Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Harini ibu nak cerita tentang pinking shear atau gunting zig zag. Alat yang ibu rasa kebanyakan peminat kraf memilikinya. Tapi ibu Yusuf baru ada walaupun dah lama terjebak dengan hobi kreatif metif ni ..
Inilah dia pinking shear atau gunting zig zag..
Close up giginya yang bergerigi..
Gunting yang ibu ada ni khusus untuk gunting kain. Jangan sekali sekala guna gunting kain untuk gunting benda lain. Nanti gunting mudah tumpul.. Gunting zig zag untuk kertas ada dijual di kedai alat tulis..
Pinking shear ni harganya berbagai-bagai. Ibu surver dengan kawan-kawan dan internet, harganya di antara RM60.00 hingga RM180.00.. Semuanya bergantung pada kualiti gunting, yang mahal biasanya berkualiti. Tapi yang murah belum pasti tidak berkualiti.
Jadi, memandangkan ibu berkraf hanya sekadar untuk hobi, jadi tak perlulah beli yang mahal-mahal. Janji boleh pakai.. lainlah kalau berkraf memang bidang kerjaya sepenuh masa, insyaAllah ibu akan beli yang mahal kut..
Survey punya survey punya survey, akhirnya ibu jumpa yang paling murah sekali berbanding yang ibu survey dengan kawan-kawan dan internet.. RM40.00 sahaja.
Untuk jangka masa panjang, belumlah ibu dapat beri pandangan. Tapi setakat yang ibu dah guna, alhamdulillah puas hati. Gunting tu berat, jadi senang nak buat gunting kain. Cuma janganlah mengharap semudah mengguntiing dengan gunting biasa, dah nama pun gunting bergerigi.
Sejak ada pinking shear ni, habis semua kain yang ada ibu nak zig zag kan. Hahaha.. Meh lah tengok sebahagian darinya. Nak tayang semua, gambar tak ada..
Balang kuih raya paling sempoi yang ada dalam koleksi ibu..
Zoom sikit kain yang sudah dizig zagkan.. Ini kain cotton yang tebal dan guntingan dibuat atas kain yang nak dipotong bulat. Jujurnya, kekok juga, ia tak semudah nak memotong lurus dengan gunting bergerigi ni.. Ibu nak kena banyak berlatih lagi nampaknya.
My first gingham doily.. gingham ya bukan gangnam arrr.. hahaha..
Ada kawan FB tanya, kain gingham tu apa? Ringkasnya, kain gingham tu kain kotak-kotak. Yang pink kotak-kotak tu ibu beli kain cotton yang murah je, sangat senang nak potong. Potong lurus ke, potong bulat ke, sangat senang. Mungkin sebab kainnya tak tebal.. Yang kain gambar buah-buah tu tebal, potong membulat pula tu. Tu yang susah kut..
Tapi yang pasti, sejak ada gunting ni semangat nak berkreatif semakin membara.. :D
Oh ya.. bagi sesiapa yang berminat dengan pinking shear ni boleh beli dengan ibu ya. RM40.00 + RM7.00 untuk kos penghantaran.
Terima kasih.
Makin seronoklah ibu Yusof membuat kraf lepas nie.
ReplyDeleteoooo...padan la sama je bentuk kain tuh..
ReplyDeleteuwaaaa,,, tak rugi la beli gunting ni... berbaloi2 tu...
ReplyDeletecomei...wah dh buat bisnes gunting ekkk...
ReplyDeletewah...ader gunting khas dier rupenye..hihi
ReplyDeleteabis la semua benda berzigzag lepas ni hahaha siap ada bisnes 2 selamat maju jaya:)
ReplyDeleteRajin akak berkreativiti... Cantik..:)
ReplyDeleteooo... gunting ini yg sy tgk kat fb.
ReplyDeletecanggihnya gunting.sng kan nak cantikkan segala benda..mmg kelass.hehe
ReplyDeleteGIVEAWAY TERBARU ! LOMO CAMERA ? IPAD ? join sini cepat ! syarat mudah . baca dulu baru tahu
ReplyDeletehttp://fatinkedingsecret.blogspot.com/2012/09/misc-giveaway-by-fatin-fitrah-dan-aina.html
Dah dapat ye? Nampak gayanya, makin rajinlah Zefa berkreativiti lepas ni.
ReplyDeletekalau name dah kreatif die ttp pandai mempelbagaikan..i tak reti kak zefa T_T
ReplyDeleteakak nih mmg minat betul ber deko kan..
ReplyDelete:)
ada jual lagi ke gunting zigzag ni?
ReplyDeleteYa, ada lg. Jika brminat email ibu ya.. :-)
Deletesalam..available lagi ke gunting ni?tq
ReplyDeleteWsalam. Available lg dear.. sms 0123659728 k.. Tkasih..
Deletegunting ni boleh guna x pada kain licin atau lembut?
ReplyDeleteBoleh dear.. Tapi risiko tepinya terburai ttp ada terutama jika guna kain yg tidak berkualiti..
DeleteIbu..ummi nak gunting ni
ReplyDeleteUmmi nak gunting ni ibu ye.. Nnt pm ummi kt inbox fb
ReplyDeleteIbu..ummi nak gunting ni
ReplyDeleteterima kasih atas tips gunting zig zag ini.Saya sekeluarga ambil ilmu yg haq sahaja,lain2 tiada.Dulu kini dan selamanya.
ReplyDelete