Nuffnang

Follower

@@@@@@@@@@@@@@

SELAMAT DATANG KE JEMARI ASMARA


Selamat datang ke Jemari Asmara. Blog catatan jemari ibu tentang 'Keluarga Sihat' kami; ibu, ayah, Yusuf dan Maryam. Blog santai yang ada cerita jalan-jalan kami, makan-makan kami, cerita masak-masak ibu, hobi ibu.. Senang kata, cerita tentang kami sekeluarga..

Berinspirasikan sebuah keluarga yang sihat, ibu kini seorang Shaklee Indipendent Distributor (SID). Untuk info tentang Shaklee boleh rujuk pada sidebar kanan blog ya..

SID mesra anda:
Zefa NorAsmara bt Jubir (Ibu Yusuf & Maryam)
ID: 909824

Monday, March 12, 2012

IDEA DEKORASI RUANG TAMU


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Semenjak duani ruang tamu rumah ibu agak sedikit tidak tersusun. Kerusi kemana, meja kopi ke mana. Semuanya bersebab.. InsyaAllah teman-teman yang selalu membaca catatan ibu boleh meneka sebabnya..

Abaikan semua tu.. Harini ibu sekadar nak publish semula gambar lama. Gambar-gambar dekorasi rumah sebelum raya Aidilfitri 2011. Rupanya, lepas raya tu sampai sudah tak ambik gambarpun susunan yang baru.

Ibu tengok, kerap juga entry tu di google orang. Jadi ibu publish semula entry lama tu dengan tajuk yang lebih sesuai. Kita layan jelah gambar lama ye..

 Ruang tamu utama..

Sekaranng semuanya dah berubah. Almari putih rendah ibu alih ke dinding sebelah kanan. Almari putih tinggi ibu letak di ruang menonton. Sofa 3 tempat duduk tu sekarang berada di bawah cermin berbingkai emas tu. Kerusi jati mengambil alih kedudukan sofa. Wing chair sekarang duduk di tempat menonton. Stool ambik alih tempat whing chair. Sila bayangkan aje ye.. Gambar tak ada hehe.. Tapi boleh intai di entry INI..


 Ruang tamu utama. Gambar diambil dari ruang menonton..


 Gambar diambil dari tengah-tengah ruang tamu utama menghala tempat menonton..


 Ruang makan tetamu yang sampai sekarang masih kosong macam tu juga..

Nampak tak meja konsol sebelah kanan tu? Meja tu dah duduk bawah cermin, belakang sofa. Tempat tu diambil alih oleh almari putih rendah.. Tempat kerusi jati tu kosong sekarang ni, supaya laluan lebih luas.


Nun di sana, ruang tamu kedua..

Ada bertambah meja kopi dan kipas berdiri ala-ala klasik. Bunga putih tu pun dah beralih arah, bertukar ke atas rak kasut diluar. Dekorasi atas rak kasut kami boleh diintai di SINI..

Nampaknya, pusing-pusing pun perabot yang sama juga. Alhamdulillah, cukuplah dengan apa yang ada. Nanti dah boring, ajak en abang memunggah lagi. Tukar lagi susun atur.. Hehehe.. Nasib baik ayah Yusuf tu gagah perkasa..

Kawan-kawan lama Jemari Asmara, jangan jemu ye baca entry ulang tayang.

Jumpa lagi. Salam sayang buat semua.. :D


Tambah pendapatan dengan HZ Tours. Klik!!

13 comments:

  1. Bila bijak menyusun atur akan lebih cantik dan ceria sebab nak mood baru... cantik dan selesa kelihatannya:)

    ReplyDelete
  2. cntiknye rumah... pndai deco... ;)

    ReplyDelete
  3. waaa... tantiknya umah... nanti boleh datang x.. heheheh
    nasi tomato tu .. kalau kita ade selera tekak mamak sikit memang boleh masuk yang + susu/ minyak sapi ni.. tapi kalau kita jenis tekak melayu tu memang sesuai dengan resepi akak tu.. x muak.. akak dah puas cuba nasi jenis mamak.. tapi keluarga x minat.. x jalan.. sbb kalau lauk sampngan mungkin ade sikit berlemak dgn penggunaan santan @ susu..

    ReplyDelete
  4. mg cantik rumah kak zefa.rumah aiman serabut je.ibunya buta deco.haha..

    ReplyDelete
  5. Salam Zefa..

    cantiknya rumah zefa, bila le rumah saya nak mcm ni. Hero2 kat rumah tu.....

    ReplyDelete
  6. emm rumah luas leh lah ubah macam2 gaya... zie ubah sana ubah sini macm tu jugak..

    Kalau nak ubah ajak suami jugak... hanya dia yang dapat membantu.. kalau buat sorg tak termampu

    ReplyDelete
  7. Decorasi yang menarik,.
    Share2 la susun atur baru,.
    Mummy pun dah lama tak menghias rumah :(

    ReplyDelete
  8. kemas + cantik + bersih..kalau tgk rumah akak mesti zefa pengsan..meh tlg deko2...ngee....

    ReplyDelete
  9. suka tengok susun atur perabot kak zefa ni :) rumah saya kosong aje takde perabot hehe

    ReplyDelete
  10. Cantik rumah Zefa.. Tambah2 tuannya pandai menghias..

    ReplyDelete
  11. cantiknya umah..
    mesti dah dpt byk pujian..hehe..
    :)

    ReplyDelete
  12. sungguh teruja dgn kekemasan ruang tamu ni..

    jom sertai kami

    http://susunatursioca.blogspot.com/2013/04/sticky-post-giveaway-istimewa-mei-jom.html

    =)

    ReplyDelete
  13. cntiknye rumah. jom singgah ;)
    http://ceritasitelingabulat.blogspot.com/

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...