asmara. Antara komen yang hangat adalah isu PMCVC tiada kelulusan KKM.

Isu ini sebenarnya telah dijawab oleh pihak Felinna Beauty melalu page rasmi mereka di FB. Namun, memandangkan soalan tersebut dilontarkan di Jemari Asmara, maka ibu bertanggungjawab untuk menulisnya di sini.

Kelulusan KKM bagi PMCVC adalah menggunakan kelulusan pihak kilang. Nama kilang perlu dirahsiakan atas sebab 'bussines privacy'. Pihak Felinna Beauty telah mengemukakan permohonan kelulusan KKM atas nama mereka, namun kita sedia maklum proses berkenaan bukan boleh selesai dalam masa yang singkat. Sebab itu, jika buat carian di KKM atas nama PMCVC by Felinna Beauty memang tak ada.

Walaubagaimanapun, PMCVC telah melepasi kelulusan untuk ujian makmal untuk proses seterusnya. PMCVC adalah produk yang dikilangkan dikilang bertaraf GMP dan merupakan produk keluaran Muslim malah telah mendapat kelulusan dari pihak JAKIM.

Bagi untuk mengelakkan kekeliruan, atau jawapan berbagai versi, molek untuk ibu tidak menjawab apa-apa soalan yang akan ditimbulkan dientry ini. Sebarang soalan boleh diajukan terus kepada pihak Felinna Beauty melalui info.raffelinna@gmail.com


 Felinna Beauty di Mingguan Wanita

Terkini, cerita tentang fenomena Felinna telah dipaparkan di Mingguan Wanita. Secara peribadi, ibu tidak rasa Puan Felinna sanggup menanggung risiko dengan memasarkan produk yang tidak selamat dan melangkah lebih jauh dengan membuat pengiklanan dimedia.

Di luar sana banyak produk yang tiada kelulusan KKM malahan tiada kelulusan JAKIM atau pun mana-mana badan Islam yang diiktiraf JAKIM, tapi masih laris dipasaran. Banyak kalau nak ibu senaraikan di sini, tapi bagi ibu ianya tidak perlu.

Sebagai pengguna kita perlu bijak memilih. Pilihan ditangan anda, pilih produk yang benar-benar meyakinkan anda tetapi tidaklah perlu menjatuhkan produk orang lain. Setiap produk ada kelebihan dan kekuatan masing-masing.

Syukur alhamdulillah, Inchloss Lotion sudah melepasi saat-saat getir yang dilalui sama seperti adiknya PMCVC. Dulu Inchloss Lotion kena 'tibai' juga, tapi bila keluar kelulusan KKM atas nama Felinna Beauty, isu sudah pun reda. Malah Inchloss Lotion mendapat kepercayaan ramai dan dikatakan telah mencapai jualan sehingga angka juta. 

Sekiranya anda berkeyakinan dengan produk Felinna Beauty, berminat dengan bisnes, jom sama-sama merasai fenomena Felinna.

 
 Untuk keterangan lanjut hubungi:
Puan Zefa Nor Asmara Jubir

Call/ sms: 012 3659728 WhatsApp: 011 11537821
Ps: Untuk makluman, pihak Felinna Beauty tidak menjual secara langsung kepada pembeli. Pembelian boleh dibuat daripada stokis atau pengedar. Terima kasih
 
 

1 comment:

  1. mmg tgh meletup2 produk nie..semoga rezeki semakin bertambah..:)

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...