Follower

Monday, September 24, 2012

MENANG TEMPAT KE5 CONTEST DECOR RUANG TAMU


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Syukur alhamdulillah, satu lagi kemenangan yang ibu dapat kongsikan kegembiraannya di Jemari Asmara. Mohon pengertian sahabat-sahabat pembaca, bahawa setiap kali ibu kongsikan kemenangan di sini bukanlah untuk mendabik dada, namun sekadar catatan rasa gembira yang mahu diabadikan diblog sendiri.

Ramai juga yang komen, "asyik menang je..". Hahaha.. Hakikatnya entah berapa puluh yang kalahnya, tapi tidaklah ibu buat entry untuk setiap kekalahan. Apapun, semoga kata-kata itu doa, dan ibu aminkan sahaja. Mudah-mudahan, sentiasa murah rezeki ibu untuk selalu menang.

Terbaru, ibu menang tempat ke5 contest Decor Ruang Tamu. Ini contest tertutup untuk ahli satu group decor di FB. Pemenang ditentukan dengan jumlah like terbanyak. Tapi menariknya, peserta tidak boleh like pic sendiri dan tidak boleh meraih undi kepada yang bukan ahli. Hanya ahli group yang boleh like.


 Inilah hadiah yang ibu dapat.. Hangging pillow dan frame ribbon.. :D

Hadiah tajaan dari Kak Yaya Dila. Jadi kawan-kawan yang berminat, boleh tempah dengan cari nama Yaya Dila di FB. Cantik sangat hasil tangan dia..

Mungkin bagi setengah pihak, hadiah yang tak seberapa. Tapi bagi ibu, bukan nilai hadiah yang menjadi ukuran, tetapi kepuasan setiap kali hasil usaha membuahkan hasil. Tapi jujurnya, ibu sangat, sangat, sangat, sangat suka hadiahni.

Ini kemenangan ke2 untuk ruang tamu yang sama. Kali pertama dulu menang contest decor ruang tamu anjuran UK Store. Ibu menang voucher bernilai RM300.00, cuma ibu belum dapat entrykan lagi sebab vouchernya belum dapat lagi.

Sekian dulu, sampai jumpa lagi. Salam sayang buat semua.. :D



15 comments:

  1. Tahniah!...zefa. K.Atie doakn semoga zefa sentiasa dimurahkn rezeki.Aminnnn

    ReplyDelete
  2. salam k.zefa..tahniah.murah betul rezeki akak ye..share la gambar yg akak deco 2 mana tau leh cedok idea nk hias umah sendiri:)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum...
    wahhh TAHNIAH.. voucher 300 + adiah ni.. lawa la... best sangat.. :)

    ReplyDelete
  4. sewajarnya ibu layak menang atas usaha & kerajinan ibu, tahniah ya!

    ReplyDelete
  5. tahniah.. cantik.. saya suka

    moga bertambah rezeki nanti

    ReplyDelete
  6. tahniah kak..pasni leh deko kan utk saya plak..hehe

    ReplyDelete
  7. tahniah kak zefa..boleh bagi tips untuk deko rumah..sy suka tengok..:D

    ReplyDelete
  8. Tahniah Zefa.. Murah sungguh rezeki Zefa.. Moga rezeki makin bertambah lepas ni. Akak tumpang gembira.. KOngsikan lah gambar ruang tamu yg menang tu sekali lagi..

    ReplyDelete
  9. Bestnya! Sweet je hadiah tu.
    X rasa pun mcm cuba mendabik dada. Sekadar berkongsi cerita. Suka baca. At least, walaupun kita x dapat seronok juga dengar review rakan2 -- bleh tumpang berangan.
    Murah rezeki kan!

    ReplyDelete
  10. TAHNIAH...zefa mmg ada luck la....

    ReplyDelete
  11. tahniah kak...

    :)

    nggeee....

    tadi dyh baca entry sedih...
    ikut mood sedih...

    nih baca entry menang..
    ikut mood happy pulak...

    haha..

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...