Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih
Harini ibu ke klinik gigi untuk dapatkan rawatan, rentetan kes yang ibu ceritakan di entry INI. Atas nasihat doktor, rawatan untuk gigi ibu terpaksa ditangguhkan atas sebab-sebab tertentu. Alang-alang dah sampai, ibu terus minta buat scaling atau cuci gigi..
Balik rumah, ingatkan nak syer dengan kawan-kawan tentang cuci gigi. Google punya google sampai ke blog Dr Yuliana Ayob seorang Dental Surgeon.. Ibu sempat belek-belek beberapa entry dan tertarik dengan entry 9 Tips Untuk Perempuan Melayu Terakhir. Pucuk dicita ulam mendatang, dalam entry tersebut juga Dr Yuliana menggalakkan agar entry tersebut disebar-sebarkan..
Maka ibu Yusuf tangguh dulu entry cuci gigi, ibu kongsikan entry ini dulu di Jemari Asmara. Cuma tajuknya ibu ubah sikit.. Sikit je.. Terima kasih Dr.. :D
9 TIPS UNTUK WANITA MELAYU TERAKHIR
- Tahan mulut daripada terbuka ketika menguap. Semasa tahan, kemungkinan hidung akan mengembang. Cubalah tahan hidung daripada mengembang. Jika tidak boleh, tutuplah hidung.
- Elakkan ketawa terbahak-bahak. Ketawa tanpa suara didengar. Kadang-kadang tidak perlu membuka mulut terlalu besar, cukuplah senyuman sebagai tanda gembira. Itu lebih manis.
- Berjalanlah lurus dengan postur tegak, tetapi tidak perlulah terlalu mendada. Kawal kaki supaya tidak kengkang, tidak juga ke dalam. Jalan pantas dengan penuh keyakinan.
- Pakai tudung dan baju yang mempunyai keseragaman warna. Elakkan warna yang terlalu terang. Pakaian berwarna gelap dan kosong serta tidak terlalu banyak corak menzahirkan keeleganan
seorang muslimah.
- Berdiri dengan gaya yang sopan. Duduk dengan gaya yang sopan. Bagaimana? Jangan kelam kabut. Susun pergerakan. Lihat dan perhati di mana letaknya tangan, di mana letaknya kaki.
- Sentiasa senyum. Apabila dipandang oleh sesama jantina, berikan senyuman disertai dengan anggukan, dan lebih cantik lagi disertai dengan ucapan salam. Untuk yang berlainan jantina, sila tundukkan pandangan. Tetapi untuk majlis yang tertentu, adakalanya anda perlu bertindak profesional, tetapi masih meminimumkan pergaulan dengan mereka.
- Pastikan setiap hari anda memakai pakaian yang baru. Jangan mengulang pakaian minggu lepas ke hari ini. Tukar sarung kaki setiap hari. Pastikan yang baru. Tukar sarung tangan setiap hari. Pastikan yang baru. Tukar anak tudung setiap hari. Pastikan yang baru. Tukar baju luar dan dalam setiap hari. Pastikan yang baru. Walaupun anda memakai pakaian tersebut hanya untuk 30 minit. Sama jugalah dengan tudung yang anda pakai. Elakkan mengulang-ulang. Kekadang tidak perlukan minyak wangi, baju yang baru memberi bau haruman kepada orang di sekitar anda.
- Pastikan anda membawa cermin muka ke mana sahaja anda pergi. Selepas makan, pastikan tiada sisa makanan melekat pada gigi. itulah fungsinya cermin muka. Lihat juga ketika bila-bila masa yang anda rasa perlu. Contohnya di awal pagi ketika sampai di tempat kerja. Mungkin anda tidak perasan ada sesuatu di muka yang boleh memalukan anda.
- Bercakap dengan nada yang lembut. Tidak perlu terlalu lembut. Tidak perlu pula terlalu membesarkan suara sehingga semua orang boleh kenal suara anda sejauh 1000 meter.
hihihi.. jgn pakai baju yg sama setiap minggu?? kene pakai baju baru.. mmg xdelah tu.. sbb kt ni suke pakai ikut dan jer...
ReplyDeletebwk cermin kemana saja.. sejak pakai bedak compact mmg dah ade cerminnya.. hihihihihi...
info yg bgs jugakkan.. terutama bab jln dan menguap tu..
tips menarik tu kak.tp kan,yg cermin tu izan ada bwk dlm beg tp selalu malu2 nk tgk kalau kt luar rumah ehehe..
ReplyDeletemenarik ni, banyak nak kena ubah ni, hehe..cermin muka sentiasa ada..
ReplyDeleteperkongsian yang saaaangat menarik yeay! saya suka
ReplyDeleteMuhasabah untuk diri sendiri jugak..
ReplyDeletesyida nk copy & paste ye, thanks 4 sharing! =)
ReplyDeleteThanks Zefa berkongsi.. kita banyak praktikkan selepas ini.
ReplyDeleteDulu masa anak dara kawan selalu cakap Nida ni kalau jalan macam gangster..hehe. Tapi lepas dah ber"bf" secara otomatik terubah sendiri..hehehehe
baju kena dok ulang2 pakai sebab banyak yg dah hantar ke rumah baru. angkut sikit2. tggl bj nak pakai je. tp bagus tips ni utk perkongsian bersama.
ReplyDeleteakak.. mmg perempuan btl2 perempuanla mcm tu kan? huhuhu... susah nak jadi wanita mcm tu.. sebab ape ek.. sebabnye rs cerewet.. xpernh bawa cermin ke mana2 nak pergi.. bedak pun kdg2 je letak.. sebab malas.. hihihi btl2.. pucuk pangkal adalah malas.. sebab tu lady susah nak ikut..
ReplyDeleteNak copy tip ye...
ReplyDeletessh gak nak jadi perempuan mlayu terkhir leih2 lagi bab baju dan tudung tu..sy selalu belasah jer pakaiapa pun.kadang2baju yg minggu lepas pun lupa dah pakai ke belum ekk mggu lepas.haha..
ReplyDeleteperkongsian yg baik.akan cuba memperbaiki diri..:)