Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Kembali bersua.. lama sungguh Jemari Asmara terbiar sepi. Terima kasih buat semua yang setia singgah di sini. Maaf, buat teman-teman blogger.. ibu Yusuf belum berkesempatan berziarah ke blog kalian. Terima kasih pada yang bertanya khabar. Alhamdulillah, ibu sihat, cuma semangat berblog yang agak kurang sihat. Hehe..
Ayat yang ditulis pun macam tak sedap je.. huhu.. betul-betul kehilangan rentak nampaknya tarian Jemari Asmara ni. Petangni, ibu memaksa diri sendiri.. nak atau tidak, rajin atau tidak.. blog mesti dikemaskini.
Hmmm.. ibu nak cerita sesuatu yang sedih. Tragedi Viva Elite lagi. Kejadian berlaku Sabtu malam Ahad yang lepas. Ibu kendalikan satu program bersama golongan Ar Riqab. Ar Riqab ni salah satu asnaf yang layak terima zakat.. Program MAIS dengan kerjasama jabatan ibu bertugas sebenarnya.
Program tu adalah budget makan sikit, tapi bila tanya caterer dapat kuih dengan air je.. Ibu pulak memang tahu, 'sahabat-sahabat' ibu tu memang mengharapkan jamuan makan yang mengenyangkan. Jadi ibu ambil inisiatif masak sendiri. Goreng bihun dan buat air oren.. Sedap ke tak sedap ke, belakang cerita. Janji 'sahabat-sahabat' ibu tu kenyang..
Nak dijadikan cerita..
v
v
v
Air oren tu tumpah.. Huhu.. Habis banjir kereta ibu.. Air penuh 3/4 tong, tinggal 1/3 tong. Ibu pun tak tahu tumpah gaya macam mana, sebab sampai-sampai je ibu terus masuk pejabat. Barang-barang tu staff lelaki yang tolong angkatkan..
Syukur alhamdulillah, ada rakan setugas berhati mulia. Terima kasih En Pijie handsome kita.. hehe..
Dia lah yang tolong ibu menimba (eh.. menyawan, sebab pakai cawan.. kih kih..) air yang bertakung dalam kereta keluar. Besoknya (sebab kejadian berlaku malam..), ibu hantar kedai. Alhamdulillah, dapat kering dengan baik. Cuma ada bau kepam sikit, tapi lepas ibu spray Febreeze nak habis dekat sebotol, hilang lah bau tu..
Walaupun tragedi berlaku, ibu tak menyesalpun tolong masak. Seronok juga pengalaman masak bihun untuk ramai orang makan. Siap panjat kerusi sebab tak karat dah lengan ni nak menggodek. Haha..
Tapi nak suruh masak lagi, ibu surrender lah. Hihi.. Terus call MAIS minta up budget. Alhamdulillah, dapat.. :D
Syukur al hamdulillah..
heheheh kena pakai fabrezz sampai wangi hehehe
ReplyDeletepernah jugak le kancil mummy tumpah dengan satu jug air tebu, baunyer,. pergh,....bayangkanlah, febreeze pun boleh kalah. hehe
ReplyDeleteSalam zefa...air manis tu.Jgn sampai semut berkongsi kete dah la ya.Mungkin zefa letak bekas air tu trsenget kot..Yg penting niat baik zefa dah trlaksana...mesti depa mkn bertambah2 meehoon yg zefa msk tu kan...:)
ReplyDeleteinsyaAllah..ada ganjaran yang sangat baik menanti kak zefa yang berhati mulia..
ReplyDeleteadehhh... sabar je la kak.
ReplyDeleteBukan setakat bau, rasanya pun perlu dinyahkan.. kalau tak nanti berkongsi kereta lak dgn semut.. yang penting hati puas.. betul tak??
ReplyDeletebaiknya staff k.zefa tu....seronok masak2 utk kawan2 makan hihi
ReplyDelete