Follower

Wednesday, June 27, 2012

UJIAN ALLAH KALI KEDUA.. BELAJAR UNTUK LEBIH TABAH..


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Berita tidak gembira untuk dicatatkan di Jemari Asmara. Bukan catatan berkeluh kesah, sekadar satu rakaman untuk tragedi yang telah berlaku..

Isnin, 25 Jun 2012.. Kami sekeluarga menerima ujian dari Ilahi. Rumah kami dipecah masuk..

Kronologi ringkas:

7.30 pagi: Ibu keluar rumah pergi kerja

7.40 pagi: Ayah keluar rumah pergi kerja (pintu dan pagar sudah dipastikan berkunci rapat)

12.15 tgh: Ibu terima panggilan dari jiran, bertanya ibu di mana dan siapa ada dirumah. Ibu jawab, ibu di pejabat. Jiran ibu bagi tau pintu rumah ternganga. Ibu terus call ayah..

12.40 tgh: Ibu sampai di rumah, ayah dah sampai dulu. Pintu terbuka dan rumah berselerak digeledah. Ibu pastikan apa yang hilang..

12.50 tgh: Polis peronda tiba

1.00 ptg: Ayah ke Balai Polis buat laporan (sepanjang ayah di balai 2 orang jiran temankan ibu di rumah)

2.00 ptg: Ayah sampai di rumah

5.00 ptg: Polis penyiasat tiba

11.30 mlm: Sesi mengemas rumah selesai..

Alhamdulillah..


Ramai yang bertanya apa yang hilang. Hanya barang-barang kecil yang berharga diambil. Laptop, broadband, barang kemas, handset dan duit. Kerugian pada kerosakan pada 2 tingkap, manakal gril pintu depan dan pintu utama rosak teruk. Alhamdulillah, Allah tetapkan masih ada rezeki yang tinggal buat kami. Yang besar-besar tidak diambil.

Ini kejadian kali kedua menimpa kami. Kali pertama dulu masa kami menyewa di Subang Perdana. Masa tu ibu down habis..

Alhamdulillah, kejadian kali ini ibu lebih tabah. Berjaya menanam erti redha yang sebenar dalam diri. Yakin bahawa percaturan Ilahi buat hambaNya adalah yang terbaik.

Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah, perginya juga atas kehendah Allah. Itu pasti..

Terima kasih buat semua sahabat-sahabat terutama sahabat alam nyata dan sahabat FB yang telah maklum kejadian yang berlaku. Sesungguhnya doa dan kata-kata semangat dari kali buat ibu lebih tabah.

Sekian catatan ibu Yusuf dan Maryam. Salam sayang buat semua..

ps: Mohon sokongan kawan-kawan support satu GA yang ibu sertai dengan klik link INI. Terima kasih..



16 comments:

  1. alhamdulillah tade ape..proifesional bewtul diorg ni..ngeri bace enty ni kak..

    insyaAllah ade rezeki besar nak masuk tu ;D

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah juga ada jiran2 yang prihtin.masa dulu acik dok kuters rumah dipecah masuk berbgai rasa yang timbul..semoga zefa tabah..

    ReplyDelete
  3. semoga tabah dan dipermudahkn segala2nya..amiinnnn :))

    ReplyDelete
  4. huda ada baca status akak kat fb tp huda x komen..innalillah kak..Allah maha tahu apa yg berlaku..mmg sedih tapi kita kena redha kan..malam2 huda pun risau kalau2 ada yg mencurigakan..

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah... sekurang2nya akak sekeluarga msh slmt.

    ReplyDelete
  6. Ya Allah Zefa! Moga Zefa sabar dan tabah dengan ujian ini. Ngeri juga kan bila rumah di pecah masuk. Apa pun alhamdulillah masa tu tiada sesiapa di rumah, sbb kalau ada orang lagi trauma rasanya...

    InsyaAllah Allah gantikan yang hilang itu dengan yang lebih baik.

    ReplyDelete
  7. Salam Zefa...Semoga zefa sekluarga tabah.Ngeri gak k.atie baca kisah pecah masuk umah camni.
    harap2 kat taman k.atie ni xder la pekara camni..tambah2 k.atie selalu kat umah sorang2 bila suami g keje.Sbb tu pintu umah mmg sentiasa brkunci.

    ReplyDelete
  8. takziah kak atas ujian yang menimpa. insyaAllah Allah akan gantikan dengan yang lebih baik lagi barang-barang yang hilang tu

    ReplyDelete
  9. semoga zefa sekeluarga tabah & redha dgn ujian allah ini. Take care..

    ReplyDelete
  10. Bila cerita dgn suami, dia kata s.alam pun ada mencuri juga. Saya ckp pencuri tak kira di mana pun ada ;) takut juga bila dgr kes2 mcm ni. Lebih2 lg bila kita ada dlm rmh. Insyaallah ada rezeki lain Allah nk bg.

    ReplyDelete
  11. Salam Ibu,
    Semoga ibu tabah menghadapi ujian ini, semoga Allah melindungi ibu sekeluarga.

    ReplyDelete
  12. sabar ye kak..insyaAllah pasti ada percaturan yg lebih baik untuk akak sekeluarga

    aiii ngeri nya dgr citer kes pecah rumah ni

    ReplyDelete
  13. salam ibu... moga lebih tabah
    setiap yg diuji adalah insan yg disygi dan pasti apa yg diuji ada hikmat disblknya

    ReplyDelete
  14. Moga Zefa sekeluarga terus sabar & tabah dgn ujian yg menimpa..

    ReplyDelete
  15. dua tahun lepas rumah deno masuk pencuri juga... hilang duit dan laptop.. lps kejadian tu, rasa trauma tak hilang lagi.. kdg2 duk umah sorang pun takut... duldu tak...

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...