Assalamualaikum wbt..
Salam petang Sabtu buat teman-teman yang berziarah ke Jemari Asmara. Ibu baru balik kerja.. Terus terkam lappy. Maryam yang ikut ibu buat outreach tadi tergolek keletihan depan tv. Yusuf yang baru balik kelas mental arithmetik, ibu bagi can main game. Ayah? Ayah tengah masak di dapur.. (Bertuah punya isteri!!) Sekali sekala je.. :D
Setuju tak, kalau ibu katakan kita semua sedang menghadapi cabaran untuk memasikan anak-anak memilih makanan yang tepat. Bercakap tentang makanan, banyak cabangnya. Samada tentang khasiat, kebersihan mahupun halal haram. Di hadapan kita mungkin kita dapat membantu untuk memberi panduan. Namun jika bukan di hadapan kita?
Kita kecilkan topik.. ibu ambil isu 'jajan'. Kebanyakan kanak-kanak suka jajan. Jika tidak suka sekalipun, mereka sering disogokkan dengan jajan-jajan percuma. Lihat sahaja di taska-taska, tadika-tadika dan sekolah-sekolah. Ibu kira sangat kerap mereka mendapat jajan-jajan yang 'disumbangkan' sendiri oleh ibu bapa terutama ketika menyambut harijadi anak masing-masing.
Jajan dan khasiat, tak perlu dikupas.Memang tak berkhasiat pun. Kita kecilkan lagi skop, tentang isu tanda halal. Sebagai ibu bapa, kita seharusnya peka dengan status jajan yang anak kita makan dan JAJAN YANG NAK BAGI ANAK ORANG LAIN MAKAN. Tolonglah!!
Semalam Maryam Nabihah balik tunjuk pada ibu jajan yang dia dapat dari kawannya. Owh ya.. Ibubapa anak-anak Genius Aulad adalah pembekal jajan terbesar dalam hidup Maryam sejak sekolah. Boleh dikatakan, ada aje jajan yang di bawa balik. Ada aje anak-anak yang sambut hari lahir.
Kita lihat jajan ini..
Pandangan hadapan..
Pandangan sisi..
Pandangan belakang..
Isi dalam..
Berikut adalah perbualan di antara ibu dan Maryam;
Maryam: Ibu, kawan adik bagi (sambil tunjuk pada ibu)
Ibu: Ada tanda halal tak?
Maryam: (Belek-belek bungkusan) Tak ada la ibu..
Ibu: Boleh makan tak?
Maryam: Tak boleh.. (terus masuk dalam tong sampah) - malam sikit ibu kutip balik sebab nak ambik gambar..
**************************
Ibu adalah seorang ibu yang tak berapa rigit sebenarnya dalam bab memilih makanan. Kami makan apa yang mahu tanpa menyekat selera anak-anak. TAPI, ibu sangat tegas dalam menekankan isu tanda HALAL.
Mendidik Maryam dan menekankannya dengan isu TANDA HALAL sangat sukar sebenarnya. Dari kecil dia sangat obses dengan jajan. Berbeza dengan abangnya yang 'tak heran/ tak suka' dengan jajan. Salah kami, kerana membiarkannya mengenal makanan ringan. Pada masa itu kami yang memilihnya untuknya, tanpa terjangkau suatu hari nanti dia akan memilih sendiri, bersekolah dan berkongsi makanan dengan kawan-kawan.
KEPADA ANDA YANG DILUAR SANA, YANG PUNYA ANAK MASIH KECIL, JANGAN ULANGI KESILAPAN KAMI!!
Ibu pernah 'bergaduh' dengan Maryam di kedai gara-gara bertegas tidak mahu belikan dia ROCKY dan Coki-Coki. Menangis-nagis dia kerana nak juga dan ibu hanya buat hati kering..
Alhamdulillah, ketegasan ibu akhirnya memberikan dia kefahaman setelah dia berumur 4 tahun. Tadi, balik dari kerja dia ajak ibu pergi kedai. Beberapa gula-gula pilihannya ibu reject kerana tiada tanda halal. Alhamdulillah, dia okey-okey sahaja.Malah dia kata; "Ooo, kalau tak ada tanda halal tak boleh makan kan ibu?"
Selagi anak-anak di hadapan ibu, ibu akan terus berjuang. Ibu titipkan nasihat dan panduan apa yang boleh dipilih dan apa yang tak boleh. Seterusnya, doa ibu sentiasa mengiringi mereka agar mereka bijak memilih..
Sama-samalah kita berusaha dan berdoa untuk kemaslahatan bersama!!