Follower

Thursday, May 24, 2012

AIR BUAH @ GERAI DUSUN TOK ABAH KAMPUNG BARU, KUALA LUMPUR

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Khamis yang kian menghampiri tengahari. Baru la jemari ni berkesempatan nak tergedik-gedik buat entry. Itupun ibu cuma nak kongsi cerita yang dah lama terperam. Walau dah lama tapi nak juga kongsi cerita.

Dua minggu lepas, ibu dan rakan-rakan pejabat buat rombongan Puan Maz ke Kuala Lumpur. Ye lah, nama bos ibu Maznah.. jadilah nama rombongan tu rombongan Puan Maz. Hoho.. Suka suki bagi nama. Ramai juga lah rombongan malam tu, hampir 30 orang. Sebenarnya kami pergi ke majlis pelancaran satu program Ibu Pejabat yang diadakan di Chow Kit.

Selepas beredar dari majlis, kawan-kawan ajak minum air buah di Kampung Bahru. Tapi tak semua pergi, 15 orang je join acara minum-minum ni.

Kawan ibu bawa ke satu gerai air buah namanya Dusun Tok Abah di Jalan Raja Uda. Geraini jual air buah je, tapi nak makan tak ada masalah. Boleh order dari gerai-gerai yang berhampiran. Mereka akan datang ambil order dan hantar makanan.

Satu kelainan pada geraini, air dihidang dalam jag tau. Tapi kita hanya dikenakan bayaran atas kiraan gelas sahaja. 1 gelas RM2.00 sahaja. Boleh tambah banyak kali sampai habis air dalam jag. Memang kembong air kami semua malam tu. Kihkih.. kelakar lak bila teringat malam tu tiba-tiba semua mengandung. Mengandung air buah. Haha..

Air mangga.. Kepekatan air sederhana sahaja, tapi sesuai dengan harga..

Saiz gelas.. RM2.00/ gelas. Malam tu kami 15 orang, jadi cuma bayar RM30.00 sahaja untuk 3 jag air.


Saiz jag, anggaran 2.5L. Isian penuh air tembikai dan jus oren.. Memang kembong perut nak menghabiskannya..

 
Sign board gerai yang.. alahaiiiiiii..

Geng wanita dengan bos. Inilah golongan minoriti pejabat kami, staf 35 orang tapi wanitanya ini jelah. Sorang tak ada dalam gambar.

Secara keseluruhannya, okeylah. Penilaian boleh dilihat dari pelbagai sudut. Kepekatan jus, sederhana tapi sedap dan sesuai dengan harga. Kuantiti, sangat banyak dan sangat berbaloi dengan harga. Cuma dari segi kebersihan, faham-faham ajelah persekitaran Kampung Baru macammana. Ibu tak perlu komen yang itu lah ye..

Okey, itu sahaja catatan ibu Yusuf kalini. Hingga jumpa lagi..

Ps: Ibu Yusuf banyak hutang blogwalking blog kawan-kawan. Ibu Yusuf minta ampun dan maaf, insyaallah nanti ibu bw slow-slow ya. Sayang kamu semua..

 




15 comments:

  1. serius..air tu buat saya kecur liur..nasib baik tak mngidam..kalau tak...mau nanges ni..heheheh

    ReplyDelete
  2. 15 orang tia jug meamng kembunglah hahaha... tapi bila dah ramai-ramai syok juga. Yg lagi 15 tu mesti tak tahu air jus tok abah ni special..:)

    ReplyDelete
  3. dah lama jugak tak minum air buah. last time minum masa balik Ganu.

    ReplyDelete
  4. Bestnya dpt minum air buah byk2. Biasanya minum segelas je..

    ReplyDelete
  5. air buah fresh...memang menyelerakan..

    ReplyDelete
  6. teguk air buah memang sedap kan

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum..

    berbaloi sungguh harga air buah tu untuk 3 jug kan.. mane nak cari wooo.. kalau kat KL ni, air sirap ke, bandung ke, 1 jug pun dah bape dah.. mmmm jeles mak u..

    ReplyDelete
  8. Minum air buah yg fresh,sedapnya.....

    ReplyDelete
  9. salam zefa..acik pun paling suka air buah..pi mana2 pun order tu jugak..kalau dapat sampai gerai ni..maunya semua air buah nak dicuba.

    ReplyDelete
  10. tgk tajuk n3 ingatkan p terjah dusun abah rupanya p minum jus ek.....wow..berbaloi2...

    kalau kt sk mana2 sk ni, cikgu2 lelaki dh makin pupus tau zefa..sekolah akak cikgu perempuan 3/4 tau...syok!!!!

    ReplyDelete
  11. kakak2 kite kalau pegi jalan tar shopping mesti singgah kg bau..pelbagai pilihan makanan katenye yang sedap2..tgk ai tu pun mcm best je segelas rm2..memang kembonglah tgk jug tu heheh

    ReplyDelete
  12. Best tu air Buah tok abah...kalau students tok abah bg diskaun oooo....

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...