Follower

Thursday, February 16, 2012

SAMBAL TUMIS BELIMBING BULUH


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Harini ibu cuti.. Sekejap lagi lepas Maryam balik sekolah nak ke balik kampung, abah masuk wad lagi.Kami balik berdua je, abang Yusuf sekolah sampai petang, ayah pula kerja. Alhamdulillah kampung dekat je.. Sambil tunggu Maryam habis sekolah, sempat la ibu buat entry baru.

Ibu nak kongsikan menu ibu malam tadi..

v

v

v

Sambal tumis belimbing buluh..

Sambalni ibu buat berinspirasikan Sambal Hitam dari blog Bicara Ibu. Masa Kak Salmi tayang Sambal Hitam Belimbing Rebus dia, haduiiiii.. teringin sangat.

Tapi nak buat resepi sebiji macam Kak Salmi tak dapat la ibu nak buat. Cara yang betul, belimbing tu kena masak bersama garam tanpa air selama 4-5 jam tau!! Hehe.. ibu buat dalam 45 minit je. Maka menghasilkan rupa belimbing buluh macam kat atas tu.. 

Sampai entry ni dibuat, periuk hitam legam kat dapur tak basuh lagi. Tengah berendam.. Hahaha.. Nak sangat makan tanggunglah risiko. Kak Salmi dah pesan awal-awal dalam entrynya. Guna periuk yang agak-agak nak buang.. Huhu..

Ibu kongsikan di sini Sambal Tumis Belimbing Buluh versi ibu Yusuf. Untuk resepi Sambal Hitam Kak Salmi klik SINI ya..

RESEPI SAMBAL TUMIS BELIMBING BULUH

Bahan-bahannya:

5 biji belimbing buluh rebus (tanpa air)
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
8 biji cili padi
2 gengam ikan bilis
Minyak untuk menumis

Cara-caranya:

1. Tumbuk semua bahan (kecuali ikan bilis) hingga lumat
2. Tumbuk ikan bilis ala kadar
3. Tumis semua bahan hingga naik bau dan masak
4. Sedia dihidang bersama nasi panas-panas. Fuhh!!

Nota ibu Yusuf:

* Tak perlu letak garam sebab belimbing buluh rebus tu dah masin

* Memang ada beza, rasa belimbing buluh yang direbus bersama air dengan belimbing buluh yang dimasak tanpa air. Tak tau nak kata macam mana, tapi memang sedap. Rasa hangit-hangitnya menimbulkan aroma yang tersendiri..

* Sedap dimakan dengan nasi panas-panas tanpa gangguan lauk lain. Memang terangkat!!

Ps: Terima kasih Kak Salmi atas inspirasi. Maaf, terpaksa durhaka dengan resepi akak ye..

Pss: Errr.. ada siapa-siapa kenal Zamri Baba tu siapa?

 Jom ramai-ramai sertai GA INI.. (klik sini)






16 comments:

  1. wahhh resepi senang ni....nk folo cara ibu yusuf lar....senang dan cepat....hehehe...thanks ibu sharing....

    ReplyDelete
  2. bestnya..ummi xpenah makan belimbing buluh ni..=)

    ReplyDelete
  3. mana nak cari belimbing ni?...hehe

    ReplyDelete
  4. macam2 resepi aad. tapi kena pastikan bukan kita je mkn. nnt buat byk2, last2 sendiri kena habiskan. huhuhu...

    ReplyDelete
  5. Kakak pun suka belimbing buluh lagi yg jenis warna kuning tak masam sangat berbanding yg hijau..

    Sambal tumis sardin pun kadang kakak bubuh belimbing ini...

    ReplyDelete
  6. nk jugak nk jugak...sedapnyeeeee...sye ni selera kampung sgt tebal dlm dri..haha...nyum nyum...

    ReplyDelete
  7. lately nie nak masak yg simple2 jer..maklum ler mood "M" dah dtg..

    ReplyDelete
  8. jemput join GA ye sis...=)

    http://acaiberryputrajaya.blogspot.com/2012/02/1st-giveaway-by-hayat-acai-berry.html

    ReplyDelete
  9. nampak sedap...dan rasanya memang sedap ni....

    ReplyDelete
  10. akak pn masak mcm yg zefa masak ni..xtrdaya nk ikut cara k.mie tu.....ttp mmg sedap..pedas2 + masam2.....

    ReplyDelete
  11. Kecur air liur akak tgk sambal ni Zefa.. Kalau dah kreatif tu macam2 resipi boleh jadi..

    ReplyDelete
  12. a'ah la...kecur air liur tengok sambal ni kak zefa :)

    ReplyDelete
  13. tak reti makan benda2 masam nie.hehe aruah mak sy dulu selalu buat acar dengan belimbing nie

    ReplyDelete
  14. Biasanya orang rebus belimbing nie dalam tin.......tin susu, tin biskut atau apa tin yang boleh digunakan...........kalau guna periuk memang rosak.....lama-lama periuk cepat bocor.....

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...