Follower

Saturday, October 15, 2011

Mendidik Anak Memilih Makanan

Assalamualaikum wbt..

Salam petang Sabtu buat teman-teman yang berziarah ke Jemari Asmara. Ibu baru balik kerja.. Terus terkam lappy. Maryam yang ikut ibu buat outreach tadi tergolek keletihan depan tv. Yusuf yang baru balik kelas mental arithmetik, ibu bagi can main game. Ayah? Ayah tengah masak di dapur.. (Bertuah punya isteri!!) Sekali sekala je.. :D

Setuju tak, kalau ibu katakan kita semua sedang menghadapi cabaran untuk memasikan anak-anak memilih makanan yang tepat. Bercakap tentang makanan, banyak cabangnya. Samada tentang khasiat, kebersihan mahupun halal haram. Di hadapan kita mungkin kita dapat membantu untuk memberi panduan. Namun jika bukan di hadapan kita?

Kita kecilkan topik.. ibu ambil isu 'jajan'. Kebanyakan kanak-kanak suka jajan. Jika tidak suka sekalipun, mereka sering disogokkan dengan jajan-jajan percuma. Lihat sahaja di taska-taska, tadika-tadika dan sekolah-sekolah. Ibu kira sangat kerap mereka mendapat jajan-jajan yang 'disumbangkan' sendiri oleh ibu bapa terutama ketika menyambut harijadi anak masing-masing.

Jajan dan khasiat, tak perlu dikupas.Memang tak berkhasiat pun. Kita kecilkan lagi skop, tentang isu tanda halal. Sebagai ibu bapa, kita seharusnya peka dengan status jajan yang anak kita makan dan JAJAN YANG NAK BAGI ANAK ORANG LAIN MAKAN. Tolonglah!!

Semalam Maryam Nabihah balik tunjuk pada ibu jajan yang dia dapat dari kawannya. Owh ya.. Ibubapa anak-anak Genius Aulad adalah pembekal jajan terbesar dalam hidup Maryam sejak sekolah. Boleh dikatakan, ada aje jajan yang di bawa balik. Ada aje anak-anak yang sambut hari lahir.

Kita lihat jajan ini..


 Pandangan hadapan..


 Pandangan sisi..


 Pandangan belakang..


Isi dalam..

Berikut adalah perbualan di antara ibu dan Maryam;

Maryam: Ibu, kawan adik bagi (sambil tunjuk pada ibu)

Ibu: Ada tanda halal tak?

Maryam: (Belek-belek bungkusan) Tak ada la ibu..

Ibu: Boleh makan tak?

Maryam: Tak boleh.. (terus masuk dalam tong sampah) - malam sikit ibu kutip balik sebab nak ambik gambar..

**************************

Ibu adalah seorang ibu yang tak berapa rigit sebenarnya dalam bab memilih makanan. Kami makan apa yang mahu tanpa menyekat selera anak-anak. TAPI, ibu sangat tegas dalam menekankan isu tanda HALAL.

Mendidik Maryam dan menekankannya dengan isu TANDA HALAL sangat sukar sebenarnya. Dari kecil dia sangat obses dengan jajan. Berbeza dengan abangnya yang 'tak heran/ tak suka' dengan jajan. Salah kami, kerana membiarkannya mengenal makanan ringan. Pada masa itu kami yang memilihnya untuknya, tanpa terjangkau suatu hari nanti dia akan memilih sendiri, bersekolah dan berkongsi makanan dengan kawan-kawan.

KEPADA ANDA YANG DILUAR SANA, YANG PUNYA ANAK MASIH KECIL, JANGAN ULANGI KESILAPAN KAMI!!

Ibu pernah 'bergaduh' dengan Maryam di kedai gara-gara bertegas tidak mahu belikan dia ROCKY dan Coki-Coki. Menangis-nagis dia kerana nak juga dan ibu hanya buat hati kering..

Alhamdulillah, ketegasan ibu akhirnya memberikan dia kefahaman setelah dia berumur 4 tahun. Tadi, balik dari kerja dia ajak ibu pergi kedai. Beberapa gula-gula pilihannya ibu reject kerana tiada tanda halal. Alhamdulillah, dia okey-okey sahaja.Malah dia kata; "Ooo, kalau tak ada tanda halal tak boleh makan kan ibu?"

Selagi anak-anak di hadapan ibu, ibu akan terus berjuang. Ibu titipkan nasihat dan panduan apa yang boleh dipilih dan apa yang tak boleh. Seterusnya, doa ibu sentiasa mengiringi mereka agar mereka bijak memilih..

Sama-samalah kita berusaha dan berdoa untuk kemaslahatan bersama!!

10 comments:

  1. cik ina cam tu jangan harap, sampai rumah kalau firdaus bawak balik dari tadika jajan yang cikgu titipkan, alamat terus cik ina suruh buang atau cik ina simpan. ntah tak tahulah dari anak cik ina kecik, cik ina tak suka dorang makan jajan.geram sangat .he h he

    ReplyDelete
  2. saya rajin untuk anak2 coki coki...
    sekali sekala je makan jajan ni...
    tak boleh nak elak dah tabiat semulajadi bebudak...

    ReplyDelete
  3. dan yg plg tragis jajan yg ada tanda halal pn sebenarnya mengandungi bahan yg haram....last year isu kek appolo...dh brkotak2 anak2 mkn ttp rupanya trkndung bhn yg xhalal.....trkilan sgt2..

    InsyaAllah, sama2lah kita mendidik mrk....

    ReplyDelete
  4. memang dah jadi satu trend skarang anak2 sambut besdey, ibubapanya bekalkan jajan seplastik seorang kpd setiap rakan anaknya.... dan memang ada yg tak prihatin langsung dgn jajan yg mereka beli dan bekalkan


    sama2lah kita pantau makanan anak kita... kenalpasti punca dan status halal haramnya

    ReplyDelete
  5. nice entry..betul tu pemakanan ni kena didik anak-anak kita sejak dari kecil..taklar esok dah besor main hentam kromo je..belasah je ape pun takpe..janji makan..kan kan kan..
    thanks for the tips and ingatan..

    http://rafaliah.blogspot.com/2011/10/anda-prihatin-dengan-saiz-badan-anda.html

    ReplyDelete
  6. kadang-kadang ada gak yg tulis halal,tapi belum tentu halal...kannn..





    zaman skrg,yg buat benda2 ni bukan kira halal ke tak yg penting lakuuu...!
    seriauuuu...

    ReplyDelete
  7. betul..sgt risau dgn keadaan zaman skrg..bnyk sgt mknn yg xhalal kita xtahu..mesti kena tgk btul2..utk kita dan insan tersayang.

    ReplyDelete
  8. saya setuju dengan pendapat kaklong.sebenarnya byk barang dalam pasaran yg ada tanda halal tp sebenarnya tak halal.memang susah nak menilai hanya kerana logo.

    sy bagi contoh..kerepek yg dihasilkan oleh nek Limah,dibungkus dan dijual dekat kedai. Tak ada tanda halal..tp kita tahu halal pasal dibuat oleh orang Islam..

    Begitu juga yang ada tanda halal tp mana kita tahu halal ke tidak setakat pandang logo.emm ssh nak cakap..byk produk bukan islam yg hanya letak tanda halal walhal tak halal..

    btw sejak kecik sy memang jarang hadapkan aiman dengan jajan.tp sejak tadika, boleh dikatakan hari2 dia bawak balik jajan.ssh nak larang.tu yg kita nmpk,yg kt sekolah apalagi..

    skang dia dah terbiasa.setakat gula2 n coklat memang peberet dia.dh besar pandai gosok gigi sy tak kisah sgt.tidaklah mengundang ke arah kerosakan gigi.hehe.yg keropok semua memang dia tak berapa suka.

    Bagus mendidik anak bukan sahaja tentang halal tapi tentang tidak berkhasiatnya jajan itu..

    Pujian utk akk kerana bertegas tentang isu halal.Insyaallah sy pun akan lebih berhati2 tentang ini..

    sory panjang komen kali nie.takpe kan?hehe..

    ReplyDelete
  9. Baguslah budaya yang diterapkan oleh Zefa.. Kita kena ajar anak-anakd ari kecil tentang bahaya makan jajan ni. Mengenai isu halal pun perlu didik sedari kecil agar anak-anak ini tidak sebarangan makan makanan yang mereka dapati.

    Nida pun kalau ke kedai perkara pertama yang diajar ialah kalau nak ambil makanan mesti bukan jajan dan kena check ada perkataan halal tak. Kalau takde tak boleh ambil.. Alhamdulillah setakat ini mereka peka tentang perkataan halal tu .

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah, anak2 akak pun terdidik dengan perkara yang sama. Kalau nak beli apa2 barang, anak2 yang tgk tanda halal. Dan yang penting tanda halal yg diiktiraf

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...