Follower

Sunday, May 20, 2012

5 SENAMAN KECILKAN PEHA


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Pernah dengar nama Kevin Zahri? Jujurnya, ibu Yusuf tak pernah pun. Tapi sekarang ibu dah tahu dah siapa dia. Dia tu seorang Health Instructor yang juga seorang model. Hensem orangnya.. Errk, melalut.

Sebenarnya, ibu Yusuf dah mula melancarkan misi turunkan berat badan. Tapi tidaklah beria-ia sangat lagi. Setakatni cuma tak makan malam, siang makan je macam biasa. Bila semangat tengah membara ni maka rajin lah google sana sini. Tu yang jumpa kevinzahri.com. Memang banyak panduan kesihatan di sana.. Untuk harini, ibu nak kongsikan salah satu artikel yang ada di dalamnya. 

5 Senaman Kecilkan Peha:

Sesetengah orang mempunyai bentuk badan seperti buah pear. Bahagian seperti pinggul dan peha kelihatan berisi dan tidak seimbang dengan bahagian atas badan anda. Sekiranya anda mengalami masalah ini, sudah tentu anda tercari-cari bagaimana cara untuk mengecilkan bahagian peha anda. Antara cara yang biasa kita lihat di sekeliling kita ialah dengan berlari atau jogging, berjalan atau ‘walkathon’, dan berbasikal. Tiga cara ini adalah sangat sinonim untuk mengurangkan lemak di bahagian peha. Adakah anda terfikir cara lain untuk mengecilkan peha anda? Berikut merupakan langkah-langkah aktiviti yang boleh anda lakukan untuk mengecilkan bahagian peha anda:


1. 'Kerusi bayangan'

Berikut adalah panduan untuk senaman "kerusi bayangan":
  • Berdiri tegak sambil bersandar pada dinding.
  • Rehatkan tangan pada dinding dan turunkan badan perlahan-lahan. Turunkan badan sehingga kedudukan badan seperti sedang duduk. Bayangkan anda sedang duduk di atas kerusi.
  • Bila anda sudah ‘duduk’, cuba bertahan selama mana yang anda boleh sebelum anda berdiri tegak semula. Kebanyakan orang hanya boleh bertahan untuk beberapa saat sahaja pada permulaan. Setelah membiasakan diri, anda pasti akan dapat bertahan lebih lama.
  • Pastikan badan anda tegak semasa 'duduk'.
  • Cuba capai 10 saat pada permulaan, dan bertahan sehingga 1 minit setelah melakukannya beberapa kali. Lakukan 5 kali setiap hari.
Latihan ini agak mencabar kesabaran dan kekuatan mental anda. Mula-mula mungkin susah, tapi kalau dah lama-lama, anda mesti rasa sudah biasa.

2. Pergerakan "menggunting"

Latihan ini menumpukan bahagian peha sebelah dalam. Senang sangat! Baring atas lantai dengan kedua belah tangan di sisi. Angkat kedua belah kaki lebih kurang 45 darjah. Bayangkan pergerakan gunting semasa memotong kertas. Silangkan kaki anda dengan kaki kanan bersilang di atas kaki kiri. Kemudian, tukar kaki kepada kaki kiri pula bersilang di atas kaki kanan. Ulang langkah ini 12 – 15 kali untuk setiap set. Anda akan dapat rasa tekanan di otot-otot bahagian peha anda. 

3. Pusingan bulatan

Baring mengiring di atas lantai dengan sebelah tangan anda ke atas (baring berbantalkan lengan anda) dan letakkan tapak tangan sebelah lagi di atas lantai di hadapan perut anda. Angkat sebelah kaki ke atas setinggi yang boleh. Tarik nafas, dan pusingkan kaki yang anda angkat itu mengikut pusingan jam. Gerakkan seluruh kaki tanpa menggerakkan pinggul anda. Buat pusingan jam sebanyak 5 kali sebelum ulang langkah tersebut menggunakan kaki yang sebelah lagi pula. Lakukan sehingga 10 set jika boleh. 

 

4. Pakai kasut tinggi!

Kalau sebelum ini kita memerlukan alasan untuk pakai kasut tinggi, inilah masanya! Memakai kasut tinggi boleh membentuk otot betis dan peha. Walaupun kita kena beringat yang amalan memakai kasut tinggi ini boleh memberi kesan buruk kepada kaki dan postur, oleh itu anda perlulah berhati-hati! Kajian mengatakan bahawa kita tidak sepatutnya menggunakan kasut tumit tinggi yang melebihi 2 inci!


5. Melompat di atas trampoline

Melompat di atas trampoline ini sangat baik untuk peredaran darah dalam badan, pembakaran lemak, meningkatkan metabolism, mengurangkan selulit dan membentuk kaki yang cantik. Lakukan aktiviti ini selama setengah jam dapat membakar hampir 200 kalori dalam badan. Ia juga aktiviti yang sangat menarik yang anda boleh lakukan bersama keluarga mahupun rakan-rakan anda!
Aktiviti-aktiviti ini perlu dilakukan dengan sokongan pemakanan yang berkhasiat dan sihat secara konsisten. Semakin konsisten latihan disusuli dengan pemakanan yang sihat, semakin cepat anda boleh melihat hasilnya. :)

Ps: Ada gambar-gambar sokongan di SINI. Ibu tak copy sebab seksi. Ngeee..


Peluang jana pendapatan. Klik!!

7 comments:

  1. kak zefa, saya pun selalu ke laman web Kevin Zahri ni...mmg byk info dan tips berguna hehe

    ReplyDelete
  2. wah.. ibu, misi menurunkan berat ye.. samela farah pun.. alhamdulillah.. dah nampak hasilnye.

    ReplyDelete
  3. yus pun makin rajin ke kevinzahri.com . Mmg banyak tip menarik. Jom kita turun berat sama2. Yus baru turun 6.1kg sejak memulakan misi 1 bulan 3 minggu yang lalu. Harap makin berjaya...:)

    ReplyDelete
  4. selamat mengecilkan paha ye.

    ReplyDelete
  5. Mesti cuba ni sebab sejak akhir-akhir ni bila berjalan peha dah mula bersentuh-sentuhan.. ngee

    ReplyDelete
  6. best nie dah ada geng dlm misi menurunkan berat badan.hehe..

    tp cara nie semua macam ssh jer nak buat.,sy lagi rela pegi jog,jalan laju n skipping.hehe..esok sy nak cuba atkins diet plak.doakan sy bley bertahan ye..:)

    ReplyDelete
  7. di tempat akak kami ada melancarkan program bersama jabatan kesihatan.. 10 ribu langkah sehari dengan berjalan kaki shj.. oleh itu akak sarankan jika zefa xde masa berbuat demikian.. g keje letak parking jauh skit dari office dan jgn gunakan lift... amalkan slalu,boleh ikut x?

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...