Follower

Tuesday, September 18, 2012

TIN FAN'S CLUB


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang



  Lihat tin-tin karat ini..

Pernah tak terfikir dek akal kamu-kamu semua, bahawa ada sekumpulan manusia yang suka kumpul tin-tin sebegitu? Tin karat? Iyeeee, tin karat. Hahaha.. Tutup mulut kamu-kamu yang menganga itu.

Jujurnya, ibu Yusuf dan Maryam memang tak pernah terfikir. Sebelum ni ibu memang tahu, penggemar-penggemar English Style Deco memang gunakan tin sebagai hiasan. Tapi tin yang cantik-cantiklah, macam tin ada gambar cupcakes ke, gambar bunga-bunga ke, polkadot ke..

Hinggalah ibu join Tin Fan's Club di FB. Subhanallah, baru ku tahu.. bahawa mengumpul tin juga menjadi satu kegilaan. Dari tin biskut, tin susu, tin teh, segala macam tin lah.. Dari secantik-cantik tin sampailah sekarat-karat tin. Memang mengagumkan..

Tapi ibu Yusuf sekadar pemerhati dalam group tersebut.. Nak interframe tak layak lagi, tin baru ada 2 ketul. Hihihi.. 

Berbalik pada pic di atas, ibu snap Ahad lepas di Garage Sales, Anggerik Mall. Macam-macam ada di sana, seronok juga. Ada pinggan mangkuk lama, ada barang-barang lama, barang perhiasan rumah, tudung, baju.. macam-macamlah. Nanti ibu buat entry lain untuk masukkan gambar-gambar GS @ Anggerik Mall tu.. Sebab malam ni ibu cuma nak cerita pasal tin. Oh ya, Garage Sales tu tiap-tiap Ahad ada tau..

Di bawah ibu kongsikan beberapa gambar yang ibu pinjam dari TFC @ FB..

 Ini koleksi salah seorang rakan FB ibu.. Kak Yaya Dila. Tu nampak, tin minyak Yuyi Cap Limau!! Dulu masa Yusuf dan Maryam kecik-kecik banyak dah buang tin tu. Huhu..
  Sila intai juga koleksi FM dia, fuhh!! Hebat..


 Ini koleksi Kak Azah Ummi Nostalgialama.. ibu nak tunjuk antara bentuk tin yang disukai ramai adalah bentuk-bentuk lori ni..


 Ni gambar yang Kak Azah upload juga.. pinjam gambar kak ye..


 Gambar ni milik Artique Antique Unique.. Hehe, terkehel lidah nak menyebutnya. Tin ni ada dijual di Anggerik Mall rasanya..

Bagi ibu ini adalah hobi yang unik. Sememangnya adakalanya kita pelik dan hairan, tapi sila jangan diperlekehkan. Bagi yang meminatinya, ia adalah satu kepuasan.. Jujurnya, ibu suka tengok koleksi kawan-kawan. Serius, memang ternganga lagi melopong mulut setiap kali tengok koleksi mereka. Memang wow!!

Akhir kata, selamat mengumpul tin.. hehehe.. 

 


13 comments:

  1. best jugak yer kumpul tin nih..tp slalu mmg buang jer..sbb rase cm semak kt umh...hihi

    ReplyDelete
  2. Kak Zan pun cam Mira. Rumah kecik so tak leh nak kumpul apa2..tak de tempat nak letak. Dulu kak zan suka kumpul botol perfum, at last kena buang.

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum, kak nak tanya sikit kak, saya ada tin dumex, kaler biru. saye try buat research skit, tapi xjumpe la kak. help me please :)

    ReplyDelete
  4. santekkknye..baru berhajat nak anta tin susu muhammad bat besi buruk..mcm mane nk buat?tak senilah kak zefa hee

    ReplyDelete
  5. Salam. Akak suka sangat benda2 macam ni...

    ReplyDelete
  6. Nur suka kumpul key-chain, setem dan fridge magnet.. :) Hobi ni memang unik.. Banyak fridge magnet Kak Yaya Dila tu.... ;)

    ReplyDelete
  7. cantik pula nampak ya. rajin jg orang tu kumpul tin2 tu, tak terfikir pun, yg ada kumpul bagi kat pembeli yg datang bak beli tin2 buruk tu.kurang jg sampak kita ..

    ReplyDelete
  8. rumah banglo boleh la kumpul2 tin kak. kalau rumah secoet je nak letak kat mana tinnya? muahaha... SIL saya gilakan pinggan mangkuk correll. betul tak ejaannya janji btl sebutannya. hehehe...

    ReplyDelete
  9. hobi mmg kadang2 boleh jado obsesi..jadi tak hairanlah klu tin karat pun derang nak kumpul kan..hehe

    ReplyDelete
  10. kalau dah minat semua boleh jadi.. Rasanya mengumpul tin ni takkan jadi minat akak sebab rumah tak luas. Lagipun minat mengelap habuk tu takde..

    ReplyDelete
  11. ffuiiiiiii...
    sebagai peminat dang pengumpul fm tegar...

    serius jeles dgn koleksi itu...
    :)

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...