Follower

Friday, January 7, 2011

07.01.2011: Ibu Kembali Bertugas..

**********

Bersiaran dari pejabat.. ngeee.. ambil masa kerja sikit.. tapi takpe, tengahari ini ibu ada tugasan di mahkamah.. ada 2 kes untuk di selesaikan.. mesti lajak waktu rehat punyelah.. hehe..

Hari ini hari pertama ibu bertugas pada tahun 2011.. 4 hari sebelum ini ibu sendiri menguruskan anak-anak dari A-Z.. hari ini ibu mula sub sebahagian kepada Taska.. tugasan biasa seperti gosok baju, periksa bag, mandikan adik (abang mandi sendiri), sediakan sarapan dan sediakan bekal tetap tanggungjawab ibu.. anak-anak hanya makan tengahari sahaja di Taska.. hari ini ibu bangun seawal jam 3.30 pagi.. ngeee.. awalkan?

Jasad ibu di pejabat.. hati dan perasaan ibu tetap pada anak-anak. Lagi-lagi mengenangkan Maryam Nabihah yang menaiki van ke sekolah dalam usia yang masih terlalu kecil (3 tahun 5 bulan).. juga mengenangkan takutnya andai tragedi 05.01.2011 berulang..

Tapi ibu sangat bangga dengan anak-anak ibu.. mereka anak-anak yang mampu berdikari dalam usia seperti mereka.. (air mata ibu mula bergenang..)

Balik kembali kepada tajuk asal.. (lari tajuk la pulak ye..?)

Tahun ini tahun ke 11 ibu berkhidmat dengan kerajaan.. (hampir 5 tahun dengan Jabatan sekarang).. alhamdulillah, merasa juga APC tahun 2009..

2009-2010 menyaksikan ibu sangat-sangat workhard dalam kerjaya.. atas desakan NKRA.. terlalu banyak masa untuk anak-anak ibu terkorban..

Hari ini ibu mulakan tugas dengan semangat juang yang ibu tanamkan dalam sanubari..

Tahun 2011 adalah tahun penuh perhatian untuk ANAK-ANAK..

Kerjaya? Seiringlah.. kerjaya tetap satu tanggungjawab.. tapi apa-apa pun ANAK 1st!!!


Gambar hiasan semata-mata.. ini kenangan Puan Zefa bersama anak-anak buah dalam satu program anjuran Jabatan..





6 comments:

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...