Follower

Thursday, January 20, 2011

Resepi Puding Roti Sempoi..

*********
Hari ini Jemari Asmara nak kongsi satu resepi puding roti yang sangat sempoi.. Peringatan!! Resepi ini hanya khas untuk yang tak berapa rajin sahaja.. sebab ibu buat cara ini bila ibu tiada kerajinan nak masak tapi tak nak membazir. Anak-anak ibu kalau makan roti, tak mahu tepi-tepinya tu..

Sempoi-sempoi pun.. ini hasilnya..

v

v

v

Rupa tak cantik.. tapi rasa boleh lah.. dah nama pun sempoi.. (bagi ibu sedap je.. hehe..)

Bahan-bahannya..

1/3 buku roti (ibu guna tepi-tepi roti je), mentega, 2 biji telur, milo, susu pekat.. (tertinggal esen vanila & 2 cawan air untuk bancuh susu).. ibu tak guna gula sebab susu dah manis..

Letak je secara sukahati mentega dalam bekas yang nak diguna..

Lepas tu, masukkan roti yang dah direndam dengan susu dan digaul dengan telur yang dah dipukul dengan esen vanila.. letak lagi mentega atasnya secara sukahati..

Taburkan milo di atasnya dan siramkan susu pekat manis..

Sukahati juga nak kukus atau bakar.. ibu sumbat je dalam mikrowave.. janganlah dipertikai dapur yang tak lawa ni ye..

Selamat mencuba.. nanti kalau ibu rajin, ibu bagi resepi versi yang rajin ye..

Peringatan sekali lagi.. ini resepi ibu versi tengah malas..

5 comments:

  1. menarik :) nak cuba lah. malas-malas pun nampak sedap lah :)

    ReplyDelete
  2. selalu percaya yg sempoi itu sedaapp...

    ReplyDelete
  3. resepi ni seswai utk student jgk..ct n kwn2 nk try puding ni...mekasih akak..berinformasi :)

    ReplyDelete
  4. LL: betul3x.. haha.. hari2 masak takde resepi pun kan? semua main campak2 jer..

    Ct: cuba, jgn tak cuba.. :-)

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...