Follower

Thursday, February 9, 2012

KISAH DI SEBALIK CINCIN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah, 12 RabiulAwwal 1433H yang lepas.. genap 9 tahun hijrah perkahwinan ibu Yusuf dan Maryam. Terima kasih atas ucapan dan doa dari teman-teman dalam entry 12 RABIULAWWAL 1433H.. 9 TAHUN BERSAMA.. ALHAMDULILLAH... (klik)


Inilah gambar yang ibu edit dan letak dalam entry tersebut.. :D

Puan Kutu tanya, tak ada gambar yang lagi jelas ke? Sebenarnya, gambarni memang diilhamkan sedemikian rupa. Ibu letak cincin atas gambar kahwin, snap dan edit sikit-sikit.. Memang ibu blurrkan gambar pengantin yang cantik tu. Hik hik hik.. Sekarang pengantin tu dah tua pun.. :D

Anisalya pula tanya, tu cincin kawin ke? Meh ibu nak cerita, tentang kisah di sebalik cincin tu..

Alkisahnya, tu bukan cincin kahwin. Kami kahwin tak bercincin, sebab masa acara-acara sebelum kahwin dah dapat 3 cincin. Ayah hadiahkan ibu seutas gelang tangan pada hari pernikahan. Ibu tak pernah bukak pun gelang tu kecuali semasa bersalinkan Yusuf dan Maryam..

Lorr.. Tercerita pasal gelang la pulak. Okey, balik cerita cincin.. Sama dengan cerita Nida yang kata cincinnya dah tak muat, semua 3 cincin ibu tu dah tak muat selepas 3 tahun kahwin. Jemari menggemuk dah.. Huhu..

Maka cincin-cincin tu tidak lagi menjadi perhiasan jari. Ibu sangkut 4 cincin (termasuk cincin mak bagi) di rantai. Lama-lama rasa serabut pulak, ibu pun buka dan simpan dalam laci..

Malang tak berbau.. Rumah sewa kami (masa tu duduk Subang Perdana..) kena pecah masuk masa kami pergi kerja..

Semua barang kemas yang penuh kenangan hilang dek manusia yang sungguh jahat itu. Alhamdulillah, cincin -cincin sahaja.. Rantai dan gelang ibu pakai..

Turut hilang tabung Yusuf yang penuh dengan syling 50 sen, kamera compact yang baru 2 minggu beli dan beberapa buah handphone ibu. Sejak ibu ada handphone, setiap kali beli baru ibu tak pernah trade in tau. Ibu simpan buat kenangan.. Tapi apa kan daya, manusia jahat itu telah maragut kenangan-kenangan ibu..

Sedih memang sedihlah. Tapi apa nak buat, benda dah jadi. Redha dengan ketentuan Allah, semua tu pun adalah pinjaman dariNya juga..

Sebagai ganti, selepas kejadian ayah belikan ibu cincin baru.. Cincin dalam gambar tu lah cincinnya. Cincin tu ibu sentiasa pakai ke mana-mana kecuali kalau di rumah..

Itulah dia, kisah di sebalik cincin..

Terima kasih kerana sudi singgah di Jemari Asmara dan membaca coretan ibu.. Salam sayang buat semua..


15 comments:

  1. oklah tu.. ade rezki dapat cincin baru.. alhamdulillah. canik pulak tu...

    ReplyDelete
  2. ya Allah..mmg sedih kan bila ingat balik barang yg kita sayang hilang...saya pun kehilangan 2bentuk cincin dan seutas gelang pd 20/12 yg lepas..byk kenangan betul dgn brg2 tu semua termasukla laptop yang penuh dgn gmbr2 waktu zaman bujang,tunang n gmbr mawar..alahai..bukan rezeki kita wahai kak zefa..nasib baik cincin tunang n kahwin sentiasa dijari..kalau x..lagi la menangis xberlagu..pape pun,pakai la sentiasa..krn itulah lambang ikatan perkahwinan..=)

    ReplyDelete
  3. cincin nikah dulu pun dah ketat tapi BSB pakai juga..hheee. Zefa nak tanya pasal misteri nusantara janda baik yg zefa tulis dlm komen BSB...apa misteri nyerr...

    ReplyDelete
  4. selamat hari ulangtahun perkahwinan yang ke 9 ya ibu Yusuf dan Maryam...

    Saya pun takde cincin perkahwinan. Husband hadiahkan rantai dan di buka masa bersalin dan masa operate mata hari tu saja...

    ReplyDelete
  5. itu ke kisahnya. mmg sedih kalau cincin kesayangan hilang kan? alhamdulillah... dah nak masuk 5 thn kawen cincin kawen dgn tunang muat lg kat jari. ttp longgar mcm mula2 dulu. motip? hehehe...

    ReplyDelete
  6. Memang sedih jika brg kesayangan hilang. Apa2 pun, alhamdulillah dah dapat penggantinya..

    ReplyDelete
  7. memang dah xde rezeki akak dgn cincin tu kak.. takpelah dapat yg baru kan..

    ReplyDelete
  8. kesiannya.. semua kenangan telah di ragut pencuri...

    ReplyDelete
  9. oh lupa nak ucapkan selamat ulang tahun perkahwinan genap ke 9 tahun...semoga tetap bahagia untuk selamanya...

    ReplyDelete
  10. Salam Zefa NorAsmara,

    Takut sungguh kak Ros bila dengar pasai penjenayah ni.....

    Syukur alhamdulillah dapat cincin baru...cantik sangat...

    ReplyDelete
  11. sedihnya kn bila barang kesayangan kita..apa lagi kenangan kita dgn yg tersayang tu kan hilang...apa buleh buatkn...x de rezeki nak miliki lama2..apapun okla dh dpt cincin bru kan..gumbira balik ati tu kan walopun masih tingatkn yg lama hehehe...

    ReplyDelete
  12. memang sedih kalau barang2 kesayangan tersebut hilang...dah tak de rezeki...

    Selamat mnymbut ulang tahun prkhwinan...semoga kebahagiaan yang dikecapi berkekalan.....

    ReplyDelete
  13. Selamat ulang tahun perkahwinan ke 9..Kehilangan barang kenangan amat sedih, tapi bersabar lah..Mungkin ada hikmahnya yg mungkin tidak dapat kita fahami..inshaAllah

    ReplyDelete
  14. selamat ulang tahun ke 9..moga perkahwinan ini kekal sampai syurga..amin

    ReplyDelete
  15. ya Allah..tiba2 teringat kisah rumah wardina kena pecah masuk,cincin nenek moyangnya yg diturunkan dekat beliau pun hilang.tp akk lg edih..smp 3sekali hilang yer.nk uat macam mana dh takde rezeki kan..

    sy cincin kawen tak pakai sbb ada batu.smp skang dok pkai incin tunang jer.sentiasa pakai tak tanggal.

    oh ye nk bgtau gak yg jari sy sgt kurus dr dulu smp sekarang.cincin semua longgar.pelik gak badan naik tp jari dok macam tu ja.haha..

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...