Follower

Thursday, January 27, 2011

Tidak Rugi Berkongsi Ilmu.. Maaf!

Assalamualaikum wbt..

Hari ini blog Jemari Asmara kesayangan ibu berusia 2 bulan 4 hari. Kasih yang disemai semakin bertunas dan berkembang.. Semangat untuk berblogging terus membara.. ewah! kemain lagi ayat..

Serius, ibu masih ada rasa rendah diri dalam dunia baru ini. Lantaran ilmu yang terlalu cetek dalam bidang ini. Alhamdulillah, melalui dunia blog.. ibu mengenali ramai sahabat-sahabat baru yang sudi membantu ibu menambah ilmu.

Semalam, ibu tulis satu n3 Membetulkan Tetapan Tarikh & Masa Blog. Niat asal, n3 itu untuk catatan peribadi ibu dan ditujukan buat seorang sahabat yang juga baru berblogging dan mengalami masalah tarikh & masa yang tak betul. Dalam hati ibu, siapalah ibu untuk berkongsi ilmu itu.

Hakikatnya, berdasarkan komen yang diterima.. n3 ibu semalam telah membantu beberapa sahabat yang lain juga. Alhamdulillah..

Pengajarannya, tidak rugi berkongsi ilmu. Rasulullah saw sendiri pernah berpesan: "Sampaikanlah (kebaikan) walaupun 1 ayat".. (betulkan kalau ibu silap)..

Maaf juga dari ibu.. atas penggunaan istilah 'rabun IT'. Ibu tujukan untuk diri sendiri sebenarnya..

Salam sayang buat semua...


3 comments:

  1. tq kak zeffaatas ilmu yg di tunjukkan.....

    ReplyDelete
  2. Betul.. ilmu yang bermanfaat yang dikongsi akan menambahkan pahala si pengajarnya..

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...