Follower

Saturday, March 17, 2012

ROMBONGAN CIK MARYAM KE KUALA LUMPUR


Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Wah!! Petang dah ni, ibu Yusuf baru terkedek-kedek nak buat entry untuk harini. Sabar ajelah kan. Semenjak duani lappy kesayangan ibuni dah semakin 'lembab' adanya. Maka mood ibu nak buat entry pun menjadi 'lembab' lah.. 

Sebab tu semenjak duani banyak entry copy and paste. Bila nak buat entry sendiri, bermula dari nak buka gambar, nak resize gambar, nak letak watermark.. mak aiiii.. take so long time maaa.. 

Petang ni gigih melangut depan lappy, gigih meresize gambar-gambar Maryam pergi rombongan. Tu pun tak larat nak letak watermark. Biarlah..

Meh lah layan gambar Maryam naik bas. Ada 4 keping je.. Tahap kesabaran ibu Maryam tak berapa nak tinggi nak melangut lama-lama meresize gambar. Huhu..
 
 Dah bersedia nak naik bas..

Rombonganni minggu lepas dah, 8hb Mac 2012 bersamaan hari Khamis. Lama dah ibu peram cerita ye? Rombongan k Maryam ni ke Petrosains, Taman Burung dan Kilang Coklat Beryl. Alaa, ibu tahu yang pergi kilang coklat tu mesti cikgu dia yang nak pergi sebenarnya. Kan? Kan? Hehe..

Yang pakai baju biru tu bukan cikgu dia tau! Nanti ada pula yang tanya kenapa cikgu Tadika Agama pakai macam tu kan? Ibu tak kenal pun siapa dia, orang bas kut.

 
 Dah naik bas..

Haaa.. Bab yang ni nampak sangat ibu Maryam ni over sikit dari mak orang lain. Keh keh.. Mak orang lain tunggu kat bawah je, ibu Maryam sampai naik bas. Tapi kejap je, lepas tangkap gambar ibu turunlah. Nak buat macammana, ibu Maryam ni seorang blogger. Apa-apa mesti nak ambik gambar.



 Satu bas untuk pelajar perempuan, satu bas untuk pelajar lelaki..

Tak ramai la maknanya. Seingat ibu masa zaman Yusuf Tadika di sini dulu sampai 4 bas. Kalau tak silap la, tapi yang pasti lebih dari 2 bas..


Bas dah gerak.. Bye bye adik..

Ibu sempat sembang dengan kawan ibu yang anaknya pergi juga. Mula-mula dia rasa tak nak bagi anaknya pergi sebab risau. Anaknya dah 6 tahun, tua setahun dari Maryam. Tapi suami dia suruh bagi je pergi, bagi anaknya tu merasa pengalaman pergi rombongan.

Ibu secara peribadi risau juga. Tapi inilah masanya dia nak merasa keseronokan zaman sekolah tadika. Ibu lepas kan je lah dan beri kepercayaan pada cikgu-cikgunya.

Lagipun, ini bukan kali pertama bagi Maryam. Masa dia sekolah di Genius Aulad tahun lepas pun ibu dah lepas kan dia ikut aktiviti di luar sekolah

Cerita tentangnya ada ibu kongsikan di SINI dan di SINI.
 
Sekian catatan ibu Yusuf dan Maryam untuk petang Sabtu 17 Mac 2012.

Jumpa lagi..



9 comments:

  1. Takpe, bagi diorang kenangan utk diingat bila dah besar nanti, :)

    ReplyDelete
  2. emm bagus jugak ada rombongan macam tu... memanglah sebagai ibu kita risaukan... tapi nanti kawan2 bercerita anak kita diam membatu coz tak merasa pengalaman rombongan tu.

    ReplyDelete
  3. wah maryam pegi rombongan, best2..biarlah maryam rasa keseronokkannya bersama rakan2 sebaya

    ReplyDelete
  4. tabik spring dgn cikgu2 tadika yg boleh kawal anak2 murid nie..kalau kelas pra sk akak, siap mak ikut sama jaga anak2......

    ReplyDelete
  5. Betul tu Zefa.. kalau duk ikutkan hati yg risau, anak kita tak rasa pengalaman tu. Terperap jelah kat rumah. Itu pun belum tentu selamat..

    ReplyDelete
  6. tentu seronok maryam dapat ikut lawatan tersebut.....

    ReplyDelete
  7. jgn kata ibu maryam atau ibu2 lain, sy pun selalu risau bab2 nak g rombongan nie... tp lepaskan jugak lah untuk pengalaman dlm diri anak2...huhu

    ReplyDelete
  8. kalau saya umur 6thn br bagi ikut rombongan. kalau skg ni, blm yakin la.

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...