Follower

Wednesday, January 5, 2011

Kejadian 05.01.2011 - Lemah Seluruh Tubuh Ibu!!

Catatan ibu: 05.01.2011.. situasi ibu: baru balik ambil Maryam Nabihah dari sekolah dengan tubuh masih menggigil..

Hari ini berlaku satu kejadian yang buat tubuh ibu terasa lemah, menggigil sehingga sekarang dan masih menitik air mata bila teringat. Jemari Asmara ibu mencoret kisah ini, bukan untuk membuka silap diri kepada semua.. tetapi moga-moga akan dijadikan pengajaran..

Kisahnya..

Jam 12.30 tengahari waktu Yusuf Nabhan tamat waktu sekolah.. mula jam 12.40 ibu sudah terjenguk-jenguk diluar.. rindu sangat-sangat pada anak ibu.. walaupun baru setengah hari berpisah.. hingga jam 1.00 petang anak ibu tak muncul-muncul lagi.. ibu mula resah..

Jam 1.10 petang, ibu dengar suara anak ibu memberi salam.. ibu dengan langkah riang membuka pintu.. anak ibu seorang.. ibu tanya, "Mana Nenek Saadiah (pemandu van sekolah)? Mana ayah?".. Yusuf Nabhan dengan suara perlahan menjawab, "Abang balik jalan kaki, Nenek Saadiah tak ada, ayah pun tak ada". Allahu Akbar, ibu terus terduduk masatu.

Sebenarnya, bermula semalam ayah dan latih Yusuf Nabhan naik van sekolah.. dan ayah akan ikut dari belakang naik motor.

Selang beberapa minit Yusuf Nabhan sampai, ayah pula sampai.. rupanya Yusuf Nabhan keluar ikut pagar yang lain.. sebabtu dia tak jumpa nenek Saadiah dan ayah.

Hingga n3 ini ditulis, ibu masih ada perasaan marah pada ayah.. (Astaghfirullah.. dosa ibu kan?). Ibu rasa apa yang berlaku kerana kecuaian orang dewasa, anak ibu tidak salah.. (air mata ibu jatuh lagi..) Sebenarnya ibu tahu kenapa ayah tak cari, sebab takut bila Yusuf Nabhan sampai di pagar utama ayah pula tak ada..

Ibu tak mampu nak tulis lebih panjang. Ibu harap, kisah ini akan dijadikan pengajaran kepada semua ibubapa di luar sana..


Muhammad Yusuf Nabhan.. Permata Hati Ayah dan Ibu..

9 comments:

  1. Alhamdulillah semua slmt,izan baca pun suspen...

    kalau izan d tempat akak pun,izan akan rasa mcm akak rasa tu... comey btol boboy akak berbaju sekolah...

    ReplyDelete
  2. Salam izan.. alhamd.. thanks izan.

    ReplyDelete
  3. ibu...jauh ke rmh n sekolah..takut ummi bc citer ni..esok pesan pd yusuf ayah /van tgu pagar mn...ish.xtau nk cakap mcmmn sbb terbyg2 yusuf balik jln kaki sorang2

    ReplyDelete
  4. Ummi.. jalan kaki dalam 20 minit la juga.. ibu pun takut nak byg kan situsi dia jln sorang2.. huwaaa.. nak nangis lagi.. (masani dia takde, ikut ayah pg masjid)..

    ReplyDelete
  5. ibu mana yg tak risau kaann...dah la baru masuk sekolah. Alhamdulillah semua ok.

    ReplyDelete
  6. LL: sampai ke mlm sy still peluk dia.. n pesan byk kali.. jgn buat lagi..

    ReplyDelete
  7. Salam ibu..

    Kebanyakan para bapa ni memang jenis tak berapa nak amik kisah sangat benda2 mcm ni.. Bukan diorg tak risau, tapi kerisauan tu tak ditunjukkan sebagaimana sang ibu menunjukkan kerisauannya..

    Apapun, benda ni tak bleh amik mudah.. Jangan marahkan suami ibu, sebaliknya ajak beliau berbincang agar perkara spt ini tak berulang lagi...

    Lebih baik kita mencegah sesuatu perkara buruk itu drp terjadi..

    Ibu kena banyak bersyukur kerana anak ibu selamat... Semoga Allah memelihara keluarga ibu drp sebarang mara bahaya ;)

    ReplyDelete
  8. Wsalam ust..

    Terima kasih atas nasihat yg diberi..

    ReplyDelete
  9. cian nyer dia..huhu..nasib baik selamat..

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...